Written by AbangNara | January 27th, 2015

Keputusan mahkamah semalam yang mengarahkan Aidil Zafuan membayar RM3,000 sebulan kepada bekas isterinya, Rita Rudaini sebagai nafkah anak-anak mereka bolehlah dikatakan satu kemenangan kepada pelakon tersebut. Selama 3 tahun berjuang untuk anak-anaknya, Rita Rudaini melahirkan rasa syukur dan terharu dengan keputusan mahkamah tersebut. Walaupun tidak mendapat sebanyak mana yang dipinta (RM5,392), angka RM3,000 pun sudah cukup bagus buat Rita Rudaini dan anak-anaknya.

rita rudaini anak-anak

Sedih dan sebak juga Abang Nara membaca kata-kata yang diluahkan oleh Rita Rudaini menerusi akaun Instagramnya tentang kemenangan tersebut. Kata Rita:-

Balik dr court smlm mommy trus peluk ank2 syurga mommy…sebak syukur yg xdpt mommy ungkap kan…mengenangkan slama 3thn mommy berjuang utk dptkan hak2 ank2 syurga mommy…

walaupon xbyk tp syukur pd ALLAH …penafian hak2 kamu akhirnya ada jawapan…walaupon apa yg mommy mintak tidak dpt tp syukur,itulah dan setakat ini lah rezeki ank2 mommy..krn sblm ni pihak sana berkeras cuma nk bg 2k sj xbole lebih dgn alasan dan jwpan ‘pandai2 la belanja’ …penafian hak ank2 itu cukup menyakitkan hati mommy..

ayat itu buat semangat mommy makin bertambah utk perjuangkan lebih dr itu…mommy korbankn kerja mommy utk naik turun court..mungkin org luar xtau,klau ada tarikh2 court,mommy xbole nk ambik job krn bole mngganggu dua2 belah pihak,kerja dan court…tp mommy tawakal demi anak2 mommy krn bg mommy rezeki drNYA..

hidup mommy habiskan utk perjuangkn hak kamu dan hak kita…hidup mommy hanya utk kamu…harapan mommy bila kamu besar nnti,klau kamu syg mommy jd lah ank yg soleh dan bertanggujwb pd diri sendiri,pd mommy pd ALLAH,klau kamu syg mommy jd lah seorg lelaki yg bertanggjwb pd isteri dan ank2 kamu,ingt balik apa yg mommy perjuangkn utk wanita dan ank2..

ryan,ryan da pandai bc kan..ryan kena terangkan pd adik dan bimbing adik jd hamba ALLAH yg berguna…smuanya atas diri kamu dan dlm diri kamu ank2 syurga ku…mommy syg kamu ank2 syurga mommy..

rita rudaini anak-anak

Inilah perasaan seorang ibu tunggal yang berjuang mempertahankan hak anak-anaknya. Terharu Abang Nara dengan kecekalan dan ketabahan hati Rita Rudaini. Bukan mudah menempuh dugaan yang amat hebat ini secara berseorangan. Pasti bebanan di bahu Rita terasa ringan sedikit selepas ini. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Rita dan anak-anaknya.

rita rudaini anak-anakP.S: Jom dapatkan koleksi TELEKUNG TRAVEL SEJADAH  keluaran Gudang.my! Keistimewaan telekung ini ialah begnya yang unik. Beg boleh simpan telekung dan beg bila dibuka menjadi SEJADAH! Harga pun sangat berpatutan, RM49 free postage! Harga promosi hingga 2 Februari 2015 : 3pcs RM129 free postage! 5pcs RM199 free postage! Boleh telefon/whatsapp 0192361986 atau LIKE Facebook Gudang.MY. 

Written by AbangNara | December 19th, 2013

Bab ini Abang Nara memang sokong Rita Rudaini. Selaku seorang ayah, Abang Nara memang terkedu juga dengan jumlah perbelanjaan yang ditelan untuk membesarkan anak. Semuanya mahal belaka. Pampers, susu, ubat, baju dan alatan untuk anak bukannya murah. Secara jujur, nafkah sebanyak RM5,000 yang diminta oleh Rita terhadap Aidil adalah satu angka yang munasabah.

anak rita rudaini

Bercakap kepada MalaysianDigest, Rita memaklumkan jumlah tuntutan yang dimintanya sudah ada diskaun. Kata Rita:-

Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja. Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak-anak.

Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu. Rasanya… orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan?

Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua tu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya

anak rita rudaini

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Rasanya Rita tidak akan minta nafkah yang melampau sekiranya bekas suaminya tidak mampu untuk menunaikannya. Lagipun memang tanggungjawab seorang ayah untuk menyediakan perbelanjaan anak-anaknya. Kalau betul tak mampu, Aidil harus duduk berbincang dengan bekas isterinya kerana ini melibatkan masa depan anak-anaknya juga.

P.S: Tujuh finalis car of the year