Written by Bella | October 8th, 2019

Momen paling menggembirakan buat pasangan yang sudah berkahwin pastinya saat mereka menimang cahaya mata sulung. Satu anugerah terindah yang tidak ternilai dipenuhi dengan kebahagiaan.

anak elfira loy

Selamat menimang cahaya mata pertama pada 1 Oktober lalu, pelakon Elfira Loy meluahkan rasa syukur segalanya dipermudahkan dan turut berkongsi beberapa surah Al-Quran yang diamalkan ketika dia hamil.

anak elfira loy muhamad rayyan khalafanak elfira loySemoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada wanita yang sedang hamil di luar sana. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Elfira dan suami. Semoga anak mereka membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh. Amin..

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | October 3rd, 2019

Selamat melahirkan bayi lelaki secara normal di Andorra Women & Children Hospital dengan berat 3.68 kg pada 1 Oktober lalu, pelakon Elfira Loy akhirnya mendedahkan wajah serta nama pilihan bagi cahaya mata sulungnya itu.

muhammad rayyan khalaf

Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar sepakat memilih nama Muhamad Rayyan Khalaf buat anak mereka. Memang indah betul nama putera sulung pasangan ini.

nama anak elfira loy

Pada masa yang sama, Elfira turut mengimbau pengalaman kali pertama melalui proses kelahiran dan bergelar ibu. Elfira juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan dia dan anaknya.

elfira loyComel betul anak Elfira, putih gebu. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepadanya dan suami. Semoga kehadiran Muhamad Rayyan Khalaf akan menambahkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga.