Penonton Dakwa Tertipu Dengan Filem Upin Ipin, Ini Penjelasan Dari Norman

Hiburan

Penonton Dakwa Tertipu Dengan Filem Upin Ipin, Ini Penjelasan Dari Norman

Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng kini sedang hangat ditayangkan di pawagam. Sudah pasti kanak-kanak teruja untuk melihat watak kartun kegemaran mereka di panggung wayang. Ibu bapa pun teruja dan gembira untuk membawa anak-anak mereka berseronok serta bergelak ketawa menonton filem ini. Mana tidaknya, watak Upin Ipin memang ikonik dan dikenali oleh seluruh kanak-kanak di Malaysia. Untuk makluman, Upin Ipin Jeng Jeng adalah satu filem usahasama Les’Copaque Production dan KRU Studio.

upin ipin

Advertisement

Berdasarkan review dan pembacaan Abang Nara di laman sosial, ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan filem Upin Ipin Jeng Jeng. Ini kerana watak Upin Ipin bukanlah watak utama sedangkan tajuk filem ini adalah Upin Ipin. Ternyata ramai yang kecewa, lebih-lebih lagi ibu bapa yang membawa anak-anak mereka menonton filem ini. Salah seorang penonton telah mendakwa dirinya rasa tertipu.

upin ipin

Fuh. Kecewa betul luahan hati penonton ini. Biasalah bila kita mempunyai harapan yang tinggi, tup-tup dikecewakan sebegini. Memang pedih rasanya. Namun Norman KRU mempunyai penjelasannya tentang perkara ini. Kata Norman:-

Bagi saya ini semua bergantung kepada unsur penerimaan kerana mungkin orang mengharapkan filem upin ipin ini 100% menceritakan tentang animasi sahaja. Ramai sebenarnya yang salah kerana mereka beranggapan untuk meilihat animasi upin dan ipin daripada mula hingga ke hujung filem ini.

Kerana sejak dari awal lagi kita sudah cakap dimana filem ini menceritakan tentang yang hidup dan animasi. Tidak akan menjadi cerita la jika kesemua filem ini hanya cuma menampilkan Upin dan Ipin sahaja.

Sebenarnya kita hendak menghidupkan watak-watak setiap pelakon bagi mewarnakan lagi filem ini dengan babak-babak tertentu untuk mengerakkan cerita melalui konflik yang terjadi. Dalam masa yang sama cerita upin ipin ini masih mengekalkan mesej utamanya iaitu untuk memberi mesej2 positif kepada penonton

norman kru

Apa pun, filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng telah pun mengutip RM3 juta selepas 4 hari ditayangkan. Ini satu angka yang cukup mengkagumkan. Abang Nara tak boleh nak komen lebih-lebih sebab masih belum tengok lagi filem ini. Mungkin anda yang dah tengok boleh kongsikan pendapat di ruangan komen. Best ke tidak filem ini? Sumber Astro Gempak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...