December 2nd, 2016

Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng kini sedang hangat ditayangkan di pawagam. Sudah pasti kanak-kanak teruja untuk melihat watak kartun kegemaran mereka di panggung wayang. Ibu bapa pun teruja dan gembira untuk membawa anak-anak mereka berseronok serta bergelak ketawa menonton filem ini. Mana tidaknya, watak Upin Ipin memang ikonik dan dikenali oleh seluruh kanak-kanak di Malaysia. Untuk makluman, Upin Ipin Jeng Jeng adalah satu filem usahasama Les’Copaque Production dan KRU Studio.

upin ipin

Berdasarkan review dan pembacaan Abang Nara di laman sosial, ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan filem Upin Ipin Jeng Jeng. Ini kerana watak Upin Ipin bukanlah watak utama sedangkan tajuk filem ini adalah Upin Ipin. Ternyata ramai yang kecewa, lebih-lebih lagi ibu bapa yang membawa anak-anak mereka menonton filem ini. Salah seorang penonton telah mendakwa dirinya rasa tertipu.

upin ipin

Fuh. Kecewa betul luahan hati penonton ini. Biasalah bila kita mempunyai harapan yang tinggi, tup-tup dikecewakan sebegini. Memang pedih rasanya. Namun Norman KRU mempunyai penjelasannya tentang perkara ini. Kata Norman:-

Bagi saya ini semua bergantung kepada unsur penerimaan kerana mungkin orang mengharapkan filem upin ipin ini 100% menceritakan tentang animasi sahaja. Ramai sebenarnya yang salah kerana mereka beranggapan untuk meilihat animasi upin dan ipin daripada mula hingga ke hujung filem ini.

Kerana sejak dari awal lagi kita sudah cakap dimana filem ini menceritakan tentang yang hidup dan animasi. Tidak akan menjadi cerita la jika kesemua filem ini hanya cuma menampilkan Upin dan Ipin sahaja.

Sebenarnya kita hendak menghidupkan watak-watak setiap pelakon bagi mewarnakan lagi filem ini dengan babak-babak tertentu untuk mengerakkan cerita melalui konflik yang terjadi. Dalam masa yang sama cerita upin ipin ini masih mengekalkan mesej utamanya iaitu untuk memberi mesej2 positif kepada penonton

norman kru

Apa pun, filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng telah pun mengutip RM3 juta selepas 4 hari ditayangkan. Ini satu angka yang cukup mengkagumkan. Abang Nara tak boleh nak komen lebih-lebih sebab masih belum tengok lagi filem ini. Mungkin anda yang dah tengok boleh kongsikan pendapat di ruangan komen. Best ke tidak filem ini? Sumber Astro Gempak.

February 7th, 2016

Tanggal 6 February semalam merupakan tarikh bermakna buat tiga orang penggiat seni tanah air apabila mereka dikurnikan Darjah Indera Mahkota Pahang, yang membawa gelaran Datuk bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Mereka ialah Presiden Eksekutif Kumpulan KRU, Norman Abdul Halim atau Norman KRU, Pengarah Urusan Tall Order Sdn Bhd Gerald Hans Isaac dan Pengarah Urusan Pena Creative Pictures Sdn Bhd Norzilah Abdul Jalil atau Ziela Jalil.

Istiadat tersebut disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah bertempat di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Ketiga-tiga mereka bersyukur atas kurniaan tersebut dan mengakui ia satu pencapaian yang terbesar buat mereka.

Buat Ziela dan Norman, ia merupakan penyuntik semangat serta sumber inspirasi untuk mereka terus berjuang dalam industri seni dan menghasilkan karya yang terbaik buat masyarakat.

Tahniah kami ucapkan kepada  Datuk Norman, Datuk Hans dan Datuk Ziela. Sememangnya mereka bertiga layak untuk menerima anugerah tersebut kerana masing-masing mempunyai pencapaian yang agak baik didalam bidang hiburan di Malaysia.

Sumber Berita: Malay Mail Online & Bernama

May 10th, 2013

Abang Nara sedih juga sebenarnya apabila Tuan Guru Nik Aziz mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan. Namun Abang Nara faham faktor usia dan kesihatan menghalang TGNA untuk terus berkhidmat. Jadi sekarang, Kelantan sudah ada Menteri Besar dan barisan kepimpinan yang baru.

norman kru

Abang Nara tak tahu mengapa Norman KRU ini suka sangat bercakap mengenai Kelantan. Semalam menerusi Harian Metro, Norman menyatakan harapannya terhadap pimpinan baru Kelantan. Kata Norman:-

Menerusi perubahan pucuk pimpinan baru di Kelantan, saya berharap rintihan artis tempatan didengar. Mungkin ada segelintir penduduk di sana mahukan persembahan terbuka dan segelintir tidak, tetapi saya mahu kerajaan pakatan pembangkang prihati terhadap industri hiburan tanah air. Di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini, tiada masalah dan adalah lebih baik dasar mereka ini menjadi konsisten.

norman

Untuk pengetahuan Norman, orang Kelantan di Kelantan tidak berminat sangat dengan hiburan. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada pun tak apa. Tapi kalau bab bola sepak jangan main-main. Mereka memang fanatik menyokong. Abang Nara rasa pucuk pimpinan Kelantan teruskanlah je apa yang diperjuangkan oleh TGNA selama ini. Tak perlu nak ubah banyak sangat. Tak gitu?

May 2nd, 2013

Selepas dikecam hebat oleh orang ramai berkenaan kenyataannya “Kalau PAS Berkuasa, Industri Filem & Muzik Kita Akan Hancur“, Norman KRU tampil menerusi Harian Metro untuk menjelaskan maksud sebenar kata-katanya itu.

norman kruMenurut Norman KRU, segala yang diberitahu adalah fakta dan sebagai pemerhati. Kata Norman:-

Apa yang saya katakan adalah mengikut fakta dan sebagai pemerhati. Merujuk apa yang berlaku di Kelantan, pawagam dan konsert diharamkan, tetapi mereka adalah jumlah penghidap HIV tertinggi di negara ini. Situasi ini sebenarnya boleh menjejaskan ekonomi negara berbanding manifesto Barisan Nasional (BN) ada menyebut pembelaan pada industri seni dan kreatif. Apa yang dibimbangkan, kawal seliaan dari aspek tapisan filem pastinya mewujudkan lebih banyak tentangan sehingga memberi kesan pada pelaburan. Pinjaman bank kepada penggiat seni mungkin dihapuskan jika muzik dan filem dianggap komoditi diharamkan

norman kru

Itu adalah pendapat peribadi Norman KRU di dalam hal ini. Mungkin Norman lebih arif kerana dia sudah lama berkecimpung di dalam dunia hiburan. Abang Nara malas nak komen lebih kang tak pasal-pasal orang anggap Abang Nara ini pro kepada parti-parti tertentu. Bagi Abang Nara, undilah mana-mana yang anda suka dan yang dapat menjaga kepentingan rakyat secara menyeluruh.