Written by AbangNara | February 18th, 2019

Isu “flat earth” yang ditimbulkan oleh Suhaimi Saad menjadi topik perbualan hangat sejak minggu lalu. Ramai netizen yang menghentam penyanyi ini kerana enggan mempercayai sumpah angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar yang telah memberikan penjelasan secara saintifik. Terbaru, isu ini turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

suhaimi saad

Sekiranya penjelasan secara saintifik tidak dapat diterima oleh Suhaimi Saad, sudah pasti penerangan secara agama oleh Mufti WP ini dapat menghilangkan segala kecelaruan minda Suhaimi Saad ini. Memang panjang lebar, penuh dalil dan rujukan daripada ulama-ulama terdahulu. Senang kata, kita manusia yang normal ini kalau baca memang akan percaya 100% dan tidak mempertikaikan penerangan Dato’ Seri Dr. Zulkifli. Penjelasan penuh boleh baca di sini.

mufti wp

mufti wp
mufti wp

Namun begitu, Suhaimi Saad bukanlah seorang yang mempunyai pemikiran seperti kita. Pemikirannya melangkaui masa, ruang dan objek. Enggan menerima penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Suhaimi Saad di dalam status Facebooknya memaklumkan yang dia lebih cenderung untuk percaya penjelasan bekas mufti Arab Saudi. Menurutnya, ulama-ulama ini adalah lebih alim dan lebih arif di dalam bab “flat earth” ini.

flat earth

Apa yang lebih menarik untuk dibaca ialah komen para netizen yang menghentam pendirian Suhaimi Saad. Salah satu komen yang menarik perhatian Abang Nara ialah sikap Suhaimi yang memilih-memilih fatwa sedangkan ada fatwa bekas mufti Arab Saudi ini yang mengharamkan perbuatannya. Fuh. Memang pedih kalau Suhaimi Saad membaca komen tersebut.

wp

Secara jujurnya, pada pendapat Abang Nara, orang macam Suhaimi Saad ini kalau kita bawak dia naik angkasa lepas dan tunjukkan bahawa bumi ini memang betul-betul bulat, turun balik ke bumi pun dia akan cakap flat earth jugak. Nanti banyaklah alasan yang digunakan. Konon kena hipnosis la, itu semua green screen la. Tak pun paling koman dia kata itu bukan bumi tapi planet Pluto. Tak gitu? Apa pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

86 responses to Tak Percaya Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Suhaimi Saad Pegang Fatwa Ulama Arab Saudi

  1. Anonymous says:

    ada org kata, bkas pm dpt derma dri arab saudi tapi kerajaan arab saudi diam..tiada bukti.
    ko punya kenyataan pun sama..tiada bukti..

    20

    2
    • Anonymous says:

      SOMETHING WRONG SOMEWHERE DIA NI….SEBENARNYA JGN DILAYAN TERUS….SUKALAH DIA KALAU DILAYAN.. MAKIN MEREPEK…MAKIN MENJADI2 …MAKIN TERSERLAH KEBODOHANNYA…MEMALUKAN ORANG ISLAM JER..

      40

      0
    • Anonymous says:

      Aku tak faham kenapa org concern dgn isu SS ni. Boleh x abaikan je apa2 dia post sbb mmg secara terang dia nak provoke org? Org kalau nak cari ilmu, atau nak berdebat ilmu tu, lakukan secara berhemah. Ini tak, dia petik nama org itu ini, ajak bersumpah, bahasa yg digunapakai pun agak sarkastik, bukan berhemah dah tu. Just nak cari gaduh atau nak perhatian je.

      56

      0
    • bro cuba says:

      KLU MACAM TU, TELUR TESTIS DIE FLAT LA KAN.. BUKAN BERBENTUK SFERA..

      16

      0
    • Buasir yang Ranum says:

      betulla tu, kira telur testis die flat atau rata dan tidak berbentuk sfera la kan..

      7

      0
    • Siti says:

      Bekas PM ada bukti ok..! Jgn nk kaitkan dgn kes si SS ni..

      3

      3
    • minah jambu say says:

      kalua gitu kau pergi dudok kat arab sana la kenape dudok kat Malaysia makan minum kat Malaysia shpping kt Malaysia kenape tak antar anak dia skolah kt arab..suhaimi ni sebenar nye dia sakit mungkin n dia perlu rawatan tapi bukan kt Malaysia bawa dia kt arab sana ..sape yg mencipta alam dan manusia dia percaya tak ni ?

