“JDT Player, Kelab Tersohor Lagi…” – Respon Isu Nafkah DDNK, Rita Rudaini Suruh Netizen Teka Berapa RM Pula Aidil Bagi

Hiburan

“JDT Player, Kelab Tersohor Lagi…” – Respon Isu Nafkah DDNK, Rita Rudaini Suruh Netizen Teka Berapa RM Pula Aidil Bagi

Sejak minggu lepas, tular isu membabitkan pakar saham yang juga bergelar jutawan, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) dan isteri yang baru dinikahinya, Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris.

Paling baru adalah isu di mana bekas isterinya mendakwa DDNK hanya memberi nafkah berjumlah RM5000 untuk tempoh dua bulan kepada anaknya.

Advertisement

Kenyataan itu meraih perhatian ramai warganet yang sebelum ini juga pernah memerli DDNK tentang nafkah selepas dia dilihat membawa isteri berbulan madu.

bekas isteri DDNK persoal nafkah
2 bulan lalu

"Wedding Kemain Mewah!" - Bekas Isteri Pertikai DDNK Bagi Nafkah Anak RM5K Saja Padahal Status 'Jutawan'

Selain netizen di media sosial, hal itu turut mendapat perhatian pelakon wanita Rita Rudaini yang memuat naik screenshot artikel tentang DDNK di TikTok.

Menerusi hantaran itu, ibu kepada dua anak lelaki tersebut turut terkejut dengan dakwaan bahawa DDNK hanya memberi nafkah sebanyak RM5,000 sahaja.

Pelakon berusia 46 tahun itu juga sempat memberi ayat sinis dan menyuruh netizen meneka jumlah nafkah diberikan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan kepada anak mereka.

JDT Player, Club tersohor lagi terpaling juara bagi nafkah dekat dua orang anak….cuba teka.”

Meskipun begitu, Rita tidak mendedahkan jumlah sebenar bayaran nafkah yang diberikan Aidil tetapi ramai netizen yang tertanya serta membuat spekulasi tentang jumlah diberikan oleh pemain JDT itu.

Sekadar info, Rita dan Aidil berkahwin pada tahun 2008 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin berusia 13 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 11 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : XTRA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. kak kepom

    October 14, 2022 at 8:27 am

    Ramai yang mampu kawin lebih dari satu, tapi tak semua yang mampu jalankan tanggungjawab yang sepatutnya, especially yang berpisah dan ada anak. Berat tanggungjawab depa nak bawa kt akhirat nanti

  2. GINA

    September 29, 2022 at 3:47 pm

    So married for 5 yrs so chirren are 13 n 11 y/o sooooooooo

    • Anonymous

      September 29, 2022 at 5:33 pm

      Kak, diorang kahwin tahun 2008 kak. Dah tentu beranak setahun kemudian. Logiklah. Yang tak logik, kahwin tahun ni, anak umur 20. HAHAHA.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...