September 22nd, 2020

Pasangan pelakon yang kini sedang hangat bercinta, Nonny Nadirah dan Niezam Zaidi dilaporkan telah selesai menjalani kursus kahwin, baru-baru ini.

Menurut Nonny, dengan kehadirannya dan Niezam ke kursus tersebut, diharapa dapat menjawab teka-teki mengenai hubungan mereka berdua.

Dia yang berkongsi perkembangan tersebut di ruangan Instagram peribadi miliknya itu turut memuat naik beberapa keping foto saat-saat mereka bersama termasuklah ketika menjalani kursus perkahwinan.

View this post on Instagram

 

. Dgn izin Allah alhamdulillah satu dah selesai. Proses kitorg ‘special’ sikit, jadi apa2 jgn tanya sy lagi tau tanya direct kat @niezamzaidi ? semoga menjawab segala persoalan korang semua.?? . . Fyi utk kursus kahwin,due to covid dari dua hari dah disingkatkan ke satu hari shj. Siapa yg tgh plan nak amik kursus tu boleh roger @kursuskahwinkakana . Dari start nonny sampailah ke niezam kita mmg amik kat sana. nie bukan paidreview/sponsor kita rekemen sbb kak ana mmg baik gais. . . . Semoga mereka yg tgh membaca caption nie, dipermudahkan segala urusan oleh Allah s.w.t, dijauhkan dari segala jenis penyakit dan juga gangguan dari jin dan syaitan yg direjam, dikayakan dgn iman,taqwa dan harta, diberikan rezeki yg melimpah ruah, baik dari segi kesihatan, kebahagiaan dan juga kewangan dan makanan yg mencukupi buat diri & ahli keluarga mereka Ya Allah. Permudahkanlah.. peliharalah mereka Ya Allah.. Amin ?? . Doakan buat kitorg jugak ye.?

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on

Nonny juga sebelum ini tidak menolak andai kata Niezam itu bakal menjadi jodohnya dan mereka juga diketahui umum sedang menjalani hubungan yang serius.

“Dengan izin Allah Alhamdullilah satu dah selesai. Proses kitorang special sikit, jadi apa-apa jangan tanya saya lagi tau tanya direct dengan @niezamzaidi. Semoga menjawab persoalan korang semua. Untuk pengetahuan semua kursus kahwin disebabkan musim COVID-19 ini ia disingkatkan dari dua hari menjadi satu,”

View this post on Instagram

Is Ti Me wah.#SalamSabtu

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi) on

Sebelum ini, Nonny pernah berkahwin namun rumah tangga yang dibina bersama Mustain Adnan itu hanya bertahan selama setahun sebelum bercerai pada tahun 2019.

July 16th, 2020

Menyedari hubungan cintanya dengan aktor Niezam Zaidi agak kurang disenangi segelintir pihak, pelakon Nonny Nadirah mendedahkan jejaka tersebut banyak membantunya melalui fasa sukar dalam kehidupan.

nonny nadirah niezam zaidi

Menurutnya, Niezam merupakan insan yang banyak memberinya kata semangat sehingga Nonny mampu bangkit daripada kisah lalu.

“Saya sedar memang ada pihak yang suka dan tak suka hubungan saya dengan Niezam. Tapi orang tak tahu yang saya pernah lalui fasa paling bawah dan macam mana saya berusaha untuk bangkit semula.”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Nonny dikhabarkan menerima teguran daripada warganet selepas bertindak berkongsi sepotong video sedang membonceng motosikal yang ditunggang kekasihnya itu.

Malah menjelaskan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau sengaja mencari publisiti murahan dengan berkongsi video berkenaan kepada umum.

nonny nadirah niezam zaidi

Sebelum ini juga, video lama Nonny bertandang ke rumah bekas suami ketika menyambut perayaan Aidilfitri menjadi tular selepas wujud pihak tidak bertanggungjawab memuat naik semula di media sosial. Namun berharap agar peminat tidak lagi mengungkit kembali kisah lamanya memandangkan beliau dan bekas suami telah mengambil haluan masing-masing.

