July 13th, 2018

Khabar tentang perkahwinan Nelydia Senrose bersama cinta hatinya, Hafiz sudah mula diperkatakan. Sebelum ini, Nelydia agak malu-malu untuk mengakui tentang perkara itu dan memberitahu beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk berkahwin.

Tapi lain pula kali ini apabila Nelydia mengakui sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan meskipun sedang sibuk menjalani penggambaran.

Setakat ini persiapan perkahwinan berjalan dengan lancar. Bila atau tarikh nikah tu, biarlah saya umumkan kemudian. Bukan apa, buat masa ini ada beberapa perkara yang belum selesai. Sampai waktunya nanti saya akan beritahu semua secara rasmi. Saya pun tak mahu sorokkan perkara yang baik. Doakanlah yang terbaik buat saya ya!

Nelydia sedang sangat bahagia dengan kekasihnya itu, walaupun baru sahaja beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing, pelakon jelita ini terpikat dengan sikap Hafiz yang matang dan memahami. Itu adala antara ciri-ciri lelaki idamannya.

Kami bercinta baru beberapa bulan. Kalau ikutkan, memang terlalu cepat kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Nak tahu, bila dah kenal, terdetik di hati dialah orangnya. Apa yang membuatkan saya yakin memilih dia sebagai pasangan hidup adalah kerana ciri-ciri lelaki yang saya mahukan ada padanya. Dia seorang yang memahami, caranya membuatkan saya selesa, mempunyai ekonomi yang stabil dan sangat matang.

Semoga perancangan perkahwinan mereka berdua ini dipermudahkan dan semoga diberkati jodoh sehingga ke akhir hayat. Tidak sabar untuk melihat Nelydia dalam busana pengantin, mesti cantik kan?

Sumber Berita : URTV

July 5th, 2018

Umum mengetahui pelakon jelita, Nelydia Senrose sedang hangat bercinta dengan jutawan muda yang dikenali sebagai Hafiz. Pernah menerima hadiah sebentuk cincin daripada kekasihnya itu, kini khabar angin bertiup kencang mengatakan mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Mengakui sudah bersedia untuk bergelar isteri, Nelydia bagaimanapun memberitahu belum membuat sebarang keputusan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Namun, sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan dibuat menerusi satu sidang media khas jika segalanya sudah pasti. Buat Nelydia, benda baik tidak perlu disorok.

Memang sudah bersedia. Cuma nanti kami rancang untuk buat sidang media untuk umumkan mengenai hal tersebut. Bukanlah di dalam tempoh terdekat memandangkan soal kahwin bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang sebelah mata. Saya hanya akan umum apabila semuanya sudahpun pasti.

Saya tak nak lah sorok perkara yang baik, malah sebelum ini pun saya ada berjanji kepada rakan media untuk beritahu hari bersejarah itu apabila tiba masanya. Cuma itulah, bukanlah dalam masa terdekat. Tapi betul, perjalanan untuk ke arah itu memanglah ada.

Kami harap kali ini Nelydia benar-benar ada jodoh dengan cinta hatinya sehingga ke jenjang pelamin. Semoga segala perancangan mereka dipermudahkan.

Sumber Berita : Media Hiburan