July 16th, 2020

Menyedari hubungan cintanya dengan aktor Niezam Zaidi agak kurang disenangi segelintir pihak, pelakon Nonny Nadirah mendedahkan jejaka tersebut banyak membantunya melalui fasa sukar dalam kehidupan.

nonny nadirah niezam zaidi

Menurutnya, Niezam merupakan insan yang banyak memberinya kata semangat sehingga Nonny mampu bangkit daripada kisah lalu.

“Saya sedar memang ada pihak yang suka dan tak suka hubungan saya dengan Niezam. Tapi orang tak tahu yang saya pernah lalui fasa paling bawah dan macam mana saya berusaha untuk bangkit semula.”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Nonny dikhabarkan menerima teguran daripada warganet selepas bertindak berkongsi sepotong video sedang membonceng motosikal yang ditunggang kekasihnya itu.

Malah menjelaskan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau sengaja mencari publisiti murahan dengan berkongsi video berkenaan kepada umum.

nonny nadirah niezam zaidi

Sebelum ini juga, video lama Nonny bertandang ke rumah bekas suami ketika menyambut perayaan Aidilfitri menjadi tular selepas wujud pihak tidak bertanggungjawab memuat naik semula di media sosial. Namun berharap agar peminat tidak lagi mengungkit kembali kisah lamanya memandangkan beliau dan bekas suami telah mengambil haluan masing-masing.

Untuk rekod, Nonny pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohamed Mustain paa 18 Mac 2018. Hasil perkongsian hidup itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata, malah memutuskan untuk bercerai selepas setahun bernikah.

Sumber: mStar


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...