Written by AbangNara | December 19th, 2013

Bab ini Abang Nara memang sokong Rita Rudaini. Selaku seorang ayah, Abang Nara memang terkedu juga dengan jumlah perbelanjaan yang ditelan untuk membesarkan anak. Semuanya mahal belaka. Pampers, susu, ubat, baju dan alatan untuk anak bukannya murah. Secara jujur, nafkah sebanyak RM5,000 yang diminta oleh Rita terhadap Aidil adalah satu angka yang munasabah.

anak rita rudaini

Bercakap kepada MalaysianDigest, Rita memaklumkan jumlah tuntutan yang dimintanya sudah ada diskaun. Kata Rita:-

Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja. Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak-anak.

Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu. Rasanya… orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan?

Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua tu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya

anak rita rudaini

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Rasanya Rita tidak akan minta nafkah yang melampau sekiranya bekas suaminya tidak mampu untuk menunaikannya. Lagipun memang tanggungjawab seorang ayah untuk menyediakan perbelanjaan anak-anaknya. Kalau betul tak mampu, Aidil harus duduk berbincang dengan bekas isterinya kerana ini melibatkan masa depan anak-anaknya juga.

P.S: Tujuh finalis car of the year

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

166 responses to Hanya Orang Punyai Anak Tahu & Faham Tentang Belanja Anak-Anak – Rita Rudaini

  1. zarema gigi says:

    aku harap satu hari nanti , blog nara ni masih lagi on mase anak rita ni dah besar.. baru kau nampak bapak ko ni dulu tak nak bagi nafkah. banyak cekadak. anak sendiri , bikan anak orang lain. haremmmm punye aidil

  2. sya says:

    kenapa mesti nak berdolak dalik kalau bekas isteri mintak bayar nafkah anak-anak,bukan anak orang lain pun ..anak awak juga dan sudah menjadi tangungjawab bapa untuk bagi nafkah tu,rasanya 5 ribu tu munasabah sebab zaman sekarang semuanya mahal
    duduk berbincang elok-elok sebab mereka pun darah daging awak dan bukan anak tiri awak

  3. Anonymous says:

    Ko x payah bayar lansung jer Aidil, ko bagi terms kalau si Rita mintak byk mcm tu..baik ko jer bela anak2 ko tu, aku rasa kalau ko bagi diorg mewah2 pun x byk belanjanya, daripada ko byr 5K, si janda ko tu nak bwk duit tu pergi cucuk botox muka dia..

  4. Anonymous says:

    rm5k tu kira dah murah. bak kata RR dah bagi diskaun. bila anak2 tu start masuk sekolah, yuran je nak dekat rm 1000 sorang ( yuran PIBG le yang mahal ), tak termasuk buku, alat tulis, pakaian sukan, kasut sekolah, kasut sukan. baju ngan kasut sekolah pun mahu kena beli paling kurang tiga pasang. x kan nak pakai satu pasang je setahun kot. kalau parents gaji rendah boleh la mintak bantuan buku teks. kalau kaya buku teks kena beli sendiri. ingat buku teks murah. paling kurang sebuah rm50. pengangkutan ke sekolah lagi. sekarang pulak pengusaha bas sekolah nak naikkan tambang. duit lunch lagi. kalau dulu seringgit boleh la beli makanan sampai kenyang, sekarang seringgit dapat air secawan je. ko nak suruh anak ko minum air je ke time lunch.

  5. XOXO says:

    Rita ni x abis2 meroyan..mental aku rasa..yg BN ni x abis2 backup rita tu.sumer komen backup rita die x delete.klu back up aidil abis di delete.wei..korang tgk la diri rita tu btl2..mulut die mcm mane..klu korang nk backup sgt g dok ngan die.aku rasa sehari je kot dah rimas.haha..kt tv lain la..name pun berlakon.psl duit mentang tau income aidil tu banyak tuntut x agak2..aku rasa 3k ok dah.tp die meroyan x abis2..wei ko nk bela sgt anak tggg la..klu x mampu bagi aidil bela..jgn byk bunyi.SEDIH!!!!!

    • Anonymous says:

      Rita ni da gila talak jgn dilayan jer..sapa yang nak kan dia lagi..mulut macam longkang …ramai gak org bercerai x de la nak jaja satu dunia..kalau x nak bela anak tu pulangkan kat Aidil..

    • Anonymous says:

      klu laki aku gaji banyak pon aku mnx bnyk korg xpayah nk bisingla xjadik kat korg blh sembg la da jadi tgokkkk ag meroyan ak rase…

  6. rita oiii says:

    mungkin pepet rita dah tak grip..tu yg kene tggal ngan aidil..kekekkeke

  7. hmm says:

    Wei, jaga dua orang anak seorang diri, lelaki lak tu, dah la lebih kurang umurnya..semput weh… Silap2 gi toilet dua kali jek dalam sehari.. hahaaha..ingat 5 ribu boleh cover… ekekeke… .tapi rita ada maid kot..5 ribu tu ok sangat..

    Kalau bercerai lelaki memang akan pokai.. lebih pokai dari kawin dua.. :D

  8. hinggap says:

    aku tengok rita ni sempurna dah..nasib dia kurang baik je dapat lelaki yang kurang faham tanggung jawab suami dan tak faham islam..rita ni penyayang orangnya..mana nak bepisah dengan anak2..bab nafkah anak tu mmg tanggung jawab bapa walaupun dah becerai…tanggung jawab tu akan menjadi tanggung jawab mak kalau bapa dia dah mampos tapi ex suami dan bapa kepada anak dia ni hidup lagi.mmg tak tau ttg islam langsung si ex-suami rita ni