December 13th, 2016

Bila ingin berkawan rapat dengan anak dara orang, pasti seorang lelaki budiman akan meminta kebenaran untuk terus berkawan dengan anak perempuan mereka.

Itulah yang dilakukan oleh Fattah Amin apabila beliau mengakui sudah bertemu dengan keluarga Neelofa untuk meminta restu agar mereka boleh berkawan rapat.

Ada memang ada (jumpa keluarga). Perkara macam ini kita tidak tahu lagi. Jodoh itu ditangan Allah kita boleh merancang sahaja.

Kalau nak berkawan rapat dengan seorang perempuan, mestilah kena jumpa minta kebenaran keluarga. Saya seorang lelaki yang kalau hendak berkawan dengan perempuan dan ketara nampak di tempat awam, saya pastinya akan minta restu keluarga.

Pada masa yang sama, Neelofa yang turut hadir bersama Fattah di Anugerah Melodi TV3 baru-baru ini memberitahu beliau sudah sedia untuk menamatkan zaman bujangnya.

Saya pun dah 27 tahun. Saya rasa saya perlukan masa dan ruang bernafas juga untuk buat pilihan terbaik untuk masa depan saya. Tapi (soal kahwin) sensitif sangat hendak cerita sebab ia melibatkan keluarga saya dan melibatkan orang lain juga. Saya tak nak sakitkan hati sesiapa.

Sekarang saya pun tak tahu siapa jodoh saya. Untuk sekarang saya berkawan dan pilihan masih terbuka dan biarlah ia berjalan seperti biasa.

Mesti peminat #lofattah cair mendengar kenyataan “gentleman” Fattah. Iyalah, bukan mudah hendak dapat lelaki yang sanggup bertemu dengan keluarga seseorang wanita itu ketika di awal perkenalan.  Ermm..

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE


Comments are closed.

Loading...