February 13th, 2018

Sejak dua hari ini nama Nabila Razali menjadi perhatian di media sosial, semuanya gara-gara beliau menangis ketika Hael Husaini menjuarai AJL 32. Mula lah ada yang berspekulasi kenapa Nabila yang terlebih-lebih sedangkan yang menang itu orang lain? Mereka berdua ada hubungan istimewa ke?

Sudah biasa dengan kecaman netizen, Nabila menjelaskan beliau hanya merasa bangga dengan pencapaian Hael pada malam anugerah tersebut.

Sebagai kawan yang dah lama kenal mestilah saya bangga dan gembira dengan Hael apabila diumumkan sebagai juara pada malam AJL itu. Selain saya, Indah Ruhaila juga menangis sebab kami tahu bagaimana Hael berusaha keras selama ini.

Ini adalah kali pertama Hael dapat masuk anugerah berprestij dan menang pula. Sebab itu saya tak boleh mengawal perasaan dan menangis. Biasalah netizen, semua orang nak bagi pendapat. Tapi ada yang tahu dan faham situasi yang saya menangis sebab rakan baik menang.

Nabila juga akui hadir ke AJL 32 semata-mata hendak memberi sokongan kepada Hael. Ini lah yang dikatakan #friendshipgoals. Terus sokong antara satu sama lain dari zaman susah sehinggalah senang. Harapnya persahabatan mereka akan kekal selamanya.

Sumber Berita : mStar Online

February 12th, 2018

Siapa sangka AJL 32 malam tadi merakam beberapa momen yang menjadi sebutan ramai di media sosial. Antaranya ketika penyanyi Nabila Razali mengalirkan air mata apabila Hael Husaini dinobatkan sebagai juara.

Ramai yang mempersoalkan mengapa pula Nabila beriya nangis dan ada yang melabelkan reaksi beliau itu agak “over”.

 

Nabila dan Hael sebenarnya bersahabat baik dan penyanyi lelaki itu juga  adalah pencipta lagu Pematah Hati. Mungkin air mata Nabila itu merupakan luahan perasaan bangga melihat rakannya akhirnya berjaya mencipta nama di pentas yang berprestij.