Demi Saham Akhirat, Aznil Nawawi Berjaya Kumpul RM31,000 Bantu Pusat Tahfiz

Hiburan

Demi Saham Akhirat, Aznil Nawawi Berjaya Kumpul RM31,000 Bantu Pusat Tahfiz

Mengakui terkesan dengan kedaifan hidup anak-anak tahfiz Maahad Tahfizul AlQuran, pengacara teroshor tanah air Datuk Aznil Nawawi, tampil menghulurkan bantuan dengan mengumpul dana bagi mengurangkan beban yang ditimpa golongan ini.

aznil kumpul saham akhiratMenurut Aznil, bagi membaiki kediaman anak-anak tahfiz yang berdepan banyak kerosakan ini, beliau dikhabarkan bertindak menjalankan satu kempen kutipan dana di laman Instagramnya memohon jasa baik para pengikut untuk menyalurkan sumbangan.

Advertisement

“Saya juga nak kejar saham akhirat. Dalam masa sama, saya juga nak ajak semua ke arah sama. Ini antara cara saya nak membantu apa adanya.”

Ujar Aznil, beliau kini bagai mampu menghembus nafas lega apabila ramai dalam kalangan pengikutnya bermurah hati mengurangkan beban yang menimpa mereka. Tambahnya lagi, sebanyak RM31,000 berjaya dikumpul setakat ini untuk disalurkan ke pusat tahfiz itu hasil berkat derma orang ramai termasuk peminatnya.

aznil kumpul saham akhirat

“Alhamdulillah, ada ramai yang bermurah hati mengurangkan beban sekaligus membantu pihak pusat tahfiz ini memperbaiki apa yang kurang. Sejak PKP lalu mereka terus diuji.”

Untuk rekod, Aznil sebelum ini dikatakan pernah menganjurkan majlis khatam Al-Quran untuk anak tahfiz disitu. Menguatkan lagi fakta bahawa dirinya mahu mengumpul saham akhirat, Aznil juga mendedahkan hatinya pernah terdetik untuk mengambil beberapa orang daripada anak tahfiz itu sebagai anak angkat.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...