November 7th, 2014

Sebentar tadi menerusi rancangan H!Live, Zain Saidin telah pun mengumumkan nama anaknya. Nama yang dipilih separuh olehnya dan separuh oleh Che Ta ini ialah Aaisyah Dhia Rana binti Mohd Zain. Aaisyah diambil bersempena nama ibu Zain Saidin, Dhia Rana bermakna sinar kecantikan. Cantik sungguh namanya. Memang amat sesuai dengan kecomelan si puteri.
nama anak che taNama panggilan yang digunakan oleh Che Ta dan Zain ialah ‘Aaisyah’, ‘baby’, dan juga ‘ayang’. Semoga Aaisyah Dhia Rana membesar dengan sihat sejahtera. Terima kasih kepada Zain dan Che Ta kerana sudi berkongsi nama anak mereka seperti  yang telah dijanjikan.


Comments are closed.

Loading...