October 4th, 2019

Siapa tak kenal dengan Fauziah Ahmad Daud ataupun lebih mesra dipanggil sebagai Ogy? Pelakon veteran itu tak pernah ‘cover’ apabila menyampaikan pendapatnya sehingga menyebabkan orang lain yang tak kena marah pun turut takut sekali.

Ogy juga kini agak aktif di laman Youtubenya yang dinamakan sebagai OgyTV. Menerusi platform itu, wanita tersebut sering mengupas topik semasa sebagai isu diskusi bersama pengikutnya. Terbaru, Ogy telah membangkitkan isu mengenai kanak-kanak yang ‘dilayan’ seperti orang dewasa dalam program realiti kanak-kanak.

Dia menegur program sedemikian yang membawa isi yang terlalu dewasa walhal pesertanya ialah kanak-kanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun.

Budak 8 atau 9 tahun pergi ke pentas, pakai gaun, crown, dengan lipstik bagai nak rak, false eye lashes lagi. Berat mata budak tu. Tiba-tiba nyanyi lagu ‘Perawan atau Janda’. Gila ke apa?

Ogy juga menjelaskan bahawa kanak-kanak ini masih kecil dan berbakat besar. Tapi harus digilap dengan cara yang betul. Mula perlahan-lahan dengan menyanyikan lagu patritotik atau lagu yang bersesuaian dengan usia mereka.

Mereka berbakat, jadi apa salahnya bagi lagu-lagu Patriotik. Biar bertepatan dengan usia mereka.

Selain itu, dia juga mengharapkan agar peserta cilik ini semua tidak dipaksa menyanyikan lagu dengan nada yang tinggi, takut boleh timbulkan masalah kesihatan nanti.

ogy ahmad daud tegur rancangan kanak-kanak

Wanita itu mengingatkan agar produser diluar sana mengambil iktibar dengan ‘bebelan’nya ini pada masa hadapan. Baginya, kanak-kanak sepatutnya dibiarkan menjadi diri mereka sendiri dan bukannya dilayan seperti orang dewasa.

Rata-rata warganet juga turut bersetuju dengan luahan hati Ogy ini kerana rancangan sebegini hanya membuatkan kanak-kanak berkelakuan seperti orang yang lebih tua daripada usia mereka.

Sumber: Forum CARI

October 19th, 2015

20 tahun adalah satu jangka masa yang tersangatlah lama. Terkejut Abang Nara apabila mengetahui dalam tempoh tersebut, Erma Fatima dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy) tidak bertegur sapa. Wujud perang dingin antara mereka berdua ini atas sebab yang tidak dikongsi umum. Namun selepas 2 dekad, hubungan silaturahim antara mereka berdua berjaya dipulihkan dan kedua-dua pelakon hebat ini bakal disatukan di dalam teater Mok Cun yang akan bermula 14 November ini.

ogy erma fatima

Usaha berbaik-baik semula antara Ogy dan Erma Fatima ini telah dimulakan oleh rakan baik mereka berdua iaitu Datin Paduka Umie Aida. Bercerita tentang detik silaturahim mereka terjalin semula, Ogy berkata:-

Datin Umie Aida yang menemukan kami. Umie datang ke rumah saya untuk membeli sambal goreng Saadiah. Beliau tanya saya, berlakon lagi ke? Saya katakan saya masih berlakon tapi saya cerewet memilih skrip. Umie tawarkan saya berlakon dengan Erma.

Saya tiada masalah berlakon dengan Erma, cuma saya tidak mahu kasi muka, takut dia pijak kepala. Itu jawapan saya (ketawa). Keesokannya, Erma mesej saya mahu bertemu untuk berbincang projek. Saya tanya Erma, rindu akak ke? (berseloroh). Erma cakap mestilah. No problem!!

Terus terang dikatakan, saya bersetuju bertemu Erma kerana tidak mahu memanjangkan pertelingkahan atau perang dingin yang wujud selama berpuluh tahun itu.

Saya tidak mahu terus memendam sesuatu dalam hati. Saya rasa tidak sihat sangat. Jika saya tutup mata, saya tidak mahu ada permusuhan dengan sesiapa dalam hidup

Erma Fatima turut sama berkongsi rasa gembira apabila hubungan dengan idolanya itu terjalin semula. Kata Erma:-

Saya tidak pernah benci atau marah pada Kak Ogy walau pun apa yang berlaku antara kami. Waktu itu darah masih muda, darah masih gemuruh. Kami terlalu mengikut emosi.

Saya bertemunya di sebuah restoran di Bangsar kira-kira 2 minggu lalu. Kami tidak ungkit kisah silam pun, tiada langsung. Kami bercakap seolah-olah tiada apa yang berlaku selama ini.

Kami bertemu seperti kawan lama berjumpa semula. Tiada cerita kau dulu macam tu, macam ni!

ogy erma fatima

Alhamdulillah. Perkara yang lepas usahlah dikenang. Yang penting hubungan persahabatan yang kembali terjalin ini dijaga betul-betul. Jangan bergaduh lagi. Nanti tak pasal-pasal tak bertegur sapa 20 tahun lagi sekali. Apa pun, pasti gandingan Erma Fatima dan Ogy dalam teater Mok Cun akan meletup. Sama-sama kita nantikan. Sumber Berita Harian.

