Written by Bella | December 29th, 2016

Meskipun dilanda pelbagai kontroversi percintaan, nampaknya fenomena Lofattah masih lagi belum reda. Difahamkan Neelofa dan Fattah Amin mungkin bakal bergandingan lagi dalam projek terbaru Astro.

Malah, Neelofa juga memberitahu beliau tahu tentang perancangan berkenaan cuma belum mengesahkan lagi tawaran berkenaan.

Saya memang sentiasa akan profesional ketika bekerja. Tapi saya belum dapat mengesahkan dengan lanjut tawaran itu. Takut ada perubahan.

Neelofa akui beliau kembali teruja untuk berlakon semula atas permintaan peminat dan juga sambutan hangat drama Suri Hati Mr Pilot. Buat Neelofa, kejayaan drama berkenaan adalah detik paling bermakna buat dirinya sepanjang bergelar artis.

Berbicara mengenai kontroversi hangat yang melanda beliau dan Fattah, Neelofa berkongsi ibunya ada merasa risau bagaimana beliau menghadapi situasi berkenaan.

Saya cakap kepada mama, biarlah saya nikmati kegembiraan ini sementara masih ada.  Saya gembira dengan sokongan peminat, pengiktirafan dan perhatian yang diraih. Saya rasa dihargai dan sokongan peminat buat saya mahu berikan yang lebih baik kepada mereka.   Ini termasuk apa saja aktiviti yang boleh mendekatkan diri saya dengan peminat.

Mampukah gandigan mereka berdua dapat mencipta fenomena sekali lagi? Bagaimana agaknya “chemistry” Neelofa dan Fattah Amin kali ini selepas dilanda kontroversi. Sama-sama kita nantikan..

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | December 21st, 2016

Ketika ini, tidak kami nafikan nama pelakon Fattah Amin sedang dikritik dan dikecam gara-gara gosip mengatakan beliau “curang” dengan Neelofa bersama seorang pelakon wanita kacukan. Disebabkan hal itu, hubungan beliau dan Neelofa berantakan.  Ini sekaligus memusnahkan impian peminat mereka yang selama ini berharap agar Fattah dan Neelofa mempunyai jodoh bersama sehingga ke jinjang pelamin.

Terbaru, Fattah yang sedar dirinya sedang dihimpit kontroversi hangat, menganggap apa yang berlaku adalah salah satu ujian bergelar selebriti dan ketika ini ia adalah satu ujian hebat buat dirinya.

Pada pandangan saya setiap selebriti yang melalui fasa peningkatan akan setiasa diuji. Setiap orang akan melalui ujian berbeza dan waktu ini adalah waktu saya diuji. Apa-apa pun saya percaya untuk menjadi orang yang hebat dugaannya pasti hebat. Saya mohon semua peminat terus doakan saya terus kuat untuk melalui proses ini.

Buat masa ini, Fattah enggan mengulas lebih lanjut mengenai setiap kenyataan berkaitan hubungannya dengan Neelofa termasuk dakwaan Tania Hudson adalah orang ketiga yang hadir antara mereka.

Saya mengucapkan terima kasih kepada media yang menyokong saya selama ini. Berkenaan komen balas kenyataan Neelofa itu saya tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.

Hmmph, agak sukar untuk tahu perkara sebenar dan isu akan berpanjangan juga jika Fattah Amin tidak mahu beterus-terang. Tidak mengapalah, mungkin Fattah ingin menjaga hati beberapa pihak lain.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | December 21st, 2016

Kisah hubungan Neelofa dan Fattah Amin yang berantakan nampaknya akan terus menjadi topik utama dunia hiburan minggu ini. Iyalah, sejak semalam pelbagai cerita yang keluar dan satu demi satu kenyataan mengenai hubungan mereka cukup hangat diperkatakan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Terbaru, Neelofa sekali lagi tampil mengeluarkan kenyataan menafikan berita Fattah telah bertemu dengan keluarganya secara rasmi seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda, Fattah  sebelum ini dikatakan sudah bertemu dengan keluarga Neelofa untuk meminta restu untuk berkawan rapat dengan Neelofa.

Terdapat banyak salah faham pada laporan sebelum ini bahawa dia (Fattah) sudah bertemu keluarga saya. Dia bertemu keluarga saya bukan dalam satu majlis peribadi antara dia dengan keluarga saya. Beberapa kali pertemuan mereka di majlis-majlis perkahwinan dan jamuan makan sahaja. Bila orang salah tafsir kenyataan itu ia akan jadi jauh daripada realiti sebenar berbanding apa yang terjadi.

Neelofa pada masa yang sama bersyukur kerana keluarganya tidak marah dengan apa yang terjadi.

Ibu dan ahli keluarga lain faham dan dia orang tidak marah atau bertanya banyak tentang hal itu, mereka tahu saya boleh kendalikan perkara ini dengan baik. Cuma kalau saya berdiam ayah saya akan call  tanya sama ada saya dalam keadaan baik atau tidak. Saya kesal ramai yang mula memberi andaian baik dan kurang baik serta tidak sedap didengar berkaitan perkara itu.

Masih lagi tidak bersedia untuk mendedahkan lagi butiran mengenai kontroversinya bersama Fattah, Neelofa berharap peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Sumber Berita : mStar Online