Written by AbangNara | November 10th, 2014

Ya memang tidak puas menatap wajah si comel puteri kesayangan Zain Saidin dan Che Ta ini. Abang Nara paling geram sebab rambut Aaisyah Dhia Rana ini lebat sangat. Lagi geram apabila melihat bidikan-bidikan gambar yang sangat marvelous daripada AnnasEaskey yang dibantu oleh The Photolicious. Terbaik sangat-sangat.

aaisyah dhia rana

Abang Nara paling suka gambar di atas. Jelas terserlah rasa terharu, perasaan kasih sayang dan kemesraan seorang ayah dan anak. Abang Nara pasti Zain amat teruja menjadi seorang ayah. Teringat perasaan pertama kali memegang anak untuk diazankan. Menggeletar tangan. Sampai ke hari ini masih terkenang perasaan itu.

aaisyah dhia rana

Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Aaisyah Dhia Rana membesar dengan sihat dan sempurna. Semoga dengan kehadiran Aaisyah, kebahagiaan rumah tangga Zain dan Che Ta semakin bertambah. Lagi beberapa gambar si puteri comel ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | November 7th, 2014

Sebentar tadi menerusi rancangan H!Live, Zain Saidin telah pun mengumumkan nama anaknya. Nama yang dipilih separuh olehnya dan separuh oleh Che Ta ini ialah Aaisyah Dhia Rana binti Mohd Zain. Aaisyah diambil bersempena nama ibu Zain Saidin, Dhia Rana bermakna sinar kecantikan. Cantik sungguh namanya. Memang amat sesuai dengan kecomelan si puteri.
nama anak che taNama panggilan yang digunakan oleh Che Ta dan Zain ialah ‘Aaisyah’, ‘baby’, dan juga ‘ayang’. Semoga Aaisyah Dhia Rana membesar dengan sihat sejahtera. Terima kasih kepada Zain dan Che Ta kerana sudi berkongsi nama anak mereka seperti  yang telah dijanjikan.

Written by AbangNara | November 6th, 2014

Amboiiiii. Lebatnya rambut puteri sulung Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini. Geram pulak menengok. Rasa nak cubit-cubit je. Tak sabar rasanya nak tahu nama si comel ini yang akan diumumkan pada hari ke 7. Mesti nama pun secomel wajah.

gambar anak che ta

Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada AnnasEaskey dan ThePhotolicious untuk perkongsian.

P.S: Menara dari batu yang amat mustahil

 
Written by AbangNara | October 15th, 2014

Alhamdulillah. Memang betullah orang kata bahawa anak itu pembawa rezeki. Belum pun dilahirkan, anak sulung Che Ta dan Zain telah pun memberikan rezeki yang tak terhingga kepada pasangan suami isteri ini. Mana tidaknya, Hospital Ampang Puteri telah bersetuju untuk menaja sepenuhnya proses kelahiran anak dalam kandungan Che Ta. Tajaan tersebut termasuk urusan di bilik bersalin, diberikan bilik penginapan serta rawatan dan layanan kelas A secara percuma.

rozita che wan tajaan

Setahu Abang Nara, kalau beranak di hospital swasta ini memang boleh cecah 5 angka. Lebih-lebih lagi kalau melahirkan anak secara pembedahan. Dengan tajaan daripada Hospital Ampang Puteri ini, sedikit sebanyak pasti dapat menjimatkan belanja Che Ta dan Zain. Kalau Abang Nara ada orang nak taja macam ini pun pasti tak akan tolak punya. Iyerlah boleh dapat percuma siapa tak nak kan? Memang rezeki anak sungguh.

[flowplayer id=”29909″]

Tak sabar rasanya nak menunggu kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup Che Ta dan Zain Saidin. Mesti comel dan kacak seperti ibu dan ayahnya. Rasanya Che Ta dijangka akan melahirkan anaknya dalam masa terdekat ini. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar dan bayi yang dilahirkan sihat serta sempurna. Amin.

P.S: Kereta elektrik (EV) tempatan pertama bakal dilancarkan