      4

      0
    • minah jambu say says:

      pasal bumi lonjong bulat lepeh tiga segi empat segi boleh di jadi kan isu besar kalau nak tau sangat kau pegi lah kt atas langit tu tengok !!! anak tknk skolahkn pasal bumi lonjong lepeh yg dia heboh kan ..

      6

      0
    • kak m says:

      seriously dia memang bebal. semua status fb dia mengenai isu ni semua acah2 cerdik padahal bodoh sombong gila dia nih! angkasawan, mufti semua dia caras je. adoii

      4

      0
    • MB says:

      Pengakuan derma tu..rakaman video ada, salinan surat pun ada. Ko baru keluar gua ke?

      0

      1
  2. Anonymous says:

    ‘Pemikirannya melangkaui masa, ruang dan objek’ hahahaha…
    SS ni anak Odinson dr Asgard.

    22

    0
    • Anonymous says:

      nak citer sikit pasal SS tak nak hantar anak dier belajar di sekolah. mak aku org lama. sekarang dah lebih 70 tahun dan sampai sekarang mak aku kadang2 masih cakap dier terkilan dan menyesal bapak dier tak nak hantar dier ke sekolah. mak aku buta huruf (tak tahu tulis dan membaca) tapi Alhamdulillah dapat suami yg tahu pentingnyer ilmu pelajaran & semua anak2 berjaya hingga ke U & berkerjaya. Walaupun dia buta huruf dia tak nak anak2 dia dapat nasib yg sama seperti dia. Pasal SS ni jgn nanti bila anak2 dia dah dewasa tanpa pelajaran & sijil mereka akan salahkan mak bapak mereka kerana tak beri mereka hak utk belajar dan dapatkan ilmu. Itu sajer.

      55

      0
      • Anonymous says:

        Orang bodoh masih boleh diajar tapi kalau orang bodoh sombong alamat gone case la……….

        17

        0
        • tipahhhh says:

          Mak aku pun sama, dulu mak aku minat belajar, tapi atuk nenek xbagi, kos etc2. Sampai skang mak aku xreti baca, nk mengaji pun susah sbb xtau langsung.

          5

          0
        • Anonymous says:

          depression sebenarnya SS nie. nak zuhud ke bende, satu bende pon takde, takut org banding2 hidup mewah mawi yg dia tak boleh sediakan utk ina, dia brainwash ina & anak2 supaya hidup ‘zuhud’ WTHheck!

          16

          0
      • Anonymous says:

        bapak aku pun buta huruf, sama mak aku, kerana kemiskinan sgt2 waktu 65 tahun yg dulu, abg2 aku, kakak2 aku semuanya sekolah ada yg takat drjh 5, drjh, 6, tkgt 3 dan pling tinggi tgkt 5, bkn disbbkn kami bodoh, sbb ekonomilah, tpi al-quran celik mak aku, abg2, kakak2 semua tamat al-quran mak aku ajar, walaupun x sepandai org lain, tpi kami tidak myusahkan ibubapa, walaupun ada yg jadi pemandu lori gdl, keja dobi, kerani, surirmh sepenuh masa, semuanya tahu mmbaca, tidaklah sesat membaca papan tanda walau nk kemana shj betul tak, tpi dlm malaysia ni ok lagi, kalau luar
        negara, ikut anak2 je lah mana yg nk bawa.

        Tapi kami masih mempercayai dunia ini bulat walaupun bukan bulat mcm guli, sekurangnya percayalah ianya bulat, maka tiadalah yg terjunam kan kemana-mana planet lain.

        Kalau dunia ni datar, apa yg ada di sebelah tembok tu.
        Bygkan kalau tembok tu pech….semua penghuni akan terjunam.

        2

        0
    • Lady D says:

      hahha…aku rasa admin dah geram teruk. Ni dia maki berhemah ni…hahaha…sabar min…

      3

      0
  3. wekkkkkkk says:

    Hospital tanjung Rambutan sila kosongkan segera tempat untuk penghuni baru. Sila ambil tindakan dengan kadar segera.
    Nama pesakit yang akan datang nanti kami sertakan seperti di bawah:

    1. Suhaimi Saad

    Kerjasama anda amat kami hargai.

    Sekian, terima-kasih.

    29

    0
    • makin lama makin menyampah meluat says:

      lg byk dia pertikai lg terserlah kedunguan… dah laa SS…apa yg ko akan dpt dgn membangkitkan isu sedemikian? kalau ko nak percaya bumi tu flat ke kondo ke, tak ada graviti ke… ko simpan diam2 sudah laa…. ko ada keluarga. jgn nnt keegoan yg ko cernakan nskrg, anak2 dan isteri terkena tempiasnya. jgn lupa jg kedua belah keluarga ko. shut up dan pergi buat kerja melainkan ko sememangnya pakar dlm bidang astronomi dan seangkatan dgn nya dan sedia ke hadapan dgn fakta kukuh. bkn ikut apa org tu ckp, apa org tu claim!

      10

      0
      • Anonymous says:

        kalau bumi ini datar, apa yg ko nak sebenarnya.
        Ko nak nasa buat hape, ko nak kami buat hape.Nak kami dermakan duit ke tabung sekolah rumah ko tu ke..pirahhhhhhhhhhhhhhhh

        11

        0
      • Anonymous says:

        aku ni mudah je.
        kalau datar bila malam jd siang, siang jd malam? cer ko xplain skit SS ?

        4

        0
  4. Abang Jem says:

    Wahaiiii tolong la jgn bg dia ni air timee

    6

    0
  5. Mat dhaka says:

    Kluakan je perintah
    Persona.non grata
    Klua bumi.msia ni kurang dari 24jam
    Lagipon dia memang foreigner pon.dia kn dari dhaka

    7

    0
  6. Matahati says:

    Dia ada up kan isu tak prcaya graviti pulak. Makin mereng dia ni. Aku kesian sungguh dgn anak2nya tu. Tangkap suhaimi ni bwk tanjung rambutan. Anak2 dia biar JKM jaga. Bagi sekolah bagi vaksin. Isteri pi hantar balik Johor kerja kilang balik. Ape guna ada suami dan bapak mcm ni. Hidup tak serupa org.

    32

    0
  7. wekkkkkkk says:

    “Saya pernah sampai ke 90° Kutub Utara dan 90° Kutub Selatan dan ini menunjukkan bukti kompas bahawa dunia ini ‘bulat’.

    ..ini kenyataan yg dikeluarkan oleh Qobin penjelajah dan pendaki negara

    6

    0
  8. Anonymous says:

    muka SS ni lagi tebal dari tembok besar China…
    dah di terangkan org yg pegi sendiri mengelilingi bumi.. 16x sehari… 16x tau sepanjang kt angkasa tu….
    dah di jelas oleh mufti pula tp SS masih bodoh sombong xterima kenyataan….

    oii lah SS sendiri hidup pun hasil derma… siap buat tabung palsu InTeam songlap sume duit ahli lain xdpt sesen pun… camni lgi nk berlagak student UIA.. buat malu geng ex-student jer..

    12

    0
  9. Sherry says:

    Why on earth we entertained this one single human?

    24

    0
  10. snow says:

    once bengap..always bengap die nih..geramnye aku ni…setiap kali baca statement bodo die nie..mst aku genggam penumbuk..haishh

    11

    0
  11. popo says:

    Lantak ko la ss nk jadi ape tapi tolonglah jgn ajar anak2 ko “kefahaman” ko tu. Aku kesian je kat anak2 ko. Tolonglaaa JKM ambil perhatian dan tindakan. Utk ina naim aku phm situasi dia tersepit. Kang dikatanya derhaka pulak. So ina kalau ko rasa diri ko teraniaya berdoala byk2 supaya ada jalan keluar utk ko ngan anak2. Tp kalau ko dah redho dengan nasib ko tu, tolongla fikir masa depan anak2 ko pulak.

    15

    0
  12. Kinokuyaniya says:

    Please ignore this species. Kalau dia orang beragama, peribadinya sejalan dengan Habib Ali Zaenal Abidin, Dr Zulkifli Al Bakri, Habib Syeich. Cakap pun tersusun. Yang ni cakap berapi api nafsu. Orang pun jadi sakit hati.

    9

    0
    • Anonymous says:

      boleh bulat dibandingkan jika bumi itu sebulat telur mata,…ko ingat semua org goreng telur mata boleh jdi bulatkah…

      2

      0
  13. Anonymous says:

    lagi 2 jumaat je dia ni. Sediakanlah keperluan utk dia nnti. Sbb SS sudah menunjukkan sikap yg terlalu menjengkelkan.

