Written by Irsa | October 4th, 2019

Siapa tak kenal dengan Fauziah Ahmad Daud ataupun lebih mesra dipanggil sebagai Ogy? Pelakon veteran itu tak pernah ‘cover’ apabila menyampaikan pendapatnya sehingga menyebabkan orang lain yang tak kena marah pun turut takut sekali.

Ogy juga kini agak aktif di laman Youtubenya yang dinamakan sebagai OgyTV. Menerusi platform itu, wanita tersebut sering mengupas topik semasa sebagai isu diskusi bersama pengikutnya. Terbaru, Ogy telah membangkitkan isu mengenai kanak-kanak yang ‘dilayan’ seperti orang dewasa dalam program realiti kanak-kanak.

Dia menegur program sedemikian yang membawa isi yang terlalu dewasa walhal pesertanya ialah kanak-kanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun.

Budak 8 atau 9 tahun pergi ke pentas, pakai gaun, crown, dengan lipstik bagai nak rak, false eye lashes lagi. Berat mata budak tu. Tiba-tiba nyanyi lagu ‘Perawan atau Janda’. Gila ke apa?

Ogy juga menjelaskan bahawa kanak-kanak ini masih kecil dan berbakat besar. Tapi harus digilap dengan cara yang betul. Mula perlahan-lahan dengan menyanyikan lagu patritotik atau lagu yang bersesuaian dengan usia mereka.

Mereka berbakat, jadi apa salahnya bagi lagu-lagu Patriotik. Biar bertepatan dengan usia mereka.

Selain itu, dia juga mengharapkan agar peserta cilik ini semua tidak dipaksa menyanyikan lagu dengan nada yang tinggi, takut boleh timbulkan masalah kesihatan nanti.

ogy ahmad daud tegur rancangan kanak-kanak

Wanita itu mengingatkan agar produser diluar sana mengambil iktibar dengan ‘bebelan’nya ini pada masa hadapan. Baginya, kanak-kanak sepatutnya dibiarkan menjadi diri mereka sendiri dan bukannya dilayan seperti orang dewasa.

Rata-rata warganet juga turut bersetuju dengan luahan hati Ogy ini kerana rancangan sebegini hanya membuatkan kanak-kanak berkelakuan seperti orang yang lebih tua daripada usia mereka.

Sumber: Forum CARI

16 responses to “Pakai Gaun, Lipstik, Fake Eye Lashes. Nyanyi Lagu Perawan Dan Janda, Gila Ke Apa?”- Ogy Tegur Rancangan Realiti Kanak-Kanak

  1. haha says:

    Tom Tom PEDO ke?

  2. Anonymous says:

    aku tak setuju jgk..

  3. Anonymous says:

    parents dh fanatik nk pegang trofi… target anak memasing mesti menang…

  4. NANI says:

    SEBENARNYA TAK PYH WUJUDKAN PN PROGRAM MCMNI. BAIK WJUDKAN PROGRAM MENGAJI, KE HAFAZAN KE ATAU TILAWAH. ADA JUGA DPT PAHALA AND MANFAAT. NI DRPD KECIK DH DIAJAR FESYEN YANG TAH PAPE. DGN MAKE UP TEBAL. ADOI KESIAN. ZMN AKU DLU TAK MERASA BNDA2 MCMNI, ENJOY JE DGN KHDUPN BUDAK2. ZMN SKRG TAH PAPE MAKIN MENJADI2

  5. Anonymous says:

    setuju. kadang tu meluat pulak tgok budak kecik berlagak nak jadi org besar dalam program tu. nyanyi lagu cinta bagai

  6. Shhh says:

    Ni betul babe..ko bygkn..budak2 nyanyi lagu ziana zain tinggi..dia menyangi dgn penuh perasaan…seolah2 mcm bru putus cinta…yg lain dok bersorak…aku dgr nyanyian dia aku yg malu..

  7. kiki lala says:

    setuju.. lebih banyakkan program keagamaan berbentuk tilawah atau hafazan.. dunia dah hampir ke penghujung.. tp still.. yg ada kt dunia ne, mengejar rating utk saham keduniaan..

  8. korok says:

    mak2 je yg lebih up anak…nk tjk anak cantik..berbakat & anak sapa lagi bagus…elok la ada artis yg menegur..org melayu leka dh dgn hiburan smpi anak2 jd mangsa

  9. Anonymous says:

    setuju ngan kak ogy.. kalau tgk rancangan pertandingan kanak2 dr indonesia yg dulu pernah aku tgk..tak ingt nama rancangan nya apa… diorg tukar perkataan unsur cinta2 tu jd ke persabahatan.. atau kasih syg kpd mak bapak…tu barulaaa betul..mana yg baik dr diorg tu kita bolehlaa ikutkan…

  10. Hui says:

    Apa jadi dengan bosnia herzegovina

  11. aih says:

    melayu dengan program bodoh ni x pernah berubah… really stupid betul .. korang tgk bangsa ada cam ni.. melayu je.. sebut nama melayu pun aku dah meluat… aihh

  12. umairah says:

    kat skolah pun dorg buat persembahan lagu2 bodoh mcm ni, jgn tak tau yer. mana ada lg nyanyi lagu patriotik atau lagu2 bertema sesuai dgn umur mereka

  13. Akak Kantin says:

    Patot la kanak kanak sekarang nampak tua dari usia…Hormon nye cepat berkecamuk…Dek kerana pengaruh unsur unsur dewasa membiak…

  14. ikan says:

    budak yg gambar tu ke yg dimaksudkan? kesian budak tu. mak bapak yg salah. tapi semua dok kutuk budak tu nnt dia pulak yg malu.

  15. Anonymous says:

    Mohon pencerahan sahabat sekalian, program apa ye yg dimaksudkan kak Ogy?

  16. Anonymous says:

    serius lah zaman 90-an semua lagu patriotik je, tak dibenarkan lagu lain selain lagu perpisahan tu pun kalau ada cikgu nak bersara, loll

Tinggalkan Komen Anda Di Sini