Written by Bella | October 18th, 2018

Mengakui dirinya dikecam teruk terutama sekali apabila kemenangannya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 31 dipertikai, penyanyi Wany Hasrita mengambil tindakan untuk menyekat segala komen negatif di Instagramnya.

Kata Wany, beliau tidak mahu media sosialnya menjadi medan perbalahan netizen ataupun tempat untuk menambahkan dosa.

Paling teruk saya dikecam ketika beraksi pada kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-31, Februari lalu dan terbaru, selepas dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, ABPBH 31 tempoh hari.

Saya menyekat setiap komen negatif yang keterlaluan kerana tidak mahu menjadikan laman sosial saya sebagai medan perbalahan. Selain menyakitkan hati, dapat mengelak orang lain menambah dosa mereka memanjangkan lagi isu itu.

Terdahulu, ramai yang tidak berpuas hati dan terkejut dengan kemenangan Wany kerana beliau masih baru lagi dalam industri hiburan selain popularitinya juga tidaklah sehebat beberapa artis lain.

Membuatkan isu tersebut lebih hangat apabila pelakon Fathia Latiff turut membuat kenyataan bahawa Wany sememangnya tidak layak digelar Bintang Paling Popular dan turut mendakwa penyanyi itu telah membeli undi untuk memperoleh kemenangan.

Sumber Berita : BH ONLINE

22 responses to Dikecam Teruk, Wany Hasrita Sekat Komen Negatif Di Media Sosialnya

  1. jomundilagisekali says:

    salah sistem undi… lain kali buat macam pilihan raya….hahahaha

    2

    0
    • lol says:

      pilihan raya bukan undi jugak ke?

      3

      1
    • Anonymous says:

      jdi Govn skrg pun salah undilah ye..

      kihkihkihkih..padanmuka

      13

      0
    • Anonymous says:

      Tah, salahkanla sistem abpbh bkn wany. dia sendiri pas menang g kat wanihasnizers & ckp “apa korg buat ni?” wani pun bknnye anak vip ke apa nak beli undi. tapi kelab peminat dia mmg all out, sampai ade outing kat cyber cafe dgn laptop bnyk2 nye nak undi artis dorg.

      pastu bg aku bintang plg popular bkn menang saja, tp sbg seorang ikon, especially bg org muda. ok la wani, yg tutup aurat,sopan santun, down to earth tu. berbanding fathia tu, mcm langit dgn bumi kalau nak jadikan contoh bdk2 muda.

      33

      1
  2. tomi says:

    Syarikat rakaman dan peminat melobi berlebih-lebih. Lain kali ukur baju badan sendiri.

    10

    0
  3. tatitu says:

    ok je dia menang.. cantik, sopan, muda, educated. nyanyi sedap..
    bersihkn hati please.

    7

    3
    • Anonymous says:

      cantik…? ramai je yg cantik…
      sopan…? ye penampilan mmg sopan
      muda…? masih muda esok lusa akan tua jgk…actually semua org mcm tu…
      educated..? sorry xboleh nk komen sbb mmg x tau dia ni ada degree @ master @phD dlm course apa….
      nyanyi sedap..? boleh blahhh lah weiii… ooooo anginnnnnn…..x boleh nk hadam lgsg…

      2

      11
      • wekkkkkkk says:

        dia otw to master, sebelum master apa..ko tahu ke..mesti tahukan.
        hidung dia ori runcing bkn buatan mcm yg popular tua 35 tahun tu.
        cantik..cantik jugak mekap x tebal.

        5

        7
      • anonymous says:

        first, ini pendapat peribadi and saya non muslim.. but, tbh saya mmg minat kak wany sebab her personality as a muslim lady.. and yes, i do not know her much, but to compare her with the rest, mmg she deserve what she got today..
        #sendingthepositivevibes

        5

        4
    • sape2 says:

      sorry to say……saya bukanlah peminat artis2 baru ni tapi WH baru menang bintang popular dah naik tocang……..tak leh terima komen negative..kalau album jual ratusan ribu boleh lah cakap….
      cantik: banyak lagi artis yg cantik
      sopan dan muda: manusia boleh berubah
      educated: banyak jugak lagi educated
      nyanyi sedap: biasa2 saja…..nyanyi ikut lenggok Dato’ Siti

      so

      1

      6
      • Anonymous says:

        takboleh terima komen negatif tu dikategorikan as naik tocang? mungkin awak lupa dia pun manusia. macam mana awak sendiri kalau hari hari orang komen negatif pasal awak? kalau orang cakap anak awak buruk pun awak melenting. tu baru 1 perkara yang orang cakap. cuba kalau semua benda pasal awak orang cakap? dahlah buruk, bodoh pulak bukan belajar sampai master pun, suara sumbang, awak boleh terima?

        7

        0
  4. Anonymous says:

    Bila makin ramai tak percaya rezeki Allah tak pernah salah alamat. Nak pertikaikan kenapa? Undi pun based on popularity, macam ni lah seadanya. Atau pengundi marah sebab artis yang mereka undi tak menang. Anyway, aku mmg tak pernah la undi2 artis ni…jauh sekali berfan club bagai. Waste of time.

    13

    1
  5. peace yo says:

    aku pelik lah Wany menang ABPBH 31, ramai x puas hati, ckp suara bukan sedap mana pun dan masih baru x kan dah menang, tapi time Fattah menang pun pasal 1 drama aja, berlakon kayu kejong, x ada pula netizen melenting2 kan, ini kan semua rezeki, dia sendiri pun x percaya yg dia menang. kalau dia menang penyanyi terbaik blh lah korang melenting ini cos dia punya fan club all out punya

    10

    1
  6. Lara says:

    Kekuatan fanclub wani yg nk bagi wani menang..gigih mengundi..nama pun bintang fofuler..dh tentunya peminat yg kasi markah..jadi peminat samada fanclub ke apa club pergilh undi byk2..menang berdasarkn kiraan undi peminat, satu angka yg sgt besar dia menang 2juta lebih kau..rasa wani xdenya duit sebanyak itu utk beli undi..hadiah pun bknlh besar manapun..bkn Ferrari, Lamborghini..andaikata bkn wani pun yg dpt redhalah itu rezeki milik masing2..

    2

    1
  7. feldegast says:

    Lol Anugerah takde integriti.Menang pun tak bangga.
    Ini bukannya anugerah siapa pakai tudung, siapa sopan, siapa ada degree.

    Ada album? Berlakon hebat ke? Boleh nyanyi live?Boleh ke dijadikan penanda aras atau rujukan oleh artis-artis baru?

    5

    1
  8. fifi says:

    Buat x tau je senang..dlm dunia ni semua yg dibuat akan ada je x kena. Kalo hidup ni berpandukan apa yg org suka, matilah…

    3

    0
  9. Anonymous says:

    kesian kena kecam. huhuhuhu

    0

    0
  10. Alanice says:

    Sng cte die mng sbb peminat die dr kalangan student yg ade laptop. Artis len tu pminat diorg xde laptop & mls gune hp sbb ssh scroll.

    2

    0
  11. Tembikai says:

    Kecam dia buat apa. Kecam la abpbh tu. Dah dia menang, takkan dia nak cakap ‘saya taknak terima. Saya taknak terima’. Adoiii la rakyat marhaen

    4

    0
  12. Anonymous says:

    BAGUS TU WANY HASRITA. KO JGN DUK LAYAN SGT NETIZEN N RETIS MENTAL YG MANJANG JE TAK PUAS HATINYE. DAH REZEQI KO…

    3

    0
  13. AnakIkanMak says:

    I dengar dia buat pertandingan among fans dia, siapa undi dia paling byk akan dpt hadiah yang ditaja oleh dia. Gitu lah cara dia nak menang. Hiks

    0

    0

Leave a Comment

Optional