October 18th, 2018

Mengakui dirinya dikecam teruk terutama sekali apabila kemenangannya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 31 dipertikai, penyanyi Wany Hasrita mengambil tindakan untuk menyekat segala komen negatif di Instagramnya.

Kata Wany, beliau tidak mahu media sosialnya menjadi medan perbalahan netizen ataupun tempat untuk menambahkan dosa.

Paling teruk saya dikecam ketika beraksi pada kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-31, Februari lalu dan terbaru, selepas dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, ABPBH 31 tempoh hari.

Saya menyekat setiap komen negatif yang keterlaluan kerana tidak mahu menjadikan laman sosial saya sebagai medan perbalahan. Selain menyakitkan hati, dapat mengelak orang lain menambah dosa mereka memanjangkan lagi isu itu.

Terdahulu, ramai yang tidak berpuas hati dan terkejut dengan kemenangan Wany kerana beliau masih baru lagi dalam industri hiburan selain popularitinya juga tidaklah sehebat beberapa artis lain.

Membuatkan isu tersebut lebih hangat apabila pelakon Fathia Latiff turut membuat kenyataan bahawa Wany sememangnya tidak layak digelar Bintang Paling Popular dan turut mendakwa penyanyi itu telah membeli undi untuk memperoleh kemenangan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement
October 8th, 2018

Ramai yang masih terkejut dan seakan tidak percaya bagaimana seorang bintang muda yang baru sahaja ingin menapak dalam bidang hiburan iaitu Wany Hasrita boleh dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 31. Malah, jumlah undian beliau pula mengatasi juara-juara terdahulu contohnya Neelofa pada ABPBH 29 hanya memperolehi 212,829 .

Mula timbul beberapa khabar angin kurang enak dimana beliau ditaja oleh VVIP dan membeli undi. Bagaimanapun, Wany menafikan dakwaan tersebut dan beliau sendiri melihat usaha keras peminatnya yang mengundi beliau.

Alhamdulillah kelab peminat saya mempunyai pemikiran yang sangat ke hadapan. Mereka hanya gunakan pelbagai sumber seperti komputer peribadi yang banyak.

Peminat atau pihak pengurusan saya tak keluarkan duit pun untuk membeli undi. Kalau beli undi, kenapa mereka tak tidur malam. Baik mereka tidur sahaja. Setiap sejam mereka undi. Sebab itu saya cakap mereka undi sampaikan tak tidur.

Saya tak jangka pun kemenangan ini sebab saya tak rasa tahun ini adalah tahun saya. Apa-apa pun saya ingin berterima kasih kepada peminat terutamanya The Nizers yang bekerja keras dari awal mengundi saya

Dah tertulis rezeki untuk Wany menang semalam dan tidak perlu pertikaikan lagi. Bila suruh undi artis pujaan masing-masing, ada peminat yang malas. Sekarang orang lain menang, macam-macam pula komen.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement