September 19th, 2020

Sedang mengecap bahagia usai saja mendirikan rumah tangga, pelakon Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar dilihat sering berkongsi momen indah mereka bersama di platform media sosial, Instagram.

Baru-baru ini, Mira Filzah ada memuat naik beberapa buah video di ruangan Instagram Story memaparkan dirinya sedang menyediakan makan malam untuk suaminya itu.

Pada masa yang sama, Wan Emir turut dilihat sedang ringan tulang membantu Mira di dapur. Ketika makan malam pula, pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu dilihat telah menulis kapsyen berbaur perassaan gembira kerana suaminya makan dengan penuh selera masakan yang dimasaknya itu.

Meninjau ruangan Twitter, netizen kelihatan begitu teruja dan tampil memuji pasangan tersebut yang saling ringan tulang membantu sama sendiri dalam menyiapkan kerja rumah.

Peminat turut mendoakan pasangan itu terus bahagia dan kekal hingga ke jannah.

September 8th, 2020

Seakan memberi bayangan bahawa dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, usahawan penuh kontroversi, Safiey Illias tampil mendedahkan Hasrat tersebut kepada umum menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

 "Tak Lama Lagi Ratu Akan Menyusul" - Selepas Mira Filzah Kahwin, Giliran Safiey Illias Pula Mahu Akhiri Zaman Bujang

Menerusi entri tersebut, pelantun lagu “Syinta Gila” ini juga dilihat tidak ketinggalan menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan sejoli aktres Mira Filzah dan Wan Emir Astar sekaligus berkongsi berita gembiranya.

“Tahniah Mira Filzah dah berkahwin. Tak lama lagi ratu akan menyusul pulak hahaha.”

Seperti sudah dijangka, melihat kepada komen di entri berkenaan, ramai dalam kalangan pengikut Safiey dilihat tidak sabar dengan khabar berita tersebut. Selain tertanya-tanya siapakah gerangan insan yang akan dikahwininya kelak, ramai pengikutnya sudah dapat rasakan majlis perkahwinan itu pasti menjadi ‘Wedding Of The Year’ kerana Safiey merupakan individu yang sangat mewah dalam menjalani kehidupan seharian.

 "Tak Lama Lagi Ratu Akan Menyusul" - Selepas Mira Filzah Kahwin, Giliran Safiey Illias Pula Mahu Akhiri Zaman Bujang

Walaubagaimanapun, Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias tidak mendedahkan siapakah yang bakal menjadi pasangan hidupnya.

 "Tak Lama Lagi Ratu Akan Menyusul" - Selepas Mira Filzah Kahwin, Giliran Safiey Illias Pula Mahu Akhiri Zaman Bujang

Terdahulu, seakan menjadi bualan hangat netizen apabila nama Safiey sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas beliau khabarnya sering berkongsi tentang pembedahan yang dilakukannya mengalami masalah pembengkakan pada bahagian muka selepas dipercayai mendapatkan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah.

August 28th, 2020

Dijangka bakal menamatkan zaman bujang awal September ini, pelakon kecil molek Mira Filzah dilaporkan telah selamat melangsungkan majlis khatam Al-Quran di kediamannya pada pagi tadi (Jumaat).

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman,28, telah ditemani adiknya Aina Fadhilah ketika majlis itu berlangsung. Majlis keramaian itu difahamkan telah dihadiri sanak saudara dan ahli keluarga terdekat dan dijalankan dalam keadaan sederhana tetapi meriah.

View this post on Instagram

Nyawa ? . . Deco @kayangangallery Abaya @abayalubnaa Photo @hasifpictures

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Menggayakan busana jubah berwarna merah jambu, Mira Filzah kelihatan anggun dan manis bersimpuh di atas pelamin daripada Kayangