February 27th, 2014

Fuh ~~ Kalau Abang Nara jadi Sharnaaz Ahmad, memang pedih hati membaca kata-kata Fauzi Nawawi ini. Terbakar jiwa dan raga. Mana tidaknya, tiba-tiba konon jadi pakar dan mengetahui punca ramai wanita tidak “melekat” dengan diri kita selama ini. Tak boleh nak salahkan Fauzi Nawawi juga kerana membuat kesimpulan sebegini selepas apa yang kononnya terjadi kepada isterinya.

fauzi nawawi

Mungkin Fauzi ada kelayakan untuk berkata sebegini kerana hubungan rumahtangganya dengan Nisdawati kelihatan aman, tenang dan tiada kontroversi. Namun Abang Nara pasti, sedikit sebanyak pasti Sharnaaz tersentap dengan kata-kata Fauzi ini. Terang Fauzi Nawawi menerusi Mstar Online:-

Rasanya, lebih baik Sharnaaz pergi menjalani rawatan doktor kerana watak Jebat yang bersikap garang dan kasar mungkin sudah meresap ke dalam dirinya, memandangkan sudah empat bulan tanpa henti dia terlibat dengan penggambaran drama itu.

Selain itu, baru saya faham kenapa tidak ramai wanita yang ‘melekat’ dengan dia dalam sesebuah perhubungan cinta memandangkan dia tidak pernah menghormati wanita. Sedangkan wanita bersifat lembut yang ingin dikasihi dan dibelai

fauzi nawawi

Perit kan? Tertikam sampai ke ulu hati kalau Abang Nara adalah Sharnaaz. Memang nampak gayanya pergaduhan mereka ini akan berterusan selagi mereka bertiga saling balas membalas kenyataan tanpa bertentang mata untuk menyelesaikan isu ini. Kita tengok siapa yang akan mengaku salah kelak. Sama-samalah kita nantikan.

P.S: Roadshow Suzuki bakal berakhir dengan tawaran istimewa


Comments are closed.

Loading...