February 28th, 2018

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menulis satu surat terbuka kepada jutawan dan pelakon Neelofa Mohd Noor, bimbang bahawa pilihan wanita itu untuk melancarkan koleksi tudung #BeLofa di ruang acara sebuah kelab malam terkenal akan membawa femonena normalisasi dalam bertudung.

Menurut Utusan Online, normalisasi yang dimaksudkan oleh Zulkifli ialah apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung.

Tambahnya:

Kekhuatiran itu bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.

Tidak salah untuk kita mencari kelainan, malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan.

Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam ‘Matlamat tidak menghalalkan cara’. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.

Surat terbuka itu dimuat naik ke laman sesawang rasmi Zulkifli semalam setelah Neelofa mengumumkan tidak ambil pusing dengan kecaman Netizen, tahu apa yang dilakukannya dan tidak akan peduli lagi dengan kata-kata Netizen untuk tahun 2018. – beautifulnara.com


63 responses to “Mufti Wilayah Bimbang Pelancaran Tudung Di Kelab Bawa Fenomena Normalisasi Dalam Bertudung”

  1. unni says:

    Malu rasanya nak pakai naelofar hijab..walaupun made in vietnam… rela pakai bawal semula…* niat tak menghalalkan cara

  2. Anonymous says:

    BOIKOT NEELOFA. Jgn beli turban and all tudung dia…unfollow all the family members too. Semua dh jadi bongkak. Boikot Lancome. Boikot swarofski…boikot Bank Rakyat…jom ramai2…ni sj la cara nk ajar dia. Selagi komen dia bangga sebab ppl still talk about her…dpt attention lagi…

Loading...