October 22nd, 2012

Masa belajar di Korea dulu, Abang Nara memang banyak berjalan. Nak pergi mana-mana semuanya naik subway. Jarak dari rumah ke stesen subway berdekatan lebih kurang 2 km. Paling Abang Nara ingat kenangan berjalan mendaki bukit bersama family untuk naik ke Seoul Tower. Penat tak ingat!!!

wwd

Disebabkan banyak berjalan ketika di Korea, badan Abang Nara memang sihat. Namun bila balik Malaysia, akibat kurang berjalan, badan Abang Nara mula mengembang. Paling stress apabila buncit di perut sudah timbul. Jadi apabila Abang Nara dapat tahu mengenai event World Walking Day, memang teruja sangat diri ini dibuatnya.

wwd

Event World Walking Day ini adalah PERCUMA dan akan dilakukan di 6 buah tempat seluruh Malaysia secara serentak iaitu pada 28 Oktober 2012 ini. Kesemua peserta di setiap tempat ini akan mula berjalan serentak tepat pada jam 6 pagi. Tak tahu di mana lokasi-lokasi ini? Jangan risau sebab di www.nestle.com.my/WWD ada peta yang lengkap.

wwd
Abang Nara akan turut serta berjalan sempena World Walking Day ini di Putrajaya. Ini adalah kali pertama Abang Nara join event World Walking Day nie. Jadi Abang Nara pun ushar Facebook Nestle Malaysia untuk melihat bagaimana ianya telah berlangsung tahun lepas. Memang happening gila!!!
wwd
World Walking Day 2011 menyaksikan 4,000 peserta berjalan kaki di Putrajaya dan 18,477 peserta di kesemua 6 lokasi. Abang Nara rasa tahun ini pasti jumlah peserta akan meningkat dengan lebih banyak. Selain daripada t-shirt percuma yang akan diberikan kepada mereka yang datang awal, banyak lagi aktiviti menarik seperti face painting, lucky draw dan sarapan pagi bersama-sama akan turut sama diadakan.
wwd

Kepada semua pembaca BeautifulNara, jomlah join Abang Nara berjalan kaki di Putrajaya pada 28 Oktober 2012 ini. Ajak sekali kawan-kawan, pakwe-pakwe, makwe-makwe dan ahli keluarga anda. Makin ramai yang join confirm makin meriah nanti. Anda boleh mendaftar di booth Nestle setiap lokasi dan pada hari World Walking Day itu sendiri.
wwd
Abang Nara jadikan World Walking Day sebagai satu titik permulaan untuk berjalan setiap hari selepas ini. Anda pula bagaimana? More info sila layari laman web Nestle.


16 responses to “World Walking Day Oleh Nestlé Pada 28 Oktober”

  1. mis ucu says:

    Yeah..mari kita sama memeriahkan lagi event ni.Miss pun join jugak:) see u there

  2. at says:

    alaaa lambat tau la…dah x blh register sms….nak tshirt

  3. Cik Azie says:

    abg nara ada sana sekali ke? kite join!!! kalau ada boleh jumpe abg nara!!!!

  4. jo says:

    WOW! himpunan hijau nih! bes2

Loading...