June 9th, 2020

Bagaikan pasangan yang masih lagi menempuhi fasa manis ketika awal bercinta, Harris Aliff mengakui bahawa dia sukar menjelaskan perasaannya terhadap kekasih, Intan Ladyana.

Daripada awal lagi sudah menolak jarak usia sebanyak 17 tahun, Harris mendedahkan bahawa wanita cantik itu memiliki daya tarikan yang istimewa. Lelaki itu juga mementingkan keselesaannya bersama seseorang berbanding hal lain.

“Saya nak kenal rapat dengan Intan bukan sebab dia pelakon dikenali. Ada sesuatu yang unik dalam dirinya. Apabila kenal hati budi, saya melihatnya satu dalam 1,000.”

harris alif bercinta dengan intan ladyana

Mengakui bahawa ramai yang cakap belakang mengenai hubungan tua dan muda tidak akan pergi jauh, namun pelakon lelaki itu mengambil pendekatan untuk tidak ambil pusing mengenai kata-kata nista itu.

Menurut Harris, dia mula rapat dengan Intan sejak awal tahun ini. Meskipun sudah kenal sejak 10 tahun lalu kerana bekerja dalam bidang yang sama, lelaki itu mahu merungkai isi hati wanita itu dengan lebih mendalam lagi.

Walaupun ada bersua muka ketika acara Jom Heboh di Johor dan menaiki bas yang sama, mereka hanya menyapa biasa dan langsung tidak berkata apa-apa selepas itu.

Pun begitu, Harris yang tidak mempunyai nombor telefon wanita itu telah bertindak menghantar mesej langsung kepada Intan pada awal tahun ini, tanpa dia sendiri menduga niat sebenarnya berkelakuan demikian.

“Tak timbul soal saya memendam perasaan atau menyukainya secara senyap. Ia berlaku di luar sedar. Saya sendiri pernah terfikir tidak mungkin Intan mahu melayan lelaki berusia 21 tahun macam saya.”

intan ladyana dan harris alif bercinta

Namun tak sangka, hubungan pasangan itu berjalan dengan lancar dan Intan sendiri mengatakan  bahawa Harris adalah seorang yang matang daripada usianya.

Akui bahawa hubungan yang terjalin ini adalah serius, tetapi pelakon lelaki itu mendedahkan bahawa mereka belum berbincang lagi mengenai soal perkahwinan.

Apa pun, kita doa yang baik-baik sahaja.

Sumber: BH Harian

Advertisement
June 3rd, 2020

Menerima jambangan bunga sempena sambutan hari lahir ke-38 daripada kekasihnya, pelakon Intan Ladyana kongsi detik manis itu di laman Instagram.

intan ladyana harris alif bercinta

Menerusi perkongsian itu, Intan dilihat sangat bertuah apabila kekasihnya, Harris Alif bagai menghargai teman wanitanya itu.

Hal ini kerana, Intan turut berkongsi kiriman surat ringkas yang memaparkan keperibadiannya amat istimewa di mata Harris.

View this post on Instagram

thank you 🤍🥰🥰🥰

A post shared by 🎬 (@intanladyana) on

“Hey my lucky charm, happy birthday to you! You are incredibly special to me & I cherish our days together.”

Lebih romantik, Harris yang juga bekas juara Idola Kecil musim ketiga itu juga sempat memuat naik foto mesra bersama pelakon filem Adnan Sempit tersebut.

View this post on Instagram

happy birthday my lucky charm :)

A post shared by Harris Alif (@harrisalif) on

Kemunculan berita percintaan mereka ini mula tular di media sosial selepas kedua-dua mereka dikhabarkan sering menayang kemesraan di laman Instagram semenjak beberapa minggu lalu.

Menjengah ke ruangan komen, posting yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani pelbagai reaksi, malah rata-rata pengikut mereka tidak putus mendoakan yang terbaik buat pasangan ini agar jalinan cinta yang diikat kini mekar hingga ke jinjang pelamin kelak.

Advertisement
May 29th, 2020

Usia nyata bukan penghalang kepada hubungan cinta. Lihat sajalah pasangan selebriti yang baru sahaja mengumumkan hubungan cinta mereka iaitu Harris Alif dan Intan Ladyana yang mempunyai jarak usia sebanyak 17 tahun.

Walapun pada awalnya ia hanyalah tebakan peminat selepas lelaki itu beberapa kali memuat naik gambar mereka bersama, pelakon berusia 21 tahun ini akhirnya mengakui hubungannya dengan Intan.

harris alif bercinta dengan intan ladyana

Terpikat dek keperibadian pelakon wanita itu yang baik, Harris walaubagaimanapun masih belum mempunyai rancangan untuk membawa hubungan romantis itu ke peringkat yang lebih serius dalam masa terdekat ini.

“Kita semua pun masih berada dalam ‘mood’ Raya dan setakat ini, tiada sebarang perancangan.”

Buat masa ini, kedua-dua selebriti itu tersebut lebih memberikan fokus kepada kerja dan tak sabar untuk kembali beraksi selepas lama bercuti kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lepas.

harris alif dan intan ladyana

Meskipun baru beberapa bulan menyulam kasih dengan Intan, Harris mengakui bahawa mereka sudah pun kenal selama 9 tahun. Tidak sangka selepas beberapa tahun pengenalan itu, akhirnya mereka kini merupakan pasangan kekasih.

Harris yang kini aktif mengacarakan program hiburan MPop! meluahkan harapan agar pandemik COVID-19 ini segera pulih supaya dapat kembali bekerja seperti biasa.

Sumber: Gempak

Advertisement