May 11th, 2016

Nora Danish sebelum ini telah memberitahu bahawa beliau bakal menamatkan zaman bujang bersama cinta hatinya Nedim Nazri, namun beliau tidak mendedahkan sebarang perkara mengenai persiapan perkahwinan beliau ataupun hal lain berkaitan majlis raja seharinya itu.

Namun, menerusi portal Harian Metro, Nora memberitahu beliau bakal berkahwin selepas Aidilfitri nanti.

Sejak kembali solo beberapa tahun dulu, itulah yang menjadi teka-teki dalam kalangan peminat. Memang awal dulu ia membuat saya tertekan, tetapi apabila sudah bertahun-tahun ditanya soalan sama, ia jadi perkara biasa buat saya.

Terlanjur berkongsi perancangan berumah tangga dengan Nedim sebelum ini, apapun, kami belum menetapkan bila perkahwinan itu akan diadakan. Tetapi, yang pasti ia akan berlangsung tahun ini juga.

Buat Nora, benda baik seperti ini tidak perlu ditangguh lama-lama dan kerana itu beliau hanya mengimpikan sebuah majlis yang kecil serta sederhana.

Ia memang benda baik yang tidak perlu ditangguh-tangguh lagi. Atas dasar itu, saya sendiri cuma mahukan majlis sederhana dan tidak mahu buat gah. Apa yang saya harapkan, majlis itu nanti berlangsung dengan lancar dan dihadiri orang tersayang bagi berkongsi detik indah itu.

Baguslah kalau hendak kahwin cepat-cepat agar dapat mengelak fitnah dan menjadi bahan kritikan ramai. Harapnya segala persiapan perkahwinan Nora Danish dan Nedim berjalan dengan lancar. Kalau perasan, wajah mereka hampir seiras bukan? Kata orang dah memang jodoh dan berkekalanlah hendaknya.

Sumber Berita : Harian Metro

April 8th, 2016

Mengakui mungkin akan berkahwin dengan Nedim Nazri pada tahun ini, Nora Danish bagaimanapun tetap mengharapkan restu keluarga juga bakal mertuanya demi rumah tangga yang harmoni.

Restu keluarga sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Bagi saya dengan sokongan keluarga juga akan menjamin keharmornian sesebuah perkahwinan, insya-Allah.

Berbicara mengenai hubungan baik yang terjalin dengan keluarga Jejai meskipun mereka sudah berpisah, Nora menjelaskan tiada rahsia untuk beliau memikat hati bekas keluarga mertuanya itu, cuma mungkin beliau bernasib baik sahaja.

Tiada rahsia sebenarnya untuk saya kekal baik dengan mereka, bekas keluarga mentua saya sendiri memang baik dan ini memudahkan saya.

Kalau ikutkan saya juga tidaklah terlalu berhubungan dengan mereka, mungkin saya hanya perlu menjadi diri sendiri.

Untung jadi Nora memang tidak ramai yang boleh berbaik dengan bekas mertua selepas bercerai..Heh..Apa-apa pun kan Datuk Seri Nazri Aziz dah bagi green light dan pastinya keluarga Nora juga tidak mempunyai masalah untuk terima Nedim, iyalah dah selalu bukan bercuti bersama? Tentu hubungan keluarga Nora dan Nedim agak rapat..Hehe..

Sumber Berita : Utusan Online

January 21st, 2016

Pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri sudah kembali menjadi  topik hangat. Selepas tersebarnya foto Nora menggayakan busana pengantin  yang dimuat naik oleh pereka fesyen Ashraff Zainal, ada sumber yang mengatakan mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan sekitar hujung bulan ini.

Berita itu tidak mustahil kerana Nora sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan sudah bersedia untuk berkahwin semula dan berpendapat Nedim mempunyai ciri-ciri lelaki yang sesuai dengannya. Mereka berdua juga saling memahami.

Malah,  foto Nora yang dihantar oleh Nedim ke KLIA sebelum aktres itu berangkat ke New York turut menggambarkan mereka kini sudah bersatu semula apabila Nedim menyertakan kapsyen romantis buat Nora.

Kalau betul mereka bakal berkahwin, tahniah kami ucapkan. Lagipun Nora dan Nedim sudah lama bercinta dan masing-masing nampak cukup sesuai bersama.

nora danish

P.S: Kalau Nora Danish dan Nedim Nazri jadi kahwin, Abang Nara nak suggestkan ambil perkhidmatan fotografi daripada Ryaniez Moments. Gambar-gambar diorang memang first class. Layanan amat mesra, suka tersenyum, mudah dibawa berbincang dan amat profesional. Sekarang ini ada promosi RM1,000 sahaja. Maklumat lanjut LIKE Facebook RyaniezMoments dan follow Instagram @RyaniezMoments.

July 26th, 2015

Kalau tak silap Abang Nara, dah hampir nak masuk 5 tahun juga Nora Danish dan Nedim Nazri bercinta. Memang sweet pasangan ini. Ke mana-mana mesti pergi bersama-sama. Mereka juga sering bercuti bersama-sama dengan rakan-rakan lain. Hubungan Nora dan Nedim bukanlah satu rahsia lagi. Namun mungkin sering dilihat bersama dan sudah terlalu lama bercinta, ramai peminat yang mahukan pasangan merpati sejoli ini cepat-cepat berkahwin. Iyerlah, lama-lama bercinta pun tak manis dipandang orang kan?

nedim dan nora

Apa pun Abang Nara respek dengan pendirian Nora Danish yang enggan terikut dengan desakan orang luar. Iyerlah, kahwin itu bukannya semudah ABC. Kahwin itu bermaksud kita berkorban untuk pasangan buat seumur hidup. Lagipun Nora dan Nedim masing-masing pernah gagal dalam perkahwinan. Mungkin itu sedikit sebanyak memberi impak kepada mereka. Kata Nora:-

Siapa yang tidak mahu mendirikan rumah tangga? Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin menoktahkan hubungan itu dengan lafaz ijab dan kabul. Begiitu juga dengan Nora. Cuma tak mahulah berkahwin hanya kerana mahu menutup mulut orang yang tak senang melihat kami bersama.

Sejujurnya memang kami ada berbincang soal perkahwinan tapi tidaklah terlalu fokus. Lagipun kami masing-masing pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga terdahulu. Bukanlah nak kata kami serik tetapi kami tak mahu terburu-buru. Tunggulah bila kami sudah betul-betul bersedia, pasti perkahwinan akan berlaku juga.

nora danish

Sebenarnya senang sahaja keputusan mahu berkahwin atau tidak. Hidup kita di dunia ini sekali sahaja. Baik buruk diri kita dan kekasih, sudah pasti dah diketahui. Kalau rasa memang dah bersedia, bolehlah kahwin. Kalau rasa belum, lebih baik jangan. Rileks-rileks dulu. Cuma perancangan ke arah itu mestilah ada. Tak adalah orang kata sia-sia bercinta tapi tak ada penghujungnya. Tak gitu? Sumber BiPop.