September 18th, 2020

Rasanya semua sedia maklum mengenai pelakon Nonny Nadirah yang sering saja menggunakan aplikasi TikTok serta merakam video dalam mempromosikan produk di ruangan Instagram.

Namun, baru-baru ini dia ada memuat naik sebuah entri panjang lebar di Instagram miliknya yang memberi ‘hint’ bahawa dia ingin berhenti menjadi pelakon sepenuh masa dan hanya ingin mahu menjalani kehidupan sebagai insan biasa.

Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia ini juga meluahkan hasratnya untuk mengajak para peminat di luar sana supaya berubah ke arah kebaikan.

“Cukup-cukuplah aku tarik korang berTikTok dengan aku dulu. Kalau sebelum ini aku boleh tarik korang sama-sama buat dosa, takkan sekarang aku tak boleh nak tarik korang untuk buat kebaikan dan bersama mencari keredhaan Allah..”

Tambahnya lagi, dia kini enggan melihat agama Islam dipermainkan dan diperkotak-katikkan lagi.

Nonny juga meluahkan rasa sebak apabila melihat orang lain sibuk mengejar duniawi seperti ingin menjadi artis dan popular namun dia kini sedang berusaha untuk mengubah dirinya menjadi manusia yang tidak sentiasa di bawah perhatian media.

Dalam entrinya itu Nonny turut memberitahu bahawa dia ingin menjadikan pekerjaannya kini sebagai artis itu sebagai  pekerjaan secara sambilan sahaja.

Sehubungan dengan itu, pelakon filem Malay Regiment ini turut menjemput sesiapa saja di luar sana yang berminat untuk menyertai group Telegram Diskusi Cinta Islam bagi membincangkan topik-topik berkaitan agama dan masalah remaja secara santai.

July 16th, 2020

Menyedari hubungan cintanya dengan aktor Niezam Zaidi agak kurang disenangi segelintir pihak, pelakon Nonny Nadirah mendedahkan jejaka tersebut banyak membantunya melalui fasa sukar dalam kehidupan.

nonny nadirah niezam zaidi

Menurutnya, Niezam merupakan insan yang banyak memberinya kata semangat sehingga Nonny mampu bangkit daripada kisah lalu.

“Saya sedar memang ada pihak yang suka dan tak suka hubungan saya dengan Niezam. Tapi orang tak tahu yang saya pernah lalui fasa paling bawah dan macam mana saya berusaha untuk bangkit semula.”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Nonny dikhabarkan menerima teguran daripada warganet selepas bertindak berkongsi sepotong video sedang membonceng motosikal yang ditunggang kekasihnya itu.

Malah menjelaskan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau sengaja mencari publisiti murahan dengan berkongsi video berkenaan kepada umum.

nonny nadirah niezam zaidi

Sebelum ini juga, video lama Nonny bertandang ke rumah bekas suami ketika menyambut perayaan Aidilfitri menjadi tular selepas wujud pihak tidak bertanggungjawab memuat naik semula di media sosial. Namun berharap agar peminat tidak lagi mengungkit kembali kisah lamanya memandangkan beliau dan bekas suami telah mengambil haluan masing-masing.

Untuk rekod, Nonny pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohamed Mustain paa 18 Mac 2018. Hasil perkongsian hidup itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata, malah memutuskan untuk bercerai selepas setahun bernikah.

Sumber: mStar

June 23rd, 2020

Pelakon serta bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima, Nonny Nadirah mengakui sedang rapat dengan pelakon Niezam Zaidi amalah tidak menolak andai dijodohkan dengan aktor berkenaan.

nonny nadirah niezam zaidi

Menurut Nonny, beliau seakan bersyukur apabila jejaka tampan berkenaan hadir dalam hidupnya. Kata Nonny, Niezam merupakan lelaki istimewa yang hadir dalam hidupnya kini. Ujarnya lagi, mereka mula berkenalan sejak 2016 dan kin makin rapat sejak tahun lalu.

Kesungguhan Nizam untuk ke arah hubungan yang lebih baik tersergam indah dalam diirnya membuatkan Nonny tertambat dengan pelakon tersebut. Malah, pandai menjaga hati serta kelakar juga turut terpahat personaliti Niezam.

Keretakan rumah tangga Nonny dahulu juga seakan sama dengan perpisahan Niezam dengan kekasih lamanya dahulu. Dari situ, kedua-dua mereka dikhabarkan semakin erat apabila sering berkongsi kisah duka bersama.

nonny nadirah niezam zaidi

Nonny yang trauma selepas berdepan episod luka beberapa tahun lalu juga bagaikan berjaya diubati apabila wujudnya Niezam di sisi yang tidak lekang memberikan sokongan moral kepadanya.

“Niezamlah orang yang menarik saya agar kembali aktif dalam industri seni. Dia juga sentiasa ada bila saya memerlukan.”

Nonny bagaimanapun, tetap menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi malah sentiasa menitip doa agar dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik untuk dijadikan sebagai teman hidup.

Untuk rekod, Nonny sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan penolong penerbit Media Prima Berhad (MBP), Mustain Adnan pada 18 Mac 2018, namun ikatan itu terlerai selepas kedua-dua mereka disahkan bercerai pada tahun lalu.

Sumber: Gempak

March 26th, 2019

Bekas peserta Akademi Fantasia, Nonny Nadirah sebelum ini mengakui beliau sudah bercerai. Belum setahun berkahwin, Nonny memberitahu keputusan untuk membawa haluan masing-masing bukan sesuatu yang mudah. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan tarikh sebenar perceraian tersebut.

Terbaru, dalam temu bual bersama portal Media Hiburan, Nonny yang masih lagi cuba untuk mengumpul semangat melalui fasa perceraian mendedahkan salah satu punca beliua bercerai adalah akibat perbuatan sihir pemisah.

Memang benda itu wujud, kita tahu benda sihir dan ghaib ini memang wujud. Saya percaya sihir yang paling jahat adalah sihir pemisah dalam rumah tangga. Ya, saya percaya memang ustaz pun ada bagi tahu benda ini memang ada dalam rumah tangga saya.

Akan tetapi saya tak nak salahkan ataupun saya tak nak percaya 100% sebab itu saya perbaiki diri saya. Saya minta dengan Allah, kalau betul ada yang dengki ataupun yang memang ada berbuat jahat ke atas perhubungan kami berdua, tolong tunjukan jalan keluar.

Bukan mudah untuk menempuhi dugaan ini, mungkin pada luarannya Nonny nampak kuat tetapi hakikatnya hati beliau rapuh.

Sihir ini memang ada dan percayalah walaupun dalam zaman serba moden ini masih ada lagi manusia yang penuh hasad dengki dan cemburu sanggup menggunakan ilmu hitam untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain ataupun membuat seseorang itu jatuh sakit.

Sumber Berita : Media Hiburan