    4

    0
  14. Anonymous says:

    dunia ini bulatlah SS ooi, umpama tayar kereta, bergulung dengan tenang di jalanraya, maka badan kita akan terasa nyaman ketika memandu, cer kalau tayar tu tak bulat, ko naik kereta mcm mana….nak tanya, boleh jawab. Begitu juga syiling, kalau bergolek maka pergolekan itu teramat laju dan cantik..cuba bayangkan jika syiling tu x bulat, mcm tu jugak tetek wanita…bukankah bulat itu cantik ataupun mcm betik..bukahkah cantik, cuba ko bygkan jika tetek wanita tu datar, apa akan jadi..

    geramlak aku!!!!!!!

    8

    0
  15. Agak jer says:

    Heran aku dgn rakyat kita nie. Yg ghamai2 layan dia buat apa. Orang macam nie lagi dilayan lagi mencanak perangai dia. Try semua buat tak tahu jer apa yang dia buat mcm angkasawan tu. Dia jawab apa yang perlu jer dan x kuasa dia nak berbalas komen.

    9

    0
  16. Anonymous says:

    teilnga capang…degil

    2

    0
  17. tweety2805 says:

    agaknyaaa…..
    masa Allah nak bagi otak dia nihh xder!
    kesiannnnnn…….
    huhuhuuuuu

    1

    0
  18. alien predator says:

    sebaik baiknya kalau dia post apa2 dekat ig, semua org jgn komen or like.abis citer. biar dia syiok sendiri. mcm panggilan dia SS. biar dia terjun dgn labu2 nya.kita biarkan biarkan..

    7

    0
  19. Ros says:

    Dan daripada sini boleh tahu yang mufti secara amnya takde keje. Sebab tu aku lebih respek orang beragama yang tak tunjuk sangat ilmu agama dia mcm Tun. Umur 93 tahun masih melakukan fardu kifayah membela bangsa melayu bodoh bossku.

    4

    11
  20. Anonymous says:

    tahukah kamu SS, Allah itu menyukai perkara yg bulat. Aku rasalah, sbb yg bulat ni lah semua perkara boleh jadi. Umpama kipas berpusing, umpama bekas penutup bulat, umpama helmet, umpama tayar kenderaan, semua Allah memberi ilham kepada manusia ciptakan yg bulat..maka sempurnalah kehidupan utk makhluk2Nya.

    0

    0
  21. Yelani says:

    Wallahualam…tak ada apa yang pasti di dunia ini…pengetahuan manusia ada had dan batasnya…memanglah kita mengkaji dan membuktikan sesuatu (dalam kes ini sama ada bumi bulat atau rata)…namun jawapan yang pasti hanya Allah yang tahu…Subhanallah..

    2

    1
    • Anonymous says:

      yg dia pening2 kan kepala buat hape, bagi kita pening juga..kan dh ssh kan org. Allah yg menciptakn, mestilah dia tahu dan dia mahu manusia berfikir mencari jalan. Tetapi SS bukanlah manusia yg terpilih utk mengkaji seperti ahli2 sains astronomi yg lebih pakar mengkaji smpai ke angkasalepas.
      Angkasalepas tu di bulan kan. Sbb tu kedudukan matahari teramat jauh dri bulan. Bumi di tengah2. Sbb tu Syed mengelilingi bumi sbyk 16 kali sehari..

      1

      0
  22. Alanice says:

    Nara x professional kutuk die gak, sje post cte psl die nk sruh netizen kurus skali. Smue dpt dose. Klau xske just ignore.

    0

    4
    • Bahalul wal leper says:

      Eh bodoh ko ingat blog Nara ni national newspaper ke sampai suruh professional? Ko tu dah righteous sangat jangan masuk sini la setan….

      1

      0
  23. Zul says:

    Kena perlu amik tahu semua kata2 ss tu. Dia bukan sape2 pn. Biar la dia dgn dunia dia. Jgn femeskan org mcm ss tu..

    2

    0
  24. Hujah biar berasas says:

    Oii suhaimi masalah dalam bumi pun berjuta juta, mesin basuh ko pun tak beli lagi, ni ape kes tetibe terer plak daripada western scienties. Diorg pun tak boleh buat conclusion. Kau plak takat guna ayat je. Bukti? Cakap kena tunjuk bukti sekali. Telescope pun harehh. Podahh Bumi tu macam periuk tak da tutup.

