July 27th, 2020

Mengakui terkesan dengan kedaifan hidup anak-anak tahfiz Maahad Tahfizul AlQuran, pengacara teroshor tanah air Datuk Aznil Nawawi, tampil menghulurkan bantuan dengan mengumpul dana bagi mengurangkan beban yang ditimpa golongan ini.

aznil kumpul saham akhiratMenurut Aznil, bagi membaiki kediaman anak-anak tahfiz yang berdepan banyak kerosakan ini, beliau dikhabarkan bertindak menjalankan satu kempen kutipan dana di laman Instagramnya memohon jasa baik para pengikut untuk menyalurkan sumbangan.

View this post on Instagram

Berkat dari sekecil2 sedekah hingga ke sebesar2nya, sejumlah RM31k (RM16k + RM15k) telah diserahkan ke Maahad Tahfizul AlQuran Anawiyah Ulu Langat ini. Lebih sebak bila usaha baik pulih ini dilakukan secara sendirian oleh ayah kepada salah seorang anak tahfiz secara Percuma. Hanya Allah yg dapat membalas kebaikannya di sana nanti. #paknil pohon agar masih ada yg sudi menghulurkan bantuan Aznil Nawawi Maybank 564735801178 14256010025102 Bank Islam Maahad Tahfizul AlQuran Anawiyah

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

“Saya juga nak kejar saham akhirat. Dalam masa sama, saya juga nak ajak semua ke arah sama. Ini antara cara saya nak membantu apa adanya.”

Ujar Aznil, beliau kini bagai mampu menghembus nafas lega apabila ramai dalam kalangan pengikutnya bermurah hati mengurangkan beban yang menimpa mereka. Tambahnya lagi, sebanyak RM31,000 berjaya dikumpul setakat ini untuk disalurkan ke pusat tahfiz itu hasil berkat derma orang ramai termasuk peminatnya.

aznil kumpul saham akhirat

“Alhamdulillah, ada ramai yang bermurah hati mengurangkan beban sekaligus membantu pihak pusat tahfiz ini memperbaiki apa yang kurang. Sejak PKP lalu mereka terus diuji.”

Untuk rekod, Aznil sebelum ini dikatakan pernah menganjurkan majlis khatam Al-Quran untuk anak tahfiz disitu. Menguatkan lagi fakta bahawa dirinya mahu mengumpul saham akhirat, Aznil juga mendedahkan hatinya pernah terdetik untuk mengambil beberapa orang daripada anak tahfiz itu sebagai anak angkat.

Sumber: mStar

July 17th, 2014

Secara jujur, Abang Nara tertanya-tanya mengapa kita perlu memberi publisiti sehingga tahap masuk TV dan radio kepada mereka yang telah membuat kesalahan seperti si Kiki pemilik kereta Peugeuot bernombor plat CDM 25 ini. Seolah-olah kita mengalakkan budaya ‘buat salah tak apa, nanti kau boleh jadi femes’. Seperti yang Abang Nara katakan pagi tadi, sepatutnya Uncle Lim yang dipanggil kerana pakcik itu menunjukkan nilai murni untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Kiki.
pak nil dan era
Kalau lepas ini tiba-tiba si Kiki nie ada orang nak ambil jadi artis/pelakon/iklan, memang Abang Nara tak tahulah nak cakap apa. Diharap dengan publisiti yang diberikan ini juga tidak menyebabkan orang ramai berbuat jahat dan merakamkan video mereka dengan harapan untuk muncul di TV dan radio. Parah kalau ramai yang buat macam itu.

pak nil dan era
pak nil dan era

Di atas ialah beberapa komen di Facebook Era FM yang jelas kecewa dengan tindakan stesen radio itu menjemput Kiki ke konti. Memang tak masuk akal sungguh perbuatan tersebut. Turut menerima tempias ialah PakNil yang telah menemurah Kiki untuk program H!Live. Ramai peminat yang melahirkan rasa kecewa kerana Paknil sanggup membawa si pembuli jalanan itu ke dalam kaca tv.

pak nil dan erapak nil dan era
pak nil dan era

Apa pun, Kiki sudah pun meminta maaf menerusi video yang dipaparkan di bawah.

Diharap pihak pengurusan Astro lebih prihatin dengan isu sebegini. Jangan diulang kesilapan yang sama pada masa hadapan. Lepas ini takkan semua orang buat salah nak panggil masuk konti kan?

August 17th, 2012

Kartun The Smurfs sememangnya sangat popular di kalangan kanak-kanak. Bapak-bapak budak dan mak-mak budak (termasuk Abang Nara dan wife) pun suka dengan kartus The Smurfs ini. Khas sempena Aidilfitri, Astro HBO akan menayangkan filem ini untuk tatapan anda semua.

the smurfs bahasa melayu

Yang menariknya, barisan selebriti terkemuka seperti Lisa Surihani, Yusry, Aznil dan ramai lagi turut menyumbang suara untuk versi The Smurfs Bahasa Melayu. Abang Nara pun ada terlibat jugak walaupun sekadar 4,5 baris sahaja. Pasti ramai yang lebih teruja menonton kartun ini dalam bahasa ibunda kita.

the smurfs bahasa melayu

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton filem The Smurfs ini di Hari Raya pada 19 Ogos ini (hari raya pertama). Tayangan akan bermula pada jam 8 malam di saluran HBO. Untuk info lanjut, boleh layari laman web Astro.

P.S: Abang Nara tahu pasti ramai yang berbelanja sakan untuk Hari Raya ini. Belanja belanja jugak. Jangan sampai berhutang yang kita tak boleh bayar. Sebab itulah untuk raya kali ini Abang Nara gunakan Citibank Ready Credit untuk shopping barangan raya. Boleh guna cek, bayar secara online, swipe dan macam-macam lagi. Selain dapat point dan peluang menang Philips Home Theatre DVD, Abang Nara boleh buat bayaran balik secara fleksibel serendah 4%. More info boleh layari laman web Citibank.

August 3rd, 2012

Nampaknya tahap keselamatan di Malaysia semakin hari semakin rendah. Kalau baca Harian Metro, pasti akan ada kes rompak, rogol, samun dan sebagainya setiap hari. Terbaru, Kosmo melaporkan yang rumah Aznil Haji Nawawi telah digeledah perompak kira-kira jam 10 malam menyebabkan kerugian RM40,000.

rumah paknil dirompak

Ketika kejadian, Paknil tiada di rumah namun ibu dan amahnya berada di tempat kejadian. Syukur sebab tiada sesiapa yang dicederakan oleh si perompak. Antara barangan yang dilaporkan hilang ialah cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki. Semoga Paknil tabah dengan ujian yang diberikan di dalam bulan Ramadhan ini.

vco cantik

P.S: Gile hebat perubahan yang dialami HANYA selepas sebulan mengamalkan pemakanan Catalyst VCO Softgel + Collagen. Jerawat, jeragat dan semua masalah muka terus hilang. Wajah berseri-seri bak bulan purnama. Lebih banyak testimonial di website Cantik BeautifulNara. Untuk tempahan dan pertanyaan, emailkan ke [email protected].