September 29th, 2015

Walaupun sudah dianggap tidak relevan lagi dengan industri hiburan tanah air sekarang, program realiti Akademi Fantasia tetap mencuri perhatian setiap kali ia ditayangkan di kaca televisyen. AF2015 kali ini menyaksikan kontroversi muncul dari kalangan juri, di mana Rozita Che Wan telah menarik diri kerana tidak mempunyai persefahaman dengan pengetua AF2015, Edry KRU. Susulan penarikan diri Che Ta, Fauziah Ahmad Daud ataupun lebih dikenali sebagai Ogy telah pun dijemput oleh pihak AF2015 sebagai pengkritik pada minggu kelapan.
ogy

Kalau dah namanya Ogy, sudah tentu komentar yang diberikan pedas-pedas belaka. Namun itulah kelebihan dan keistimewaan Ogy. Walaupun kurang sedap didengar, namun segala kritikan Ogy ada benarnya. Malah menurut Ogy, pelajar-pelajar AF2015 terlalu dimanjakan kerana komen yang diberikan tidak cukup pedas. Kata Ogy:-

Saya lihat mereka terlalu dimanjakan dengan komen-komen yang tidak pedas. Tanggungjawab saya adalah untuk mengkritik bagi membakar semangat mereka untuk terus berjuang.

Kehadiran saya sebagai pengkritik jemputan adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sepanjang berkecimpung dalam industri kepada pelajar-pelajar. Saya jujur memberi komen kerana ia adalah untuk kebaikan mereka juga.

Ada di antara pelajar yang mempunyai bakat besar namun leka sehingga menyebabkan dirinya tersingkir. Manakala ada juga yang dilihat terlalu menjaga mimik muka agar kelihatan cantik sentiasa di hadapan kamera

ogy

Ada benarnya kata-kata Ogy itu kan? Kalau persembahan memang tak bagus dan merapu, kenalah ada yang berani menegur. Kalau semua pun memuji dan tidak memberi teguran secara tegas, sampai bila-bila pun pelajar AF2015 akan hanyut dalam dunia sendiri. Apa pun, minggu ini adalah minggu separuh akhir AF2015. Siapakah yang bakal ke pentas akhir AF2015? Sama-sama kita nantikan. Sumber BHPLUS.

May 21st, 2015

Ok Abang Nara dah check artikel sebelum ini tentang luahan hati Abam terhadap Ogy. Abang Nara tidak menggunakan perkataan ‘berang’, ‘marah’ atau sakit hati. Jadi Abang Nara bukanlah blogger yang dimaksudkan oleh Abam. Fuh!! Selamat. Tidak mahu para peminat dan kak Ogy terus salah sangka, Abam telah tampil membuat penjelasan tentang statusnya di Instagram baru-baru ini. Secara kesimpulan, Abam tidak berang tetapi sekadar tersinggung dengan kritikan yang diterima.

bocik

Ternyata ada blogger lain yang membuat andaian sendiri dan menggunakan perkataan berang sehingga membuatkan Abam kecewa. Apa pun status tersebut telah pun dibuang oleh Abam. Abam juga turut menerangkan bahagian kritikan daripada kak Ogy yang membuatkan dirinya tersinggung. Kata Abam:-

Saya tak faham kenapa kritikan kak Ogy perlu dijadikan isu? Ya, saya mengaku memuatnaik status mengenai kritikan kak Ogy kerana tersinggung. Saya ambil keputusan untuk memadam status berkenaan kerana saya nampak di sebuah blog hiburan yang mengatakan saya berang dengan kak Ogy.

Itu satu fitnah! Berang dengan tersinggung dua perkara berbeza…Jangan kerana mahu melariskan blog, mereka jadikan orang lain sebagai mangsa. Apabila mereka menggunakan tajuk yang begitu, macam-macam andaian orang buat. Saya sendiri terkejut apabila membacanya.

Terus-terang saya katakan, saya cuma tersinggung dengan ayat…Bocik menang atas undian peminat bukan sebab persembahan…itu sahaja. Setiap minggu kami struggle cari bahan untuk berikan yang terbaik. Andai tidak kelakar, kritiklah apa pun…Selama ini pun kami terima kritikan dengan hati terbuka. Malah kritikan kak Ogy itu kami jadikan sebagai panduan agar tidak lupa diri.

Saya tak sebut pun nama kak Ogy dalam status yang saya muatnaik di Instagram. Blogger buat andaian sendiri yang kononnya saya dan Fad marah dengan Kak Ogy dan benda ni jadi kecoh sampai masuk surat khabar. Sebagai seorang manusia biasa, biasalah jika tersinggung…Saya tidak mahu kerana laporan tidak betul di blog, hubungan dengan orang lain bermasalah atau orang anggap kami (Bocey) lupa diri

abam bocey

Biasalah Abam dunia hiburan. Segala apa yang kita lakukan, tulis dan muatnaik di laman sosial, pasti akan dijadikan bahan cerita. Lebih-lebih bila ada sesuatu yang boleh dikaitkan. Itu yang ramai selebriti mengambil langkah berhati-hati sebelum memuatnaik sesuatu. Diharap kontroversi ini tidak mematahkan semangat Abam. Semua ini asam garam kehidupan sebagai artis. Teruskan melawak, tetapi kalau boleh kurangkan lawak fizikal. Semoga terus maju jaya. Sumber Astro Gempak.