    3

    0
  25. ZUHUDLAH SGT says:

    KONONNYA ZUHUD LAH SANGAT..KL ZUHUD INTERNET X LAYAN..MESTI DOK BERSAMA AL-QURAN

    6

    0
  26. next please says:

    PLEASE OFF his story JEMU.. takde cerita lain ke NARA.. lagi layan.. lagi bertambah fitnah..

    2

    0
  27. Yat yat says:

    Kesian anak anak kau ss..aku takut kalau kau mati muda.esok lusa mati.anak kau mcm mana…dah la tak sekolah.

    3

    0
  28. Anonymous says:

    Jangan dilayan biarlah dia terjun dgn labu2nya ? mengada2

    0

    0
  29. My Brain is not Flat says:

    Si Sewel ni kata sebelum nak jawap surat Pejabat Mufti ni kena ambil masa sikit bukan macam korang “otak letak dipunggung, nafsu dijari”… Kata kata ni dituju pada netizen dan sesiapa yang against dia la tu.

    Ni 1st time aku tengok budak nasyid jadi Sewel kat malaysia ni. Kalau gone case gini, apa fatwa bagi kat dia pun tak boleh hadam dah.

    5

    0
  30. Hamba Allah says:

    ss tersilap, Sheikh Ibn Baz pada tahun 1966 ada mengatakan bumi iu bulat… tengok –>http://www.ahlalhdeeth.com/vbe/forum/aqeedah-refutation-of-deviant-sects/432-shaykh-bin-baaz-on-the-shape-of-the-earth

    2

    0
  31. Siti says:

    Bekas PM ada bukti ok..! Jgn nk kaitkan dgn kes si SS ni..

    0

    0
  32. Lalok says:

    Saya ngak bisa mengedar kpd semua bangsa ketika saya berkuasa , tapi saya berjaya tinggalkan untuk kamu mengenali siapakah sebenarnya SS dan mengapa saya Membiarkan saja -Pablo Escobar-

    1

    0
  33. Anonymous says:

    dia da dapat apa yang dia nak.. perhatian dr kita rakyat malaysia.. dia nak kita perkatakan dia.. so untuk org yg iq tinggi mcm dia ne, jawapannya adalah just ignore him.. jgn layan org mcm ne walau sesakit hati mana pun kita dengan statement bodo piang dia ne.. ckp mcm tk belajar tinggi.. ckp mcm takde agama.. asal boleh je.. kita dah tegur.. mufti dah tegur.. but org ego mcm ne, sampai dia ke liang lahad sekalipun kita takkan menang.. paling ye pun kita dpt sakit hati yg melampau2.. kesian kt bini dia sama.. tp tak kisah lah org tua dua org ne.. yang aku kesiankan anak2 dia.. semoga Allah pelihara anak2 org egoistik mcm dorang ne.. statement bini dia takleh kalah jugak.. jgn sampai bila mati esok, merangkak nak cr dorang mntak maaf.. the heck la weyy.. takde kuasa la nk mntk maaf atas sebab yg tk bersebab.. both of them are nonsense..

    3

    0
  34. Anonymous says:

    the epitome of ignorant piece of shit. one who always wants to be right despite sounding stupid as f*ck.

    0

    0
  35. xxxxx says:

    It says that the earth is like the NEST of an ostrich egg, not like the shape of an egg.? Don’t overlook that if the quran really states that the earth is a sphere/ball that brings up new questions. Showing that diagram of the ball earth and us praying to space helps us debunk living on a globe even more, a human with common sense would ask how do we all face 1 direction on a globe ? Truth is you cant because its non existant, just like newtonian physics its a load of unsupported scientology crap.Do we really know though? Just because science says and science studies show? Is science 100% accurate and fully objective. Or is it just a theory to explain the unknown?Science is a theory that changes every period in time. Science once proved earth was flat now it says it round. Now it says the earth spins around the sun. How do we really know with certainty that one day will not actually find out that sun actually moved and the earth is stationary

    0

    0
  36. Faraj says:

    khinzir lg mulia dr SS ni..konsert nyasid dia sorang jer kena Banned..khinzir pun ketawa kt Suhaimi Saad ni..kikiki….itupun dia nk marah penganjur sebab tk bagi dia nyanyi…wakkakaa bingai pu ya SS

    0

    1
  37. Bahasa melambangkan peribadi. says:

    Dia memang tak betul tapi jgn lah sampai ke khinzir diumpamakan. Agaknye si SS tuju dekat ko la tu bila dia kata “otak letak dipunggung, nafsu di jari”.

    1

    1
  38. An says:

    Report kat skmm dan facebook supaya tutup akaun2 social media dia ni, habis cerita. Attention seeker je ni.

    1

    0
  39. Anonymous says:

    SS, haiwan tenggiling akan mendatarkan dirinya jika tidak terancam, tetapi akan menggulungkan dirinya jika terancam. Maksudnya, kita dan haiwan di semesta alam ini akan mengikut pergerakan macam bumi iaitu bulat untuk menstabilkan keadaan keadaan.

    0

    0
  40. Anonymous says:

    Begitu juga dgn perlawanan bola, samada golf, sepak, keranjang dsbgnya semuanya sempurna sekali sbb ianya mengikut bumi

    0

    0
  41. anon says:

    Dalam pegangan islam, memang ada orang anggap yang bumi ni ‘flat’. Bukan flat secara literal atau bumi ni leper macam flat earth fikir.

    Fahaman ni orang salaf banyak pakai sebab mereka pilih untuk tidak takwil ayat samar² dalam Quran. Sebagai contoh:

    Dalam Quran ada sebut yang Allah ada tangan, so mereka pun pegang ayat tu bulat² percaya yang Allah ada tangan. Tapi macam mana rupa bentuk tangan Allah?

    Mereka tak tahu.
    Dan mereka tak takwil, Bila quran mention macam tu mereka hanya beriman, Dan mereka tidak menjisimkan, tidak imagine pun macam mana tangan Allah tu dan bila Qur’an ada tertulis yang Allah ada tangan, rupa, kaki n etc. Mereka pegang tanpa takwil dan percaya macam orang lurus dan beriman bulat².

    Same goes to ‘earth is flat’.
    Allah cakap bumi ni Dia hamparkan sebagai Hamparan, so mereka percaya dan beriman yang bumi ni sebagai hamparan (atau ada yang sebut leper).. Tapi pemahaman dia orang tu adalah literally ikut ayat quran tanpa takwil ye bukan macam orang flat earth fikir.
    _
    So hati² kalau nak bash bila orang cakap bumi ni leper atau hamparan sebab bukan semua jenis bebal macam Suhaimi Saat.

    -Fb auni ameera

    1

    0
    • Mesin basuh tiga segi says:

      Kita tak rasa nak tempeleng Ss ni kalau dia bermoral. Yang ni perangai semua orang dia nak rendahkan, dia je terhebat (padahal ufo) pun tak kenal sape Ss ni. Kurang2nya orang Alim, mereka dikenali penduduk langit tapi masih tak pernah nak bangga diri. Masih bersantun.
      Tak salah dia nak tegakkan pemikiran dia. Tapi biarlah berhemah menurut agama yg dia amalkan.

      1

      0
  42. Eliesa says:

    Abaikan jerlah orang macam SS ni. Buang masa. Dalam dunia memang akan ada macam-macam jenis orang. Bahlol, bendul, bangang semua ada. Kalau kata bumi ni flat, siapa dapat rumah corner lot? hahaha

    0

    0
  43. li says:

    ahahahahahah level sarcasm bang nara cam herems.. i loike..

    0

    0
  44. Anonymous says:

    Suruh dia g belikan mesin basuh tuk bini dia dulu . Pastu g sekolahkan ..jgn jadi bodo mcm bapak diorng ni..belajar UIA tapi bengong…
    Orang camni isis paling suka..senang nk cuci otak..

    1

    0
  45. anonymous says:

    Telur dadar ??? so dia nak cakap yang di maksudkan telur dalam Al Quran tu bukan telur burung unta la ya tapi telur dadar pulak….tu telur dah goreng…..hahahaha

    0

    0
  46. TT says:

    Org macamni spttnya hantar ke syiria atau palestin.. Sesuai la hidup dgn daif dan berjuang.. Buat menyemak je at malaysia.. Duk malaysia menyerongkan akidah dan ilmu orang lain..

    0

    0
  47. mek says:

    Istilah flat earth digunakan saterawan kristian dan yang menghairankan kenapa ada orang mengaku muslim boleh memetik maklumat bukan islamik. Salah baca buku ker?

    0

    0
  48. Anonymous says:

    Kalau macam tu gi duduk arab saudi sana, jangan balik sini dah.

    0

    0

Leave a Comment

Optional