December 19th, 2012

Kadang kala, ada pembaca BeautifulNara yang berkongsi luahan hati mereka menerusi email kepada Abang Nara. Ada yang tulis panjang lebar, ada yang pendek-pendek sahaja, ada yang tak sesuai dan ada yang memang sesuai untuk dikongsikan bersama anda semua.

SHILA AMZAH

Seperti yang anda ketahui, semenjak dua menjak ini agak banyak kontroversi yang telah ditimbulkan oleh Shila Amzah. Terbaru ialah episod merajuk oleh cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad enerusi Twitter. Mungkin kerana itu, seorang yang ingin dikenali dengan nama LisaSha telah menghantar satu luahan panjang lebarnya terhadap Shila Amzah seperti di bawah:-

Salam Nara,

Saya terpanggil membuat sedikit teguran kepada seorang penyanyi yang meningkat naik popularitinya sejak kebelakangan ini, Shia Amzah. Bukan niat menjatuhkan beliau atau menghina beliau tetapi sekadar teguran dari seorang hamba yang kerdil kepada seorang hamba yang kerdil yang lain.

Dari masa ke semasa melihat perkembangan diri Shila Amzah memang begitu memberangsangkan. Bermula dari kemenangan beliau di Shanghai dan terusan menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Tahniah di ucapkan.
Namun begitu saya sedikit kecewa dengan sikap dan tingkahlaku beliau sebagai artis wanita islam. Pada pandangan saya sebagai wanita, tidak manis rasanya setiap memaparkan kisah peribadi beliau terutamanya kisah percintaan beliau kepada umum. Kisah peribadi beliau sewajarnya menjadi rahsia diri dan keluarga demi menjaga nama, maruah dan juga karier.

Tidak dapat dinafikan, para peminat ingin mengetahui perjalanan karier dan juga kisah peribadi artis kesayangan mereka dari masa ke semasa. Tidak salah berkongsi perjalanan karier dengan para peminat beliau tetapi perkongsian kisah peribadi perlu dihadkan. Sudah memadai jika beliau mengakui menjalinkan hubungan cinta bersama pasangannya.
Tidak manisnya untuk beliau berpegangan tangan, mencium tangan dan juga mengungkapkan kata “cinta hati saya” kepada umum apatahlagi perkara sebegini saya dapat dilihat disetiap majlis dan anugerah. Sebagai wanita islam, beliau sewajarnya menjaga setiap gerak geri dan tutur kata yang menyebabkan wujudnya pandangan negatif dan tomahan dikalangan manusia. Apatahlagi beliau kini sudah berhijab.

Tidak salah untuk bercinta namun islam mempunyai batas-batas dalam pergaulan dan tuturkata agar dapat mencerminkan diri sebagai islam sejati dan menjadi contoh kepada masyarakat luar sana. Namun sebagai remaja yang dilamun cinta tidak dinafikan beliau adakala tersasar dari garis panduan yang ditetapkan.

Beliau mempunyai bakat dan juga pendidik seni iaitu ayahnya yang begitu arif kehidupan anak seni. Sewajarnya beliau merujuk perkara-perkara sebegini kepada keluarga terutamanya agar niat menjadi anak seni yang berjaya menjadi kenyataan. In Shaa Allah.

Akhir kata, saya memohon agar Shila melihat teguran ini dari sudut pandangan positif untuk memajukan kerjaya beliau dan menjaga agama, adat serta maruah sebagai anak seni islam. Jangan biarkan perkara dan tingkah laku sebegini mencacatkan perjalanan seni dan juga mengundang pelbagai tomahan dan cacian pada diri dan keluarga.

Saya sekali lagi memohon maaf dari penulisan saya sekiranya mengundang kebencian kepada peminat-peminat Shila. Ditegaskan bukan bertujuan menghina tetapi sekadar teguran ikhlas dari insan yang lemah lagi kerdil. Agar sama-sama menjadi garis panduan buat kita semua. Sekian.

Abang Nara melihat ada betulnya kata-kata si LisaSha ini. Semoga Shila Amzah mengambil teguran ikhlas ini untuk kemajuan diri sendiri di masa hadapan. Shila masih muda dan masih banyak peluang untuk terus berjaya dengan lebih cemerlang di dalam karier seninya. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

P.S: Gangnam Style ialah video YouTube paling popular sepanjang tahun 2012.


Comments are closed.

Loading...