October 31st, 2016

Sebelum ini pelakon baharu Nazrief Nazri dan Emma Maembong pernah digosipkan bercinta gara-gara keakraban mereka dan berpakaian sedondon ke sebuah acara hiburan.

Namun, Emma pernah menafikan perkara itu dan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja yang bergandingan didalam drama Nasi Minyak Kuah Cinta.

Nazrief juga sebenarnya tidak mengambil pusing mengenai isu itu, tetapi sejak kebelakangan ini beliau akui merasa sedikit tertekan kerana ada peminat tegar Emma mengutuk beliau secara berterusan.  Mereka nampaknya tidak mahu Nazrief terlalu rapat dengan Emma.

Pada mulanya saya okey saja tapi bila lama-kelamaan saya perhatikan kutukan itu berlaku secara berterusan pula. Asalkan saya muat naik gambar dengan Emma saja pasti ada yang hentam saya.

Kononnya mereka tidak suka saya rapat dengan Emma. Tapi sesetengah peminat tegar Emma dan Zizan tidak suka keakraban kami. Padahal kami hanya berlakon bersama dan tidak lebih daripada itu.

Pada awalnya, ada timbul sedikit salah faham antara Kamal dan Nazrief, walaubagaimanapun, Kamal juga mula sedar bahawa ia hanya satu isu yang diperbesarkan sedangkan beliau dan Emma tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Saya dengan Kamal tiada masalah langsung. Mungkin selepas gosip saya dengan Emma keluar beberapa bulan lalu, timbul salah faham juga di pihak Kamal. Tapi lama-kelamaan Kamal nampak dan faham ia sekadar gosip. Malah, gosip itu juga menguatkan semula hubungan Kamal dan Emma.

Sebab itu kata orang gambar itu memberikan 1001 tafsiran dan ia bergantung kepada pemikiran seseorang itu.

Sumber Berita : mStar Online

August 16th, 2016

Gara-gara foto Emma Maembong dan pelakon baru Nazrief Nazri  berpakaian sedondon  ke sebuah acara tersebar di media sosial, ada sebuah akhbar melaporkan mereka berdua sedang menjalinkan hubungan.

Tentu sekali berita ini menimbulkan spekulasi hangat apatah lagi saat hubungan Emma dan kekasihnya Kamal Adli sedang bergolak.

Menganggap gosip yang tersebar itu sebagai satu perkara yang mengarut, Emma menegaskan beliau dan Nazrief tidak lebih daripada rakan sekerja yang bergandingan didalam drama bersiri Nasi Minyak Kuah Cinta.

Mereka tidak pernah mengenali satu sama lain sebelum ini, malah mereka juga tidak pernah mempunyai masa untuk berhubung ataupun bertemu di luar set penggambaran.

Lucu juga mengenangkan gambar saya dan Nazrief yang kebetulan berada dalam sebuah majlis baru-baru ini sudah mencetuskan gosip baharu.

Macam mana boleh ada hubungan kerana berjumpa atau berhubung di telefon juga tidak pernah. Dalam drama itu pun kami baharu saja dipertemukan dalam satu babak tanpa dialog.  Sudah-sudahlah menyebarkan perkara tidak benar.

Umum mengetahui baru-baru ini ayah Emma disamun dan mengalami kecederaan bukan? Oleh itu, Emma berharap jangan ada pihak yang menyebarkan cerita tidak benar  disaat beliau dan keluarga yang masih lagi melalui masa sukar dan merasa terkejut serta risau ekoran insiden yang menimpa bapanya itu.

Sudah-sudahlah menyebarkan perkara tidak benar. Tidak perlu timbulkan spekulasi ini apatah lagi di saat ayoh (ayah) masih tidak sihat selepas kejadian samun Khamis lalu. Berilah ruang untuknya berehat daripada mendengar cerita palsu.

Saya harap pihak di luar sana jangan terus melemparkan tuduhan tanpa usul periksa. Penyebar gosip sebegini nampaknya tidak sensitif. Fikirlah perasaan kami sekeluarga terutama ayah yang masih terkejut berdepan insiden menakutkan itu.

Bersabarlah Emma, sudah menjadi kebiasaan untuk orang selalu membuat andaian tanpa usul periksa. Apatah lagi saat anda sedang menghadapi masalah. Apa-apa pun, kami mendoakan agar bapa Emma cepat sembuh.

Sumber Berita : BH ONLINE