Untuk rekod, Nonny pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohamed Mustain paa 18 Mac 2018. Hasil perkongsian hidup itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata, malah memutuskan untuk bercerai selepas setahun bernikah.

Sumber: mStar

July 10th, 2020

Bertindak mendedahkan dirinya dan kekasih hati Nizam Zaidi bagai melalui proses susah dan senang bersama, dari menaiki motorsikal ke kereta, pelakon Nonny Nadirah akui tidak pernah berputus asa dalam hidup meskipun wang di dalam poketnya hanya ada RM10.

nonny nadirah niezam zaidi ditegur netizen naik motorsikal tiada halal gap

Menurut Nonny, rajin bersedekah, utamakan keluarga dan bantu sesame manusia merupakan kunci kejayaan dalam kehidupan seseorang manusia.

“Dari grab ke motor,berhujan pakai plastik sampah. Alhamdulilah sekarang dah ada transport balik. Terima kasih buat sahabat-sahabat semua yang banyak membantu kami.”

Nonny menerusi sebuah posting di Instagramnya memuat naik rakaman video sedang membonceng motorsikal yang ditunggang oleh Nizam.

Namun, seperti sudah dijangka, wujud segelintir pengikutnya di laman berkenaan seakan tidak gemar melihat Nonny membonceng motorsikal itu bersama seorang lelaki bukan muhrim dan meminta Nonny menjaga batas-batasnya.

https://www.instagram.com/p/CCYIbI0BnEW/

Nonny bagaimanapun tampil memohon maaf kepada semua yang tersinggung dan kurang senang melihat perkongsian tersebut.

“Sejujurnya saya tiada niat pun nak menunjuk atau sengaja nak minta orang puji. Bukan saja suka-suka pun nak muat naik video tersebut.”

nonny nadirah niezam zaidi naik motorsikal tiada halal gap

Untuk rekod, Nonny yang sebelum ini telah bercerai dengan bekas suaminya Mustain Adnan pada tahun 2019 dikhabarkan telah mula menjalin cinta bersama Niezam sekitar sejak Mei lalu, malah tidak segan mengakui bakal mengakhirinya dengan ikatan yang sah tidak lama lagi.

Sumber: mStar

June 23rd, 2020

Pelakon serta bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima, Nonny Nadirah mengakui sedang rapat dengan pelakon Niezam Zaidi amalah tidak menolak andai dijodohkan dengan aktor berkenaan.

nonny nadirah niezam zaidi

Menurut Nonny, beliau seakan bersyukur apabila jejaka tampan berkenaan hadir dalam hidupnya. Kata Nonny, Niezam merupakan lelaki istimewa yang hadir dalam hidupnya kini. Ujarnya lagi, mereka mula berkenalan sejak 2016 dan kin makin rapat sejak tahun lalu.

Kesungguhan Nizam untuk ke arah hubungan yang lebih baik tersergam indah dalam diirnya membuatkan Nonny tertambat dengan pelakon tersebut. Malah, pandai menjaga hati serta kelakar juga turut terpahat personaliti Niezam.

Keretakan rumah tangga Nonny dahulu juga seakan sama dengan perpisahan Niezam dengan kekasih lamanya dahulu. Dari situ, kedua-dua mereka dikhabarkan semakin erat apabila sering berkongsi kisah duka bersama.

nonny nadirah niezam zaidi

Nonny yang trauma selepas berdepan episod luka beberapa tahun lalu juga bagaikan berjaya diubati apabila wujudnya Niezam di sisi yang tidak lekang memberikan sokongan moral kepadanya.

“Niezamlah orang yang menarik saya agar kembali aktif dalam industri seni. Dia juga sentiasa ada bila saya memerlukan.”

Nonny bagaimanapun, tetap menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi malah sentiasa menitip doa agar dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik untuk dijadikan sebagai teman hidup.

Untuk rekod, Nonny sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan penolong penerbit Media Prima Berhad (MBP), Mustain Adnan pada 18 Mac 2018, namun ikatan itu terlerai selepas kedua-dua mereka disahkan bercerai pada tahun lalu.

Sumber: Gempak