Written by Bella | June 2nd, 2016

Aktres Nora Danish sekali lagi menjadi mangsa kritikan netizen apabila beliau memuat naik foto berpakaian agak seksi dan menampakkan bahagian lututnya ketika berada di sebuah kedai kereta baru-baru ini.

Mereka yang melihat foto berkenaan berpendapat imej tersebut tidak sesuai dengan wanita yang beragama Islam.

Ada antara netizen menasihati agar Nora lebih berhati-hati dalam berpakaian dan kalau boleh mahu melihat Nora menutup aurat dengan baik.

Namun, ada juga komen yang agak sensitif dimana ia menyatakan bentuk tubuh badan Nora sungguh mengghairahkan.

Berikut antara komen netizen :-

Hmmmph,kami pun tidak tahu hendak komen apa. Kadang-kadang tidak boleh salahkan netizen yang mengkritik  juga. Sebagai artis ada sesetengah foto yang sesuai untuk dimuat naik dan ada yang tidak.

Written by Bella | April 12th, 2016

Berita Nora Danish yang mengakui bakal berkahwin dengan Nedim Nazri pada tahun ini menjadi topik panas yang dibualkan ramai. Iyalah, lepas bertahun bercinta serta sentiasa berdua, akhirnya mereka akan bersatu sebagai suami isteri.

Pasti ada yang terfikir, mesti perkahwinan Nora dan Nedim akan berlangsung dengan gah bukan? Lebih-lebih lagi Nedim adalah anak kepada seorang menteri.

Namun, Nora dalam kenyataan terbaru beliau berkata, beliau mahu majlis raja sehari beliau kali ini berlangsung secara sederhana sahaja.

Memang nampak seperti akan berkahwin tahun ini, tetapi saya belum ada perancangan sebenarnya. Bukan apa, kalau mahu buat majlis pun tidak akan buat secara besar-besaran.

Jadi, majlis begini tidak akan mengambil masa untuk dirancang. Jangan risau, sudah saya aturkan dengan baik. Jika ada rezeki ke arah itu saya akan kongsikan dengan semua nanti.

Lapan tahun bergelar ibu tunggal, Nora tidak menafikan bahawa beliau agak selesa hidup sendirian. Walaubagaimanapun, beliau sedar seorang wanita memerlukan teman disisi.

Tambah Nora, biarlah kali ini beliau berkahwin kerana Allah SWT dan bukan demi cinta semata-mata.

Cinta memang cinta, tetapi paling penting dalam perkahwinan adalah untuk menghalalkan sebuah hubungan. Itu yang saya cari. Nedim juga memang seorang lelaki yang baik. Saya tidak nafikan pandangan orang lain terhadap dia, namun dia sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang dicari.

Semoga segala perancangan perkahwinan Nora Danish berjalan dengan lancar. Kami tahu ada juga yang bosan dengan cerita Nora hendak berkahwin tetapi doakan sahaja kebahagiaan beliau dan Nedim.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | April 6th, 2016

Nora Danish dan Nedim Nazri sudah lama juga bercinta, sering bersama hampir setiap masa dan bercuti bersama, ramai yang  bertanya bila agaknya pasangan ini akan berkahwin. Ada timbul desas-desus yang mengatakan hubungan mereka tidak mendapat restu bapa Nedim.

Terbaru, menerusi satu kenyataan di portal Sinar Harian, Datuk Seri Nazri Aziz  nampaknya sudah memberi restu untuk anaknya dan Nora berkahwin. Malah, Nazri juga berkata beliau tidak membezakan darjat.

Mereka sudah besar, kalau dah sama-sama suka, kahwin sajala. Saya tidak ada ‘double standard’ terpulanglah kepada mereka, semuanya dah besar-besar.

Dua-dua pernah kahwin dan ada anak. Tak ada kasta, masing-masing sama saja.

Wah, big boss dah bagi dah lampu hijau, apa tunggu lagi Nedim? Cepat-cepatlah jadikan Nora Danish yang halal buat anda. Lepas ini, kalau hendak pergi mana-mana pun tiada siapa yang akan kritik lagi.

Sumber Berita : Sinar Harian

Written by Bella | February 22nd, 2016

Sejak Nora Danish meluahkan hasratnya untuk berkahwin dan mula menyambung percintaan beliau dan Nedim Nazri,  ada khabar angin yang mengatakan mereka berdua sudah mula melakukan persiapan perkahwinan secara senyap-senyap.

Malah, baru-baru ini  Nora dikatakan sudah menempah baju kahwin. Betul ke?

Namun, itu semua hanya gosip semata-mata dan Nora telah tampil menjelaskan perkara sebenar. Jelas Nora, jika beliau ingin berkahwin pasti beliau akan mengumumkan berita gembira itu kepada umum dan berharap tiada lagi orang yang percaya dengan berita palsu yang disebarkan.

Mana ada saya tempah baju kahwin. Semua itu spekulasi dan saya belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Kalau betul nak kahwin, pasti saya akan umumkan kepada pihak media dan peminat.

Saya sebenarnya penat nak menjawab soalan yang sama. Jangan cepat percaya jika tersebarnya cerita saya bakal berkahwin sebab saya sendiri akan beritahu peminat.

Ramai juga sebenarnya tidak sabar untuk lihat Nora berkahwin, iyalah dah bertahun juga solo dan menyulam cinta dengan Nedim, untuk apa tunggu lagi kalau sudah bertemu dengan jejaka yang betul-betul sesuai dengan anda?

Sumber Berita: Astro Gempak