October 19th, 2015

Sejak semua mengetahui Lisa Surihani sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan bulan lepas, ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat wajah Yahaira Leanne yang terkini. Walaubagaimanapun keana ingin menjaga privasi mereka serta anak yang baru dilahirkan itu, Lisa sehingga kini masih belum ingin berkongsi foto anaknya kepada umum.

Malah, ada peminat yang sudah mula mempertikaikan tindakan Lisa dan menganggap pelakon itu tidak gembira dengan kehadiran anaknya. Aik sampai macam tu sekali?

Namun, tidak semua peminatnya bersikap sebegitu ada yang membidas komen berkenaan dan memahami bahawa pasangan Lisa dan Yusry ingat akan pesan orang tua-tua bahawa agak tidak manis untuk terlalu mendedahkan wajah anak pada peringkat awal. Ada juga yang meminta agar peminat lain menghormati privasi mereka sekeluarga kerana Yusry sebelum ini memberitahu tidak mahu anaknya menjadi tumpuan lensa kamera.

Biasalah kalau jadi artis setiap perkara yang mereka ingin lakukan pasti akan di kritik, memang lah peminat adalah tulang belakang seseorang artis tetapi tidak semua perkara mereka harus ikut cakap peminat bukan? Sabar je lah, pasti satu hari nanti kita akan dapat lihat foto Yahaira Leanne yang terkini.

September 25th, 2015

Memang hebat sungguh kan sambutan kelahiran anak Lisa Surihani dan Yusry KRU daripada peminat mereka. Iyalah, tidak sampai beberapa jam Lisa mengumumkan nama puteri sulungnya itu, ada individu yang sudah mewujudkan akaun Instagram palsu atas nama Yahaira Leanne.

Tidak mahu peminat tertipu, Lisa menerusi akaun Instagram beliau telah mendedahkan akaun palsu tersebut yang dibuat tanpa kebenaran dan pengetahuan beliau serta Yusry.

Lisa meminta agar pihak yang tidak bertanggungjawab memadam akaun palsu tersebut dengan kadar segera.

This is a FAKE account. Hope the person who created it will respect and delete the account. Thank you.

Baru sahaja dilahirkan, Yahaira Leanne nampaknya sudah popular mengatasi anak-anak selebriti lain sebelum ini. Mungkin ramai sebenarnya yang tidak sabar untuk melihat lebih lagi foto-foto terkini beliau. Boleh sahaja wujudkan akaun khas untuk anak pasangan tersebut  cuma perlukan keizinan ibu bapanya.

September 22nd, 2015

Akhirnya, seperti yang telah dijanjikan, Lisa Surihani dan Yusry KRU telah pun mengumumkan nama Yahaira Leanne yang membawa maksud “wahai sebaik-baik kelembutan”. Cantik nama yang diberi. Sedap mendengar dan menyebutnya.

lisa surihani

Pengumuman nama anak Lisa Surihani dan Yusry KRU ini telah dilakukan menerusi akaun Instagram mereka.

nama anak lisa surihani

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Lisa Surihani dan Yusry atas kelahiran puteri mereka. Semoga Yahaira Leanne membesar dengan sihat sejahtera serta menjadi anak yang berjasa kepada kedua ibu bapanya apabila dewasa kelak. Sama-sama kita doakan.

September 18th, 2015

Akhirnya yang dinanti-nanti telah pun tiba. Lisa Surihani dan Yusry KRU telah pun berkongsi gambar anak sulung mereka. Cahaya mata perempuan ini telah dilahirkan di Pantai Medical Centre Bangsar dengan berat 3.4 kilogram pada 15 September kira-kira jam 11.44 malam. Lisa dan anak telah pun pulang ke rumah. Kedua-duanya berada di dalam keadaan sihat. Alhamdulillah.

gambar anak lisa surihani

Nama anak Lisa Surihani dan Yusry KRU bakal diumumkan selepas 7 hari. Diharap Lisa dan Yusry akan lebih banyak berkongsi gambar wajah anak mereka sementara itu. Pasti ramai yang tak sabar nak melihat wajah si comel ini secara lebih dekat. Sama-sama kita nantikan. Tahniah Lisa dan Yusry. Sumber Instagram H!Live.