February 27th, 2014

Fuh ~~ Kalau Abang Nara jadi Sharnaaz Ahmad, memang pedih hati membaca kata-kata Fauzi Nawawi ini. Terbakar jiwa dan raga. Mana tidaknya, tiba-tiba konon jadi pakar dan mengetahui punca ramai wanita tidak “melekat” dengan diri kita selama ini. Tak boleh nak salahkan Fauzi Nawawi juga kerana membuat kesimpulan sebegini selepas apa yang kononnya terjadi kepada isterinya.

fauzi nawawi

Mungkin Fauzi ada kelayakan untuk berkata sebegini kerana hubungan rumahtangganya dengan Nisdawati kelihatan aman, tenang dan tiada kontroversi. Namun Abang Nara pasti, sedikit sebanyak pasti Sharnaaz tersentap dengan kata-kata Fauzi ini. Terang Fauzi Nawawi menerusi Mstar Online:-

Rasanya, lebih baik Sharnaaz pergi menjalani rawatan doktor kerana watak Jebat yang bersikap garang dan kasar mungkin sudah meresap ke dalam dirinya, memandangkan sudah empat bulan tanpa henti dia terlibat dengan penggambaran drama itu.

Selain itu, baru saya faham kenapa tidak ramai wanita yang ‘melekat’ dengan dia dalam sesebuah perhubungan cinta memandangkan dia tidak pernah menghormati wanita. Sedangkan wanita bersifat lembut yang ingin dikasihi dan dibelai

fauzi nawawi

Perit kan? Tertikam sampai ke ulu hati kalau Abang Nara adalah Sharnaaz. Memang nampak gayanya pergaduhan mereka ini akan berterusan selagi mereka bertiga saling balas membalas kenyataan tanpa bertentang mata untuk menyelesaikan isu ini. Kita tengok siapa yang akan mengaku salah kelak. Sama-samalah kita nantikan.

P.S: Roadshow Suzuki bakal berakhir dengan tawaran istimewa

February 27th, 2014

Tempoh seminggu yang diberikan oleh Sharnaaz Ahmad buat Fauzi Nawawi dan Nisdawati untuk memohon maaf kepadanya nampaknya akan berlalu begitu sahaja. Ini kerana Fauzi Nawawi hari ini menerusi Harian Metro memakluman yang tuntutan Sharnaaz adalah mengarut dan tidak berasas sama sekali. Nampak gayanya akan berpanjanganlah kontroversi antara mereka bertiga ini.
fauzi nawawiFauzi Nawawi dengan tegasnya menyatakan tidak akan ada perkataan maaf yang akan terpacul dari mulutnya buat Sharnaaz. Kata Fauzi:-

Takkan ada perkataan maaf daripada saya. Maaf saya sudah habis. Jadi kita tunggu dan lihat. Saya berada di pihak yang benar. Saya hanya pertahankan isteri dan bersedia hadapi apa-apa yang akan berlaku.

Kalau dia nak minta maaf kerana menengking dan menyerang Lisda, saya okay saja, tapi untuk saya pergi minta maaf, saya takkan buat begitu.

sharnaaz ahmad dan fauzi

Kalau boleh biarlah kemelut ini diselesaikan secara baik. Kalau dah bawa ke mahkamah, memang makin panjang ceritanya. Tak salah pun nak bermaafan sesama sendiri. Abang Nara tak nampak ini sebagai isu besar. Apa kata anda bertiga berjumpa dahulu dan bincang hati ke hati sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang. Tak gitu?
fauzi nawawiP.S: Cantiknya Vivy Yusof menghiasi majalah Hijabista terbaru ini. Memang sesuai sangat-sangat. Kalau tak sabar nak baca mengenai pengasas FashionValet ini, apa kata anda muat turun majalah ini di tablet dan smartphone anda menerusi Emall Karangkraf. Harga pun jauh lebih murah daripada yang dijual di kedai-kedai buku.

February 26th, 2014

Nampaknya kemelut antara Sharnaaz Ahmad, Nisdawati dan Fauzi Nawawi semakin meruncing. Ketiga-tiganya percaya mereka berada di pihak yang benar. Terbaru menerusi Harian Metro hari ini, Sharnaaz mahukan Nisdawati dan Fauzi Nawawi meminta maaf kepadanya dalam seminggu. Seandainya gagal berbuat demikian, Sharnaaz akan menyaman pasangan suami isteri itu.
sharnaazAmaran ini dikeluarkan oleh Sharnaaz selepas keadaan menjadi semakin buruk. Kata Sharnaaz:-

Saya bagi masa seminggu kepada Poji dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.

Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keaadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan secara baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan ma bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya.

Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman daripada saya semaksimum mungkin.

Menurut Sharnaaz lagi, Lisdawati sering memburukkan dirinya di lokasi tanpa sebab lantas menyebabkan dirinya menengking pelakon wanita itu. Tambah Sharnaaz lagi:-

Saya terlepas meninggikan suara disebabkan perangai buruk Lisdawati yang memburukkan saya di lokasi tanpa sebab. Benda itu sampai ke telinga saya akhirnya.

Apabila kejadian berlaku, Fauzi pula berkomunikasi dengan biadab tapi dia tidak pula tunjukkan semua mesej itu. Sekarang saya tunjukkan semua.

nisdawati fauzi nawawi

Sharnaaz juga telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Nampaknya kemelut ini tidak akan berakhir dengan mudah. Pening kepala Abang Nara dibuatnya. Tak tahu siapa yang bersalah. Sama-samalah kita nantikan dalam masa seminggu ini. Mana tahu Fauzi dan Nisdawati akan minta maaf sekaligus menamatkan segala kontroversi yang berlaku.

P.S: Senarai kawasan catuan air di Selangor

February 25th, 2014

Sehebat mana pun seorang lelaki, kalau dia menyerang seorang wanita, lebih-lebih lagi yang sedang hamil, maka dia bukanlah seorang lelaki sejati. Abang Nara tak percaya Sharnaaz Ahmad sanggup melakukan perkara sedemikian. Walaupun sebelum ini Sharnaaz sering digambarkan sebagai lelaki garang dan panas baran, namun Abang Nara pasti Sharnaaz tahu menghormati seorang wanita.

sharnaaz dan nisdawati

Semalam kecoh di dada akhbar mengenai dakwaan Nisdawati yang dirinya diserang oleh Sharnaaz Ahmad di lokasi penggambaran sebuah drama. Memang ramai yang bersimpati terhadap Nisdawati lebih-lebih lagi pelakon wanita itu sedang hamil. Namun menerusi portal Murai, Sharnaaz memaklumkan dia tidak akan melakukan perkara sebegitu kepada seorang wanita. Kata Sharnaaz:-

Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita. Lisdawati nampaknya telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ini kerana saya bukan seorang yang suka menggunakan media untuk menyelesaikan masalah.

Saya tidak mahu cakap banyak, hanya orang produksi dan yang berada di lokasi sahaja tahu. Sebenarnya apa yang mereka cerita itu, diibaratkan hanyalah muka depan dan kulit belakang sahaja tetapi isinya tiada. Sudah beberapa kali saya minta berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan hal ini. Mengapa mereka perlu gunakan media? Berdepanlah dengan saya jika mereka benar

lisdawati

Sementara itu menerusi Harian Metro hari ini, pihak polis berkata yang mereka tidak akan melakukan siasatan terhadap laporan polis yang telah dilakukan. Menurut pihak polis, perkara ini adalah salah faham dan bukannya ugutan. Nampak gayanya jalan penyelesaian hanya akan ada sekiranya pihak terbabit bertemu muka untuk berbincang. Gaduh lama-lama pun tak guna, lebih baik cuba untuk mencari jalan keluar daripada kontroversi ini. Tak gitu?
eleganP.S: Tercari-cari foundation terbaik untuk wajah anda? Apa kata cuba Naturactor Cover Face yang sesuai untuk semua jenis kulit, tidak berminyak dan tahan lama. Ia adalah 100% original dan diimport dari Meiko Jepun. Sekali guna, pasti wajah anda berseri-seri bak puteri. Informasi lanjut layari Facebook Naturactor atau boleh follow Instagram Elegance Cosmetics atau hubungi segera Zunita di talian 0133986129.