August 16th, 2016

Gara-gara foto Emma Maembong dan pelakon baru Nazrief Nazri  berpakaian sedondon  ke sebuah acara tersebar di media sosial, ada sebuah akhbar melaporkan mereka berdua sedang menjalinkan hubungan.

Tentu sekali berita ini menimbulkan spekulasi hangat apatah lagi saat hubungan Emma dan kekasihnya Kamal Adli sedang bergolak.

Menganggap gosip yang tersebar itu sebagai satu perkara yang mengarut, Emma menegaskan beliau dan Nazrief tidak lebih daripada rakan sekerja yang bergandingan didalam drama bersiri Nasi Minyak Kuah Cinta.

Mereka tidak pernah mengenali satu sama lain sebelum ini, malah mereka juga tidak pernah mempunyai masa untuk berhubung ataupun bertemu di luar set penggambaran.

Lucu juga mengenangkan gambar saya dan Nazrief yang kebetulan berada dalam sebuah majlis baru-baru ini sudah mencetuskan gosip baharu.

Macam mana boleh ada hubungan kerana berjumpa atau berhubung di telefon juga tidak pernah. Dalam drama itu pun kami baharu saja dipertemukan dalam satu babak tanpa dialog.  Sudah-sudahlah menyebarkan perkara tidak benar.

Umum mengetahui baru-baru ini ayah Emma disamun dan mengalami kecederaan bukan? Oleh itu, Emma berharap jangan ada pihak yang menyebarkan cerita tidak benar  disaat beliau dan keluarga yang masih lagi melalui masa sukar dan merasa terkejut serta risau ekoran insiden yang menimpa bapanya itu.

Sudah-sudahlah menyebarkan perkara tidak benar. Tidak perlu timbulkan spekulasi ini apatah lagi di saat ayoh (ayah) masih tidak sihat selepas kejadian samun Khamis lalu. Berilah ruang untuknya berehat daripada mendengar cerita palsu.

Saya harap pihak di luar sana jangan terus melemparkan tuduhan tanpa usul periksa. Penyebar gosip sebegini nampaknya tidak sensitif. Fikirlah perasaan kami sekeluarga terutama ayah yang masih terkejut berdepan insiden menakutkan itu.

Bersabarlah Emma, sudah menjadi kebiasaan untuk orang selalu membuat andaian tanpa usul periksa. Apatah lagi saat anda sedang menghadapi masalah. Apa-apa pun, kami mendoakan agar bapa Emma cepat sembuh.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...