Pasangan pelakon yang kini sedang hangat bercinta, Nonny Nadirah dan Niezam Zaidi dilaporkan telah selesai menjalani kursus kahwin, baru-baru ini.
Menurut Nonny, dengan kehadirannya dan Niezam ke kursus tersebut, diharapa dapat menjawab teka-teki mengenai hubungan mereka berdua.
Dia yang berkongsi perkembangan tersebut di ruangan Instagram peribadi miliknya itu turut memuat naik beberapa keping foto saat-saat mereka bersama termasuklah ketika menjalani kursus perkahwinan.
Nonny juga sebelum ini tidak menolak andai kata Niezam itu bakal menjadi jodohnya dan mereka juga diketahui umum sedang menjalani hubungan yang serius.
Advertisement
“Dengan izin Allah Alhamdullilah satu dah selesai. Proses kitorang special sikit, jadi apa-apa jangan tanya saya lagi tau tanya direct dengan @niezamzaidi. Semoga menjawab persoalan korang semua. Untuk pengetahuan semua kursus kahwin disebabkan musim COVID-19 ini ia disingkatkan dari dua hari menjadi satu,”
Sebelum ini, Nonny pernah berkahwin namun rumah tangga yang dibina bersama Mustain Adnan itu hanya bertahan selama setahun sebelum bercerai pada tahun 2019.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.