Written by AbangNara | July 17th, 2014

Secara jujur, Abang Nara tertanya-tanya mengapa kita perlu memberi publisiti sehingga tahap masuk TV dan radio kepada mereka yang telah membuat kesalahan seperti si Kiki pemilik kereta Peugeuot bernombor plat CDM 25 ini. Seolah-olah kita mengalakkan budaya ‘buat salah tak apa, nanti kau boleh jadi femes’. Seperti yang Abang Nara katakan pagi tadi, sepatutnya Uncle Lim yang dipanggil kerana pakcik itu menunjukkan nilai murni untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Kiki.
pak nil dan era
Kalau lepas ini tiba-tiba si Kiki nie ada orang nak ambil jadi artis/pelakon/iklan, memang Abang Nara tak tahulah nak cakap apa. Diharap dengan publisiti yang diberikan ini juga tidak menyebabkan orang ramai berbuat jahat dan merakamkan video mereka dengan harapan untuk muncul di TV dan radio. Parah kalau ramai yang buat macam itu.

pak nil dan era
pak nil dan era

Di atas ialah beberapa komen di Facebook Era FM yang jelas kecewa dengan tindakan stesen radio itu menjemput Kiki ke konti. Memang tak masuk akal sungguh perbuatan tersebut. Turut menerima tempias ialah PakNil yang telah menemurah Kiki untuk program H!Live. Ramai peminat yang melahirkan rasa kecewa kerana Paknil sanggup membawa si pembuli jalanan itu ke dalam kaca tv.

pak nil dan erapak nil dan era
pak nil dan era

Apa pun, Kiki sudah pun meminta maaf menerusi video yang dipaparkan di bawah.

Diharap pihak pengurusan Astro lebih prihatin dengan isu sebegini. Jangan diulang kesilapan yang sama pada masa hadapan. Lepas ini takkan semua orang buat salah nak panggil masuk konti kan?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

110 responses to Era FM dan Paknil Terima Tempias Kerana Kiki CDM 25

  1. Ming says:

    Ikhlas atau tak hanya Allah yang tahu. Pihak Era mungkin ingin memastikan bahawa seluruh rakyat Malaysia dapat mendengar sendiri kata-kata Kiki memohon ampun pada Uncle. Dia ikhlas atau tak, itu semua terpulang kepadaNya. Pak Nil pula mungkin ingin menolong Kiki, dengan menggunakan kelebihan media yang ada pada Pak Nil, bukanlah untuk membuat Kiki menjadi ‘femes’ atau sebagainya. ‘Femes’ atau tak terpulang pada kita semua, jika kita masih lagi menaip kata-kata kesat, ditambah pula dengan sikap orang kita yang kebanyakkannya sekarang lebih tertarik untuk ambil tahu perihal buruk berbanding hal yang baik, sampai bila-bila pun tak akan surut hinggalah muncul kontroversi yang seterusnya. Kepada Kiki, Allah membantu Kiki sebenarnya, mungkin Kiki sebelum ini tidak nampak salah satu sikapnya yang mungkin Kiki sendiri terkejut apabila melihat sikap barannya di dalam video tersebut. InsyaAllah, sentiasa beringatlah di mana kedudukan kita sebagai seorang wanita Islam dan fahami nilai sebenarnya sehelai tudung sebelum mengejar urusan duniawi.

  2. Anonymous says:

    Ming .. kau ni sedare paknil kee kalut semacam .. or kikilala sokong kemain lagi

    Paknil .. lepas ni kau jemput laa yg tembak pesawat MH17 tuu .. buat liputan khas mohon maaf and u buat live sekali join cnn lagi laa era bertambah femes .. gila glamour ..

    ak memang dah lama boikot era and bila ada sorang pompuan tergedik perasan bagus tuu .. eeeiii meluat ..

  3. Kalau ya pun... says:

    Apakah justifikasi memanggil samseng jalanan yg dah memalukan umat islam dan kaum wanita di malaysia muncul di media? Korang ni terbawa2 dgn sentimen kesian yg tak bertempat

  4. mass says:

    kenapa astro dan era nak interview samseng tersebut. sepatutnya interview mangsa pada samseng tersebut. Heran kadang2 dengan stesen tv dan radio….fikir lah sikit sebelum nak naik kan rating rancangan masing2. Samseng jalanan dah minta maaf, kenapa mesti bagi peluang pada samseng tersebut untuk terkenal. Cuba lihat rakaman stesen tv dan radio. wajah samseng sedikit pun x da kesal malah bangga dapat buat rakaman minta maaf 1 malaysia dan buat dia terkenal.

    Pada pihak polis, walau ape pun alasan dan siasatan yang dijalankan, memang terbukti dia bertindak seperti samseng jalanan. Hukuman tetap kena hukum.

  5. aku say says:

    Yang wat aku respect uncle tu.. dia ckap dia beragama katolik.. dalam agama dia , dia diajar maafkan org,buat baek pada org, dan bla…bla…bla… lagi la.. malu wei.. yg beragama laen pulak boleh bertoleransi inikan pulak si kiki yg beragama islam nak tunjuk samseng jalanan sgt.. sgt memalukan.. ini jadinya kalo iman diletak ketepi..

  6. nur fahira iira says:

    Lain x kalau ada org yg tk pndai jaga maruah buat tk tau je sbnrnya si kiki ni sengaja buat perangai kasian kat pak cik tu walaupun bkn islam tpi pandai jga kesabaran dibulan puasa

  7. Adie says:

    Semoga hari isnin ni KIKI mendapat hukuman yang setimpal. Biar dia tau walaupun dia dah minta maaf yang seberapa itu belum tentu dia lepas dari undang-undang. Perlakuan yang ganas tu amat bahaya dan boleh dijadikan contoh tak baik pada orang lain. Asal buat ganas jadi viral dapat masuk ERA..asal buat ganas jadi viral dapat masuk ERA..haish…tak paham la..semoga media yang terlibat be sensitif ok…jgn igt nak naikkan rating je…

  8. Snow says:

    Kiki yg biadap diangkat mjd bintang dbantu oleh era otak senteng

  9. kikilala says:

    Muka berkarat macam ni jadi perancang majlis perkahwinan. Berlendir aku nengok gelilah. Loya. Perangai nauzubillah otak senteng. Asyik muka dia aje keluar enyampah. Kesian lah radio erra ni

  10. halimaayob says:

    Masih percaya bukan kesalahan sepenuhnya kepada Kiki. Mustahil Kiki marah sebegitu tanpa sebab yang kukuh. Uncle Sim mesti ada membalas kata2 Kiki dengan ayat provokasi yang mana video tersebut tidak merakamkan keseluruhan cerita. Salute Kiki kerana berani minta maaf walau macam2 orang menulis tentang dia. Anyway Kiki telah diberikan hukuman kerana perbuatannya. Semoga dia menjadi seorang muslimah yang lebih baik dari semalam.

  11. […] sumber  (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); […]