February 18th, 2019

Isu “flat earth” yang ditimbulkan oleh Suhaimi Saad menjadi topik perbualan hangat sejak minggu lalu. Ramai netizen yang menghentam penyanyi ini kerana enggan mempercayai sumpah angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar yang telah memberikan penjelasan secara saintifik. Terbaru, isu ini turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

suhaimi saad

Sekiranya penjelasan secara saintifik tidak dapat diterima oleh Suhaimi Saad, sudah pasti penerangan secara agama oleh Mufti WP ini dapat menghilangkan segala kecelaruan minda Suhaimi Saad ini. Memang panjang lebar, penuh dalil dan rujukan daripada ulama-ulama terdahulu. Senang kata, kita manusia yang normal ini kalau baca memang akan percaya 100% dan tidak mempertikaikan penerangan Dato’ Seri Dr. Zulkifli. Penjelasan penuh boleh baca di sini.

Advertisement

mufti wp

mufti wp
mufti wp

Namun begitu, Suhaimi Saad bukanlah seorang yang mempunyai pemikiran seperti kita. Pemikirannya melangkaui masa, ruang dan objek. Enggan menerima penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Suhaimi Saad di dalam status Facebooknya memaklumkan yang dia lebih cenderung untuk percaya penjelasan bekas mufti Arab Saudi. Menurutnya, ulama-ulama ini adalah lebih alim dan lebih arif di dalam bab “flat earth” ini.

flat earth

Apa yang lebih menarik untuk dibaca ialah komen para netizen yang menghentam pendirian Suhaimi Saad. Salah satu komen yang menarik perhatian Abang Nara ialah sikap Suhaimi yang memilih-memilih fatwa sedangkan ada fatwa bekas mufti Arab Saudi ini yang mengharamkan perbuatannya. Fuh. Memang pedih kalau Suhaimi Saad membaca komen tersebut.

wp

Secara jujurnya, pada pendapat Abang Nara, orang macam Suhaimi Saad ini kalau kita bawak dia naik angkasa lepas dan tunjukkan bahawa bumi ini memang betul-betul bulat, turun balik ke bumi pun dia akan cakap flat earth jugak. Nanti banyaklah alasan yang digunakan. Konon kena hipnosis la, itu semua green screen la. Tak pun paling koman dia kata itu bukan bumi tapi planet Pluto. Tak gitu? Apa pendapat anda?

Advertisement
February 28th, 2018

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menulis satu surat terbuka kepada jutawan dan pelakon Neelofa Mohd Noor, bimbang bahawa pilihan wanita itu untuk melancarkan koleksi tudung #BeLofa di ruang acara sebuah kelab malam terkenal akan membawa femonena normalisasi dalam bertudung.

Menurut Utusan Online, normalisasi yang dimaksudkan oleh Zulkifli ialah apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung.

Tambahnya:

Advertisement

Kekhuatiran itu bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.

Tidak salah untuk kita mencari kelainan, malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan.

Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam ‘Matlamat tidak menghalalkan cara’. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.

Surat terbuka itu dimuat naik ke laman sesawang rasmi Zulkifli semalam setelah Neelofa mengumumkan tidak ambil pusing dengan kecaman Netizen, tahu apa yang dilakukannya dan tidak akan peduli lagi dengan kata-kata Netizen untuk tahun 2018. – beautifulnara.com

Advertisement