April 6th, 2015

Shaheizy Sam sekali lagi telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Mungkin tidak kerap muncul di layar perak mahupun didalam drama bersiri, beberapa pihak mula mempertikaikan kemenangan Sam dan wujudnya spekulasi beliau mengundi diri sendiri untuk menang.

Walaubagaimanapun, Sam sudah biasa dengan perkara seperti itu dan menganggap ia lumrah apabila seseorang itu menang.  Aktor tersebut menyifatkan anugerah yang diterimanya itu adalah rezeki hasil daripada sokongan pelbagai pihak sepanjang kariernya.

Saya percaya undian yang saya terima ini adalah daripada semua pihak bukan sahaja daripada peminat saya sahaja, ia benar-benar membuatkan saya terharu.

Tiada benda yang dapat saya lakukan untuk membalas jasa mereka selain doa dan ucapan terima kasih.

Sam turut membawa pulang trofi menerusi Pelakon Filem Lelaki Popular dan hadiah utama sebuah kereta Toyoto Camry Hybrid sumbangan UMW Toyota Motors.

Ini bukanlah kali pertama Sam berjaya mengungguli gelaran Bintang Paling Popular dan pernah merangkul gelaran yang sama pada tahun 2010 dan 2012.

Shaheizy Sam antara pelakon yang mempunyai gaya lakonan mantap dan berjaya menghidupkan pelbagai jenis watak dengan natural. Walaupun kerjayanya sedikit perlahan tahun ini, pada kami beliau memang layang untuk gelaran tersebut.

Sumber Berita: mStar Online

April 5th, 2015

Wow. Agak terkejut juga Abang Nara dengan keputusan ABPBH2014 kali ini. Secara jujur Abang Nara ingatkan Johan atau pun Zul Ariffin yang akan menang. Tidak dinafikan tahun 2014 Shaheizy Sam muncul dengan beberapa filem yang hebat seperti Manisnya Cinta Di Cappodia. Dengan jumlah undi yang lebih 2 ratus ribu, Shaheizy Sam telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 2014.
shaheizy sam
Ini adalah kali ketiga Shaheizy Sam memenangi anugerah ini. Dengan kemenangan ini, Shaheizy Sam membawa pulang sebuah kereta Toyota Camry Hybrid sebagai hadiah kemenangannya. Jutaan tahniah diucapkan kepada Shaheizy Sam dan para peminat mereka. Segala penat lelah mengundi akhirnya berhasil jua. Tahniah!!! Berikut ialah keputusan penuh untuk tatapan anda:-

1. Artis Baharu Lelaki Popular – Hafreez Adam
2. Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
3. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Akim & The Majistret
4. Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk Aznil Haji Nawawi
5. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
6. Kategori Online Personaliti Popular – Faiz Dickie
7. Pelakon TV Lelaki Popular – Shah Iskandar
8. Artis Baru Wanita Popular – Ayda Jebat
9. Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan
10. Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa
11. Gandingan Serasi Di Layar Kategori Online – Zul Ariffin & Ayda Jebat
12. Pelakon TV Wanita Popular – Nad Zainal
13. Artis Komedi Lelaki Popular – Abam Bocey
14. Artis Lelaki Stailo Kategori Online – Zul Ariffin
15. Pasangan Selebriti Romantis Kategori Online – Awal Ashaari & Scha Al Yahya
16. Penyanyi Wanita Popular – Adira
17. Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam
18. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Tan Sri Dato’ SM Salim
19. Artis Paling Kontroversi – Sharnaaz Ahmad
20. Penyanyi Lelaki Popular – Akim
21. Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha
22. Artis Wanita Stailo – Datuk Siti Nurhaliza
23. Bintang Paling Popular 2014 – Shaheizy Sam

shaheizy sam

Adakah anda berpuas hati dengan keputusan ABPBH2014 kali ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Apa pun, tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga tahun depan menang lagi.

February 18th, 2015

Secara jujur, Abang Nara tidak mengenali siapa itu Atikah Suhaime. Jadi apabila namanya tersenarai di dalam Top 5 ABPBH2014 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular, terus Abang Nara mencari biodata Atikah Suhaime. Nak juga tahu gerangan pelakon manakah yang membuat kejutan ini. Untuk makluman, nama Atikah telah tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular pada ABPBH2013.

atikah suhaime

Comelkan orangnya? Atikah Suhaime berasal dari Singapura dan merupakan artis di bawah naungan MIG. Filem lakonannya yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang ini ialah Gudang Kubur. Sementara drama yang mempopularkan dirinya ialah drama Bila Hati Berbicara yang telah ditayangkan di slot Akasia TV3. Atikah dilahirkan pada 15 Mac 1991 dan kini berusia 24 tahun. Muda sangat-sangat lagi.

atikah suhaime

Buat masa ini Atikah Suhaime masih single dan tiada kekasih walaupun ada desas-desus hubungan rapat dengan seorang juruterbang. Semoga Atikah akan berjaya merangkul kemenangan di dalam kategori yang tercalon kali ini. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Atikah Suhaime.

atikah suhaime
atikah suhaime
atikah suhaime
atikah suhaime
atikah suhaime

atikah suhaime
atikah suhaime
atikah suhaime
atikah suhaime
atikah suhaime
atikah suhaime
atikah suhaime
atikah suhaime

February 17th, 2015

Akhirnya yang dinanti-nanti telah tiba. Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) telah pun dikeluarkan. Mengungguli pencalonan dengan tersenarai untuk tiga kategori ialah Zizan Razak. Pelakon, pengacara dan pelawak ini tersenarai untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Pengacara TV Lelaki Popular,  dan Artis Komedi Lelaki Popular. Tahniah Zizan!!!
senarai top 5 abpbh2014 Untuk Top 5 kategori Artis Baharu Lelaki Popular, hanya nama Hisyam Hamid je yang Abang Nara kenal. Agak pelik apabila nama Keith Foo tidak tercalon. Untuk kategori Artis Baharu Wanita Popular, hanya nama Aisyah Aziz yang agak janggal.  Untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular juga agak pelik apabila nama Zul Ariffin tidak tersenarai.

Apa pun, ini semua adalah hasil undian para peminat. Kalau peminat tak undi, tak adalah nama artis kegemaran anda tercalon. Tak kiralah popular macam mana pun. Berikut ialah senarai penuh Top 5 ABPBH2014:-

1 – Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2 – Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3 – Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak

4 – Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya

Baca artikel sepenuhnya untuk melihat senarai penuh.

5 – Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama

6 – Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy

7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8 – Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad

9 – Pelakon TV Wanita Popular
Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha

10 – Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin

11 – Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha

12 – Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak

13 – Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14 – Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)

15 – Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)