Written by Bella | June 24th, 2019

Persengketaan dan salah faham antara pelakon Nabila Huda dan ibu tirinya, Nourish akhirnya menemui jalan damai.

Bersama menyambut hari lahir Amy Search baru-baru ini, Abil dan Nourish juga mengambil kesempatan tersebut untuk berdamai.

Nourish turut berkongsi foto mereka berpelukan dengan kapsyen yang menyentuh hati. Mengakui segala kesilapannya sebelum ini, wanita itu akui kesal kerana gagal memberikan perhatian terhadap anak tirinya itu. Apa yang berlaku sebelum ini adalah ujian buat mereka sekeluarga.

Alhamdulillah, baguslah hubungan dingin mereka sudah pulih. Kami doakan agar hubungan mereka sekeluarga akan terus erat dan kekal bahagia selamanya.

Written by Bella | June 18th, 2019

Siapa sangka ucapan manis bersempena sambutan Hari Bapa baru-baru ini daripada aktres Nabila Huda buat bapa tercinta, penyanyi rock,  Amy Search bertukar pahit apabila ibu tirinya pula memuat naik kenyataan berbaur sindiran.

Pada awalnya, Nabila atau mesra dengan panggilan Abil memuat naik video kenangannya bersama Amy berserta ucapan penuh luahan rindu untuk meluangkan masa bersama bapanya selepas hampir tiga tahu mereka tidak bertemu.

Bagaimanapun Nourish memberitahu Amy tidak menyambut hari bapa meskipun berjiwa  ‘rock star’.

Abil sangat kecewa dan berang dengan tindakan ibu tirinya itu dan mendakwa wanita itu adalah punca hubungannya dan penyanyi rock itu renggang.

Perkongsian Abil mendapat sokongan netizen termasuklah juga rakan-rakan artis yang mendoakan agar dia kekal tabah dengan dugaan yang melanda. Mereka turut berharap agar satu hari nanti Abil dapat berbaik semula dengan bapanya.

Written by Bella | August 16th, 2018

Beberapa bulan lalu, pelakon Nabila Huda memuat naik status penuh kontroversi di Insta Stories mendakwa pernah dipukul dan dihalau dari rumah serta diaibkan oleh seorang individu. Memang mengamuk sakan beliau pada waktu itu. Rata-rata netizen yang membaca luahan hati Abil itu mengatakan ia seakan ditujukan buat ibu tirinya.

Walaubagaimanapun, Abil tidak mahu memberikan sebarang komen tentang apa yang berlaku antara beliau dan ibu tirinya demi menjaga hati ramai pihak.

Saya memang sudah tawar hati dengan apa yang berlaku. Jujurnya saya enggan lagi bercakap mengenai soal ini dan biarlah ia terhenti di situ. Saya bukannya muda lagi dan banyak hati yang perlu saya jaga terutama keluarga sebelah suami.

Namun, Abil mendedahkan hubungannya dengan Amy sudah lama bermasalah dan paling menyedihkan beliau sudah tiga tahun tidak berjumpa dengan bapanya itu dan mengakui sangat rindu kepada Amy.

Anda sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan papa, bukan? Dari dulu hinggalah sekarang, masalah kami tidak pernah selesai. Jujurnya, saya mengaku sangat rindukan papa.Sangat-sangat rindu. Sudah tiga tahun saya tidak berjumpa dengannya.

Agak sedih juga mendengar rintihan Abil yang terlalu rindukan bapanya, kami harap satu hari nanti masalah antara mereka dapat diselesaikan secara baik. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | June 12th, 2018

Mengenali Nabila Huda beliau bukanlah artis yang suka-suka ingin menghentam mana-mana pihak tanpa sebab munasabah, namun tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja aktres itu mengamuk dan meluahkan rasa amarahnya dengan sikap seorang individu.

Abil sudah lama memendam perasaan dan kini sudah tiba masa yang sesuai untuk beliau membuka segala pekung di dadanya selepas individu terbabit sengaja ingin cari pasal dan tidak henti mengaibkan dirinya sejak beberapa tahun lalu.

Rata-rata netizen yang membaca luahan Abil itu mengatakan status di Insta Stories itu seakan ditujukan buat ibu tirinya.

Apakah benar Abil mempunyai masalah yang sangat besar bersama ibu tirinya sehingga tidak boleh lagi mengawal perasaan berangnya terhadap wanita itu? Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut daripada mereka berdua.