Luahan Hati Seorang Pembaca BeautifulNara Untuk Shila Amzah

Hiburan

Luahan Hati Seorang Pembaca BeautifulNara Untuk Shila Amzah

Kontroversi yang melanda Shila Amzah sememangnya menjadi perbualan paling hangat antara peminat dunia hiburan sejak minggu lalu. Hari ini penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza turut sama telah memberikan pendapatnya mengenai kemelut yang melanda Shila Amzah dan media Melayu. Hari ini juga, Abang Nara menerima satu email daripada seorang pembaca BeautifulNara yang agak menarik untuk dikongsikan bersama anda semua.

shila amzah

Advertisement

Sekiranya anda peminat Shila Amzah, luahan hati ini juga amat sesuai untuk bacaan anda. Bacalah dengan hati terbuka. Abang Nara tahu anda sayang dengan penyanyi kesayangan anda. Namun janganlah sampai teguran yang baik pun tak diendahkan. Berikut ialah email yang diterima:-

D ibawah adalah tulisan saya buat Shila Amzah. Sekiranya sudi bolehlah jika di post di laman beautifulnara, jika tidak mungkin boleh disampaikan kepadanya.

Sudah lama saya perhatikan Shila Amzah dan para peminatnya. Jujur saya katakan, ya dahulu saya meminati beliau. Shila memang mempunyai bakat yang besar dan dia mampu untuk pergi jauh dalam kerjayanya. Namun begitu, saya mulai kurang gemar dengan dia bukan sahaja akibat gossip2 di media namun kerana saya mengikuti sendiri account twitternya pada masa itu.

Lama kelamaan saya dapat lihat bahawa Shila Amzah kurang matang dalam menangani apa jua hal. Baik tulisan wartawan dalam mana-mana artikel ataupun tulisan daripada peminat yang cuba menegur beliau di twitter.

Sebagai seseorang yang sudah menginjak usia ke 24 tahun dan pernah merancang untuk berkahwin, seharusnya Shila lebih matang dan tangani tulisan-tulisan negatif itu semua dengan lebih tenang. Cara yang betul harus digunakan bukan dengan menyalahkan seratus peratus ke atas orang yang menulis itu. Ambil yang jernih dan positif dari tulisan-tulisan itu dan yang negatif lemparkan sahaja dan dibuang jauh-jauh. Tetapi tidak perlu lah hendak membalas balik dengan kenyataan-kenyataan seperti diri sendiri sesuci kain putih dan orang yang menulis itu sejahat-jahat manusia.

Ingatlah! Cara kita mengangani tohmahan menunjukkan kematangan. Kematangan membuatkan orang respect kepada kita. Dengan perangai Shila yang lebih kepada kebudak-budakkan, tidak mustahil satu hari nanti Shila akan hilang nama. Sayang jika bakat yang ada terbuang begitu sahaja nanti.

Saya juga kurang gemar dengan peminat-peminat fanatik Shila Amzah. Bukannya saya hendak menghentam, namun anda semua seharusnya menaikkan lagi nama artis pujaan anda. Bantu dia untuk terus maju dan maju lagi dengan kerjaya nya. Bukannya ikut sama naik menghentam orang-orang yang menulis tentang dia.

Memang benar bak kata Shila mungkin “Media Melayu” lebih berminat akan kisah peribadinya. Tapi harus diingat, tidak akan datangnya cerita jika tidak dijadikan sendiri oleh tuan empunya badan. Ingatkah Shila bahawa dulu jarang sekali ada gossip tentang dirinya. Namun semuanya berubah sejak drama sebabak Shila yang melarikan diri dari keluarga setelah kecewa dahulu. Lupakah dia? Jikalau tidak ada drama sebabak itu dan Shila terus tenang dalam menangani hal peribadinya tidak mungkin wartawan akan menulis dengan coverage yang begitu besar sekali. Bukan begitu?

Hari ini mungkin Shila di atas, hari ini mungkin Shila disanjung oleh bak kata peminat2nya “Media Cina”, tapi esok lusa? Percaya kata saya bahawa satu hari nanti bukan sahaja media, namun peminat bakat Shila Amzah pun akan mulai jelek dengan sikap dia dan peminat-peminat fanatiknya yang suka menghentam orang lain kembali.

Saya cuma mahu Shila untuk lebih matang, begitu juga dengan peminat-peminatnya kerana bakatnya terlalu besar untik disia-siakan.

Kita tidak akan selamanya di atas. Beringatlah!

Sekian.

shila amzah

Apa pendapat anda? Kalau anda peminat Shila Amzah dan mahu meluahkan apa yang terbuku di hati, sila hantarkan email ke [email protected]. Sila tulis dalam bahasa baku dan menggunakan perenggan. Secara jujur, Abang Nara pasti ramai pembaca BeautifulNara yang mahu mendengar pendapat anda dalam hal ini. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...