Shaheizy Sam Rangkul Kembali Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2014

Hiburan

Shaheizy Sam Rangkul Kembali Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2014

Wow. Agak terkejut juga Abang Nara dengan keputusan ABPBH2014 kali ini. Secara jujur Abang Nara ingatkan Johan atau pun Zul Ariffin yang akan menang. Tidak dinafikan tahun 2014 Shaheizy Sam muncul dengan beberapa filem yang hebat seperti Manisnya Cinta Di Cappodia. Dengan jumlah undi yang lebih 2 ratus ribu, Shaheizy Sam telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 2014.
shaheizy sam
Ini adalah kali ketiga Shaheizy Sam memenangi anugerah ini. Dengan kemenangan ini, Shaheizy Sam membawa pulang sebuah kereta Toyota Camry Hybrid sebagai hadiah kemenangannya. Jutaan tahniah diucapkan kepada Shaheizy Sam dan para peminat mereka. Segala penat lelah mengundi akhirnya berhasil jua. Tahniah!!! Berikut ialah keputusan penuh untuk tatapan anda:-

1. Artis Baharu Lelaki Popular – Hafreez Adam
2. Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
3. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Akim & The Majistret
4. Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk Aznil Haji Nawawi
5. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
6. Kategori Online Personaliti Popular – Faiz Dickie
7. Pelakon TV Lelaki Popular – Shah Iskandar
8. Artis Baru Wanita Popular – Ayda Jebat
9. Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan
10. Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa
11. Gandingan Serasi Di Layar Kategori Online – Zul Ariffin & Ayda Jebat
12. Pelakon TV Wanita Popular – Nad Zainal
13. Artis Komedi Lelaki Popular – Abam Bocey
14. Artis Lelaki Stailo Kategori Online – Zul Ariffin
15. Pasangan Selebriti Romantis Kategori Online – Awal Ashaari & Scha Al Yahya
16. Penyanyi Wanita Popular – Adira
17. Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam
18. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Tan Sri Dato’ SM Salim
19. Artis Paling Kontroversi – Sharnaaz Ahmad
20. Penyanyi Lelaki Popular – Akim
21. Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha
22. Artis Wanita Stailo – Datuk Siti Nurhaliza
23. Bintang Paling Popular 2014 – Shaheizy Sam

Advertisement

shaheizy sam

Adakah anda berpuas hati dengan keputusan ABPBH2014 kali ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Apa pun, tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga tahun depan menang lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...