June 3rd, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Pastinya 1 Syawal yang lalu antara kenangan berhari raya yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Untuk pertama kalinya, kita semua menyambut hari raya dengan norma baru. Walaupun berjauhan, itu tak menjadi masalah lagi-lagi dengan teknologi yang ada sekarang ni.

Lagu raya ceriakan suasana

Macam apa yang Sona One, MK K-Clique, Sweet Qismina, Naim Daniel, dan band Empty Page cuba ingatkan korang ni. Walau jauh, walau berbeza, tak semestinya kita tidak dapat #RayaBersama. Tak semestinya jika Hari Raya disambut dalam kesederhanaan, kemeriahan sambutan Hari Raya tidak boleh dirasakan?

Tapi yang pastinya, Hari Raya anda lebih seronok dan ceria dengan muzik lagu raya KitKat.

Jadi, jom kita raikan hari raya ini and have a break with KITKAT! Korang dah tengok belum muzik video Raya Bersama KitKat ni?

Video call pengganti diri

video call pkp

Pagi Syawal disambut dengan suasana cukup sederhana di mana kita hanya duduk ‘chill’ di rumah sambil ber-video call bersama saudara mara yang jauh di mata tapi dekat di hati. Untuk pertama kali dalam sejarah juga, pagi Syawal kali ini tiada yang tergesa-gesa untuk ke mana-mana. Hanya relaks di rumah berbual mesra dengan video call sambil menikmati juadah hari raya. Memang relaks betul!

Makan, makan dan makan!

juadah hari raya

Kalau sebut pasal raya, benda yang paling best sekali mestilah juadah hari raya! Memandangkan tiada aktiviti kunjung-mengunjung yang dibenarkan, rata-rata daripada kita menghabiskan masa di rumah dengan makan, makan dan makan. Daripada lemang, ketupat, rendang sampailah kepada biskut raya. Semua habis disapu!

Tiada soalan pedas dari mak cik bawang

sambutan hari raya

Apa yang lebih menyeronokkan untuk golongan bujang pada raya kali ini apabila tiada lagi soalan-soalan mengerikan dari mak cik bawang di kampung. Untuk tahun ini saja, ramai yang boleh menarik nafas lega kerana dapat melarikan diri sebentar daripada ‘diserang’ oleh mak cik bawang. Kali ini, mereka tidak perlu lagi menjawab soalan-soalan seperti “Bila nak kahwin?”,“Bila nak bawak balik calon?”,“Dah ada calon ke?” dan banyak lagi lah!

Dekorasi hari raya

dekorasi rumah hari raya

Memandangkan perayaan kali ini disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai yang meluangkan masa untuk mengemas dan menghias rumah sempena hari raya ini. Iya lah, nak balik kampung pun tak boleh. Jadi, masa yang ada tu dimanfaatkan dengan aktiviti menghias rumah dengan dekorasi hari raya. Kalau diikutkan sebelum ini jarang dibuat, memandangkan kebiasaannya orang ramai akan pulang ke kampung.

Duit raya online

duit raya online

Tak boleh raya bersama? Tak ada hal lah, sekarang ni semua boleh online je. Kalau tak boleh berjumpa, kita video call je. Kalau nak duit raya, online banking kan ada? Ramai yang memilih untuk gunakan khidmat online banking untuk mengirim duit raya kepada kaum keluarga yang jauh di kampung. So, memang tak ada alasan lain lagi lah untuk tak bagi duit raya kan?

Walaupun raya kali ini sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini, ini semua pasti akan menjadi satu kenangan yang tak dapat dilupakan nanti. Saat macam ni juga lah kita belajar menghargai masa bersama keluarga. Tak kisah lah jauh atau dekat, marilah bersama-sama kita jadikan raya kali ini raya terbaik untuk kita #RayaBersama keluarga.

Selamat Hari Raya kami ucapkan, dan semoga anda dan keluarga sentiasa sihat sejahtera. Maaf Zahir dan Batin.



Advertisement
April 3rd, 2015

Membesarkan seorang anak lelaki bukanlah perkara mudah. Banyak benda selaku seorang ayah yang kita mahukan anak kita buat. Pandai main bola, pandai naik basikal, cekap main badminton dan macam-macam lagilah. Abang Nara ada list beberapa perkara yang Abang Nara inginkan si Aariz belajar kelak. Salah satunya ialah Taekwondo.

nestle koko  krunch

badan dah mantap dan gagah perkasa untuk belajar Taekwondo

Jadi apabila mendapat jemputan untuk majlis pelancaran 10th Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championship 2015, bersemangatlah Abang Nara bawak si Aariz sekali. Sayangnya bila sampai, Aariz tengah syok layan tidur dalam kereta. Terpaksalah wife Abang Nara tunggu di dalam kereta sementara Abang Nara masuk ke Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara untuk menyaksikan majlis pelancaran ini.

koko krunch

Sambil menunggu kehadiran para tetamu kehormat, Abang Nara sempat berposing dengan budak-budak comel yang memakai uniform Taekwondo. Abang Nara dah terbayang dah kehenseman Aariz bila pakai uniform Taekwondo nie nanti. Mesti kacak macam ayah dia jugak.

