Shaheizy Sam Nafi Undi Diri Sendiri Untuk ABPBH 2014

Hiburan

Shaheizy Sam Nafi Undi Diri Sendiri Untuk ABPBH 2014

Shaheizy Sam sekali lagi telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Mungkin tidak kerap muncul di layar perak mahupun didalam drama bersiri, beberapa pihak mula mempertikaikan kemenangan Sam dan wujudnya spekulasi beliau mengundi diri sendiri untuk menang.

Walaubagaimanapun, Sam sudah biasa dengan perkara seperti itu dan menganggap ia lumrah apabila seseorang itu menang.  Aktor tersebut menyifatkan anugerah yang diterimanya itu adalah rezeki hasil daripada sokongan pelbagai pihak sepanjang kariernya.

Advertisement

Saya percaya undian yang saya terima ini adalah daripada semua pihak bukan sahaja daripada peminat saya sahaja, ia benar-benar membuatkan saya terharu.

Tiada benda yang dapat saya lakukan untuk membalas jasa mereka selain doa dan ucapan terima kasih.

Sam turut membawa pulang trofi menerusi Pelakon Filem Lelaki Popular dan hadiah utama sebuah kereta Toyoto Camry Hybrid sumbangan UMW Toyota Motors.

Ini bukanlah kali pertama Sam berjaya mengungguli gelaran Bintang Paling Popular dan pernah merangkul gelaran yang sama pada tahun 2010 dan 2012.

Shaheizy Sam antara pelakon yang mempunyai gaya lakonan mantap dan berjaya menghidupkan pelbagai jenis watak dengan natural. Walaupun kerjayanya sedikit perlahan tahun ini, pada kami beliau memang layang untuk gelaran tersebut.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...