July 2nd, 2018

Berpeluang untuk menghadiri konsert penyanyi antarabangsa, Beyonce dan Jay Z di Berlin, Germany, fesyen Neelofa nampaknya sekali lagi menjadi perhatian ramai.

Berkongsi foto dirinya memakai topi dan baju ‘hoodie’, netizen puji Neelofa bukan sahaja cantik tetapi kelihatan ‘swag’ seperti remaja. Fesyen itu memang sangat bersesuaian dengan beliau meskipun berhijab.

Pada kami, fesyen Neelofa kali ini masih lagi menjaga penampilannya sebagai seorang ikon wanita muslimah dan tidaklah terlalu pelik seperti gaya-gaya sebelum ini yang dikecam ramai. Memang ‘hipster’ dan ‘swag’ habis. Apa pula komen korang?

June 11th, 2018

Sejak awal tahun ini, selebriti popular Neelofa ditimpa dengan satu demi satu kontroversi baik daripada kisah peribadinya sehinggalah isu pelancaran tudungnya yang mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Namun, sejak kebelakangan ini, nama Neelofa ibarat sepi seketika tanpa sebarang gosip ataupun cerita panas mengenainya. Ibarat macam orang ramai dahagakan pula kontroversi melibatkan dirinya.

Neelofa sebenarnya tidak hilang kemana-mana pun, tetapi hanya ingin melakukan perkara yang lebih baik serta berfaedah sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Kenapa? Rindukan sayakah? Tak adalah.. saya cuma berniat mahu melakukan perkara-perkara yang baik sepanjang bulan Ramadan ini.

Sebenarnya memang setiap tahun apabila tiba sahaja bulan puasa, saya sedaya upaya akan cuba mengosongkan jadual kerja. Itu termasuklah tidak menerima sebarang jemputan untuk berbuka puasa di luar kecuali ia sangat penting dan saya tidak dapat mengelak. Tujuan utama saya adalah mahu bersama-sama keluarga sepanjang Ramadhan ini.

Neelofa akui jiwannya dipenuhi dengan ketenangan pada bulan mulia ini. Bila ada kontroversi, ramai pula yang mengecam, bila senyap tertanya mana pula perginya Neelofa, sampai sesetengah itu tidak senang duduk kalau Neelofa tiada kontroversi yer, macam-macamlah kerenah netizen.

Sumber Berita : Utusan Online