nestle koko  krunch

posing sikit dengan bebudak comel nie

Ada beberapa fakta menarik tentang Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championship. Bermula pada tahun 2006 hanya di Lembah Klang, kini pertandingan ini sudah pun berkembang sehingga ke seluruh negara. Dijangka untuk tahun 2015 ini hampir 2,000 para peserta seluruh Malaysia akan menyertainya. Tambah menarik, salah seorang peserta Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championship pada awal-awal penganjurannya iaitu Dwi Regina Ismail merupakan wakil Malaysia dalam Sukan SEA 2013. Power kan?

nestle koko  krunch

piala yang bakal menjadi rebutan ramai

Sesungguhnya penganjuran pertandingan seumpama ini oleh Nestle Koko Krunch adalah selari dengan pembangunan sukan Malaysia yang mahu menumpukan usaha mencari bakat bermula daripada kanak-kanak lagi. Banyak lagi fakta-fakta menarik yang telah dikongsikan oleh Yang Amat Mulia Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar di dalam ucapannya ketika merasmikan 10th Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championship ini. Siapa sangka yang pertandingan ini kini sangat dinanti-nantikan oleh kanak-kanak yang mempelajari Taekwondo.

nestle koko  krunch

seronok Abang Nara dengar ucapan Presiden Olimpik Malaysia ini

Selesai ucapan, beberapa orang kanak-kanak daripada kelab Taekwondo Viva telah tampil untuk memberikan demonstrasi. Hebat sungguh kanak-kanak ini. Ada seorang tue siap boleh terbang tendang 3 papan sekaligus sampai patah dalam satu gerakan. Tercengang Abang Nara dan para hadirin dibuatnya. Bergema satu dewan dengan tepukan menghargai kehebatan kanak-kanak tersebut.

nestle koko  krunch

tendangan mematahkan papan sambil melompat

Tidak mahu ketinggalan, Yang Amat Mulia Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar turut menunjukkan skill beliau mematahkan papan dengan tumbukan sebagai simbolik perasmian 10th Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championship 2015. Memang sempoi dan kena dengan tema.

nestle koko  krunch

nampak tak kayu papan tue patah

Sebelum tamat, semua kanak-kanak yang terlibat dan para tetamu kehormat yang hadir telah pun mengabadikan gambar kenang-kenangan di atas pentas. Siapa tahu satu hari nanti salah seorang daripada kanak-kanak ini akan memenangi pingat emas buat Malaysia di Sukan Olimpik? Sama-samalah kita doakan.

koko krunch

Buat ibu bapa di luar sana yang inginkan anak-anak mereka lebih aktif dalam gaya hidup mereka, bolehlah galakkan mereka untuk mempelajari Taekwondo sebab bukan sahaja anak-anak menjadi lebih sihat, malah keyakinan diri boleh dipupuk sejak kecil lagi.

Apa pun sebelum pergi ke kelas Taekwondo, jangan lupa bagi anak anda makan sarapan Koko Krunch. Barulah bertenaga kan? Tambahan pula, Nestle Koko Krunch ni produk buatan Malaysia (Chembong, Negeri Sembilan) – bolehlah kita sebagai rakyat Malaysia menyokong barangan buatan Malaysia :)

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Nestle Breakfast Cereals

Advertisement
December 7th, 2012

Hidup ini merupakan satu pengembaraan. Kalau dalam bahasa omputihnya “adventure”. Setiap hari yang kita lalui, adalah satu adventure. Bercakap mengenai adventure, teringat kenangan Abang Nara bermain lumpur di Korea dulu.

adventureSiapa sangka lumpur yang kotor itu boleh dijadikan satu festival oleh rakyat Korea. Kreatif kan diorang nie? Namun Abang Nara pasti, di Malaysia ini pun ada tempat-tempat menarik yang menawarkan adventure yang hebat kepada pengunjung-pengunjungnya. Salah satunya mungkin menaiki cable car untuk ke Genting Highlands.
adventure

Abang Nara tahu ramai pembaca BeautifulNara yang suka jalan-jalan serata Malaysia untuk bercuti, berehat bersama keluarga atau sekadar meneroka tempat baru. Confirm banyak pengalaman menarik yang korang alami kan? Apa kata kongsikannya dengan Nestle Drumstick Home of Adventure untuk peluang memenangi wang tunai RM35,000.
adventureUntuk Nestle Drumstick Home of Adventure ini ada 4 kategori adventure yang anda boleh kongsikan. Water extreme, thrill seeker, food travels dan nature exploration. Yang menariknya, perkongsian ini dilakukan mengikut lokasi. Jadi kalau anda kongsikan adventure anda di Ipoh, orang lain pun boleh tahu jugak apa yang menarik ada di Ipoh.
adventureOk meh Abang Nara bagi contoh. Katakan Abang Nara nak kongsi adventure diri ini bermain air di Sunway Lagoon. Langkah pertama ialah pilih Semenanjung Malaysia.
adventureKemudian Abang Nara cuma perlu zoom dan drag peta yang terpampang menggunakan mouse sehingga jumpa Sunway Lagoon. Semasa pencarian dilakukan, Abang Nara nampak banyak batang aiskrim Nestle Drumstick di merata tempat. Itu maknanya dah ramai orang berkongsi adventure mereka di tempat-tempat tersebut. Kalau nak tahu apakah adventure yag dilalui, Abang Nara cuma perlu klik je pada batang aiskrim Nestle Drumstick tue.
adventureRupa-rupanya dah ada orang kongsikan adventure mereka di Sunway Lagoon. Teruja nak tahu apa yang mereka alami, Abang Nara klik kepada batang aiskrim Nestle Drumstick yang comel itu.
adventureOho ~~ Ada yang kongsikan keseronokan bermain bungee jumping di Sunway Lagoon. Perghh.. Hebat dia nie. Siap letak gambar lagi. Memang awesome. Kalau Abang Nara mesti tak berani nak buat punya. Memang thrill seeker sungguh. Apa lagi, Abang Nara terus tekan “add my adventure” untuk turut sama berkongsi pengalaman ketika berada di sana.
adventureKalau ada gambar yang berkaitan, upload gambar tersebut. Tak wajib tapi kalau ada lebih menarik rasanya. Lepas tue Abang Nara isikan maklumat peribadi. Mana tahu kalau ada rezeki tiba-tiba menang pulak. Lepas tue tekan “Submit” dan tunggu ianya di”approve” oleh pihak berkaitan.
adventurePeraduan Nestle Drumstick Home of Adventure ini telah bermula pada 5 November lalu dan akan berakhir pada 23 Disember nanti. Lebih kurang 7 minggu peraduan ini berlangsung. Setiap minggu, 10 orang pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai RM500 dengan jumlah wang tunai RM35,000 untuk diberi. Fuh ~~~
adventureSelain daripada wang tunai yang boleh dimenangi, Abang Nara dapati Nestle Drumstick Home of Adventure sangat bagus untuk digunakan kalau nak pergi berjalan-jalan cuti 1 Malaysia. Contoh kalau Abang Nara nak pergi Langkawi, Abang Nara cuma perlu baca adventure yang telah dikongsikan oleh mereka yang telah pergi ke Langkawi sebelum ini. Mana yang Abang Nara rasa menarik, Abang Nara akan cuba rasai sendiri adventure tersebut. Best kan?
adventureTunggu apa lagi? Mulakan adventure anda dengan Nestle Drumstick Home of Adventure hari ini jugak.

Advertisement
October 22nd, 2012

Masa belajar di Korea dulu, Abang Nara memang banyak berjalan. Nak pergi mana-mana semuanya naik subway. Jarak dari rumah ke stesen subway berdekatan lebih kurang 2 km. Paling Abang Nara ingat kenangan berjalan mendaki bukit bersama family untuk naik ke Seoul Tower. Penat tak ingat!!!

wwd

Disebabkan banyak berjalan ketika di Korea, badan Abang Nara memang sihat. Namun bila balik Malaysia, akibat kurang berjalan, badan Abang Nara mula mengembang. Paling stress apabila buncit di perut sudah timbul. Jadi apabila Abang Nara dapat tahu mengenai event World Walking Day, memang teruja sangat diri ini dibuatnya.

wwd

Event World Walking Day ini adalah PERCUMA dan akan dilakukan di 6 buah tempat seluruh Malaysia secara serentak iaitu pada 28 Oktober 2012 ini. Kesemua peserta di setiap tempat ini akan mula berjalan serentak tepat pada jam 6 pagi. Tak tahu di mana lokasi-lokasi ini? Jangan risau sebab di www.nestle.com.my/WWD ada peta yang lengkap.

wwd
Abang Nara akan turut serta berjalan sempena World Walking Day ini di Putrajaya. Ini adalah kali pertama Abang Nara join event World Walking Day nie. Jadi Abang Nara pun ushar Facebook Nestle Malaysia untuk melihat bagaimana ianya telah berlangsung tahun lepas. Memang happening gila!!!
wwd
World Walking Day 2011 menyaksikan 4,000 peserta berjalan kaki di Putrajaya dan 18,477 peserta di kesemua 6 lokasi. Abang Nara rasa tahun ini pasti jumlah peserta akan meningkat dengan lebih banyak. Selain daripada t-shirt percuma yang akan diberikan kepada mereka yang datang awal, banyak lagi aktiviti menarik seperti face painting, lucky draw dan sarapan pagi bersama-sama akan turut sama diadakan.
wwd

Kepada semua pembaca BeautifulNara, jomlah join Abang Nara berjalan kaki di Putrajaya pada 28 Oktober 2012 ini. Ajak sekali kawan-kawan, pakwe-pakwe, makwe-makwe dan ahli keluarga anda. Makin ramai yang join confirm makin meriah nanti. Anda boleh mendaftar di booth Nestle setiap lokasi dan pada hari World Walking Day itu sendiri.
wwd
Abang Nara jadikan World Walking Day sebagai satu titik permulaan untuk berjalan setiap hari selepas ini. Anda pula bagaimana? More info sila layari laman web Nestle.

Advertisement