July 26th, 2015

Kalau tak silap Abang Nara, dah hampir nak masuk 5 tahun juga Nora Danish dan Nedim Nazri bercinta. Memang sweet pasangan ini. Ke mana-mana mesti pergi bersama-sama. Mereka juga sering bercuti bersama-sama dengan rakan-rakan lain. Hubungan Nora dan Nedim bukanlah satu rahsia lagi. Namun mungkin sering dilihat bersama dan sudah terlalu lama bercinta, ramai peminat yang mahukan pasangan merpati sejoli ini cepat-cepat berkahwin. Iyerlah, lama-lama bercinta pun tak manis dipandang orang kan?

nedim dan nora

Apa pun Abang Nara respek dengan pendirian Nora Danish yang enggan terikut dengan desakan orang luar. Iyerlah, kahwin itu bukannya semudah ABC. Kahwin itu bermaksud kita berkorban untuk pasangan buat seumur hidup. Lagipun Nora dan Nedim masing-masing pernah gagal dalam perkahwinan. Mungkin itu sedikit sebanyak memberi impak kepada mereka. Kata Nora:-

Siapa yang tidak mahu mendirikan rumah tangga? Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin menoktahkan hubungan itu dengan lafaz ijab dan kabul. Begiitu juga dengan Nora. Cuma tak mahulah berkahwin hanya kerana mahu menutup mulut orang yang tak senang melihat kami bersama.

Sejujurnya memang kami ada berbincang soal perkahwinan tapi tidaklah terlalu fokus. Lagipun kami masing-masing pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga terdahulu. Bukanlah nak kata kami serik tetapi kami tak mahu terburu-buru. Tunggulah bila kami sudah betul-betul bersedia, pasti perkahwinan akan berlaku juga.

nora danish

Sebenarnya senang sahaja keputusan mahu berkahwin atau tidak. Hidup kita di dunia ini sekali sahaja. Baik buruk diri kita dan kekasih, sudah pasti dah diketahui. Kalau rasa memang dah bersedia, bolehlah kahwin. Kalau rasa belum, lebih baik jangan. Rileks-rileks dulu. Cuma perancangan ke arah itu mestilah ada. Tak adalah orang kata sia-sia bercinta tapi tak ada penghujungnya. Tak gitu? Sumber BiPop.


Comments are closed.

Loading...