February 25th, 2014

Sehebat mana pun seorang lelaki, kalau dia menyerang seorang wanita, lebih-lebih lagi yang sedang hamil, maka dia bukanlah seorang lelaki sejati. Abang Nara tak percaya Sharnaaz Ahmad sanggup melakukan perkara sedemikian. Walaupun sebelum ini Sharnaaz sering digambarkan sebagai lelaki garang dan panas baran, namun Abang Nara pasti Sharnaaz tahu menghormati seorang wanita.

sharnaaz dan nisdawati

Semalam kecoh di dada akhbar mengenai dakwaan Nisdawati yang dirinya diserang oleh Sharnaaz Ahmad di lokasi penggambaran sebuah drama. Memang ramai yang bersimpati terhadap Nisdawati lebih-lebih lagi pelakon wanita itu sedang hamil. Namun menerusi portal Murai, Sharnaaz memaklumkan dia tidak akan melakukan perkara sebegitu kepada seorang wanita. Kata Sharnaaz:-

Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita. Lisdawati nampaknya telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ini kerana saya bukan seorang yang suka menggunakan media untuk menyelesaikan masalah.

Saya tidak mahu cakap banyak, hanya orang produksi dan yang berada di lokasi sahaja tahu. Sebenarnya apa yang mereka cerita itu, diibaratkan hanyalah muka depan dan kulit belakang sahaja tetapi isinya tiada. Sudah beberapa kali saya minta berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan hal ini. Mengapa mereka perlu gunakan media? Berdepanlah dengan saya jika mereka benar

lisdawati

Sementara itu menerusi Harian Metro hari ini, pihak polis berkata yang mereka tidak akan melakukan siasatan terhadap laporan polis yang telah dilakukan. Menurut pihak polis, perkara ini adalah salah faham dan bukannya ugutan. Nampak gayanya jalan penyelesaian hanya akan ada sekiranya pihak terbabit bertemu muka untuk berbincang. Gaduh lama-lama pun tak guna, lebih baik cuba untuk mencari jalan keluar daripada kontroversi ini. Tak gitu?
eleganP.S: Tercari-cari foundation terbaik untuk wajah anda? Apa kata cuba Naturactor Cover Face yang sesuai untuk semua jenis kulit, tidak berminyak dan tahan lama. Ia adalah 100% original dan diimport dari Meiko Jepun. Sekali guna, pasti wajah anda berseri-seri bak puteri. Informasi lanjut layari Facebook Naturactor atau boleh follow Instagram Elegance Cosmetics atau hubungi segera Zunita di talian 0133986129.


Comments are closed.

Loading...