February 22nd, 2016

Sejak Nora Danish meluahkan hasratnya untuk berkahwin dan mula menyambung percintaan beliau dan Nedim Nazri,  ada khabar angin yang mengatakan mereka berdua sudah mula melakukan persiapan perkahwinan secara senyap-senyap.

Malah, baru-baru ini  Nora dikatakan sudah menempah baju kahwin. Betul ke?

Namun, itu semua hanya gosip semata-mata dan Nora telah tampil menjelaskan perkara sebenar. Jelas Nora, jika beliau ingin berkahwin pasti beliau akan mengumumkan berita gembira itu kepada umum dan berharap tiada lagi orang yang percaya dengan berita palsu yang disebarkan.

Mana ada saya tempah baju kahwin. Semua itu spekulasi dan saya belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Kalau betul nak kahwin, pasti saya akan umumkan kepada pihak media dan peminat.

Saya sebenarnya penat nak menjawab soalan yang sama. Jangan cepat percaya jika tersebarnya cerita saya bakal berkahwin sebab saya sendiri akan beritahu peminat.

Ramai juga sebenarnya tidak sabar untuk lihat Nora berkahwin, iyalah dah bertahun juga solo dan menyulam cinta dengan Nedim, untuk apa tunggu lagi kalau sudah bertemu dengan jejaka yang betul-betul sesuai dengan anda?

Sumber Berita: Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...