September 29th, 2015

Walaupun sudah dianggap tidak relevan lagi dengan industri hiburan tanah air sekarang, program realiti Akademi Fantasia tetap mencuri perhatian setiap kali ia ditayangkan di kaca televisyen. AF2015 kali ini menyaksikan kontroversi muncul dari kalangan juri, di mana Rozita Che Wan telah menarik diri kerana tidak mempunyai persefahaman dengan pengetua AF2015, Edry KRU. Susulan penarikan diri Che Ta, Fauziah Ahmad Daud ataupun lebih dikenali sebagai Ogy telah pun dijemput oleh pihak AF2015 sebagai pengkritik pada minggu kelapan.
ogy

Kalau dah namanya Ogy, sudah tentu komentar yang diberikan pedas-pedas belaka. Namun itulah kelebihan dan keistimewaan Ogy. Walaupun kurang sedap didengar, namun segala kritikan Ogy ada benarnya. Malah menurut Ogy, pelajar-pelajar AF2015 terlalu dimanjakan kerana komen yang diberikan tidak cukup pedas. Kata Ogy:-

Saya lihat mereka terlalu dimanjakan dengan komen-komen yang tidak pedas. Tanggungjawab saya adalah untuk mengkritik bagi membakar semangat mereka untuk terus berjuang.

Kehadiran saya sebagai pengkritik jemputan adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sepanjang berkecimpung dalam industri kepada pelajar-pelajar. Saya jujur memberi komen kerana ia adalah untuk kebaikan mereka juga.

Ada di antara pelajar yang mempunyai bakat besar namun leka sehingga menyebabkan dirinya tersingkir. Manakala ada juga yang dilihat terlalu menjaga mimik muka agar kelihatan cantik sentiasa di hadapan kamera

ogy

Ada benarnya kata-kata Ogy itu kan? Kalau persembahan memang tak bagus dan merapu, kenalah ada yang berani menegur. Kalau semua pun memuji dan tidak memberi teguran secara tegas, sampai bila-bila pun pelajar AF2015 akan hanyut dalam dunia sendiri. Apa pun, minggu ini adalah minggu separuh akhir AF2015. Siapakah yang bakal ke pentas akhir AF2015? Sama-sama kita nantikan. Sumber BHPLUS.


Comments are closed.

Loading...