June 22nd, 2018

Tidak mudah untuk menggalas gelaran dan tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal, Intan Liana Salleh ada terasa sebak di dalam hati kerana  pertama kali menyambut Aidilfitri  tanpa kehadiran seorang lelaki bernama suami selepas bercerai dengan pemuzik, Ude Wahid baru-baru ini  setelah lima tahun mendirikan rumah tangga.

Namun, beliau tetap mengukir senyuman disebalik deritanya dan tetap menyambut hari raya bersama dua orang anak lelakinya, Arish Muqri dan Ariq Muqri di Muar, Johor iaitu di rumah keluarga Intan.

Dikala ramai yang bersimpati dengan nasib Intan, pelakon Izreen Azminda pula pada masa yang sama memuat naik foto beliau seronok didukung oleh suaminya, Ude.

Tindakan Izreen itu mengundang kecaman netizen yang rata-rata menyampah dengan sikap Izreen yang tidak menjaga hati bekas madunya dan dianggap terlalu ingin menayang kebahagiaannya.

Bahagia dan rasa seronok yang dirasai dalam rumah tangga ada kalanya lebih baik menjadi rahsia ataupun kenangan peribadi antara suami isteri sahaja agar tidak mengundang sebarang fitnah ataupun membuat hati orang lain tersinggung.

December 2nd, 2017

Siapa sangka dalam diam pelakon Izreen Azminda sudah bergelar isteri kedua kepada seorang pemuzik yang dikenali sebagai Ude. Perkahwinan Izreen mengejutkan orang ramai dan menerima kritikan negatif dari netizen serta dilabel sebagai perampas suami orang.

Mereka kecewa dengan sikap serta tindakan Izreen yang sanggup berkahwin secara rahsia dengan Ude tanpa meminta izin isteri pertama lelaki tersebut. Sebagai seorang wanita Izreen sepatutnya mengetahui betapa sedih dan sakit hati apabila dimadukan.

Terdahulu, Ude membuat pengakuan secara terbuka yang beliau sudah memperisterikan Izreen pada 8 Ogos lalu. Malah, isteri pertamanya Intan hanya mengetahui mengenai pernikahan tersebut kira-kira dua minggu lalu. Izreen bagaimanapun masih lagi berdiam diri meskipun pelbagai cacian dilemparkan kepada dirinya.