December 21st, 2016

Kisah hubungan Neelofa dan Fattah Amin yang berantakan nampaknya akan terus menjadi topik utama dunia hiburan minggu ini. Iyalah, sejak semalam pelbagai cerita yang keluar dan satu demi satu kenyataan mengenai hubungan mereka cukup hangat diperkatakan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Terbaru, Neelofa sekali lagi tampil mengeluarkan kenyataan menafikan berita Fattah telah bertemu dengan keluarganya secara rasmi seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda, Fattah  sebelum ini dikatakan sudah bertemu dengan keluarga Neelofa untuk meminta restu untuk berkawan rapat dengan Neelofa.

Terdapat banyak salah faham pada laporan sebelum ini bahawa dia (Fattah) sudah bertemu keluarga saya. Dia bertemu keluarga saya bukan dalam satu majlis peribadi antara dia dengan keluarga saya. Beberapa kali pertemuan mereka di majlis-majlis perkahwinan dan jamuan makan sahaja. Bila orang salah tafsir kenyataan itu ia akan jadi jauh daripada realiti sebenar berbanding apa yang terjadi.

Neelofa pada masa yang sama bersyukur kerana keluarganya tidak marah dengan apa yang terjadi.

Ibu dan ahli keluarga lain faham dan dia orang tidak marah atau bertanya banyak tentang hal itu, mereka tahu saya boleh kendalikan perkara ini dengan baik. Cuma kalau saya berdiam ayah saya akan call  tanya sama ada saya dalam keadaan baik atau tidak. Saya kesal ramai yang mula memberi andaian baik dan kurang baik serta tidak sedap didengar berkaitan perkara itu.

Masih lagi tidak bersedia untuk mendedahkan lagi butiran mengenai kontroversinya bersama Fattah, Neelofa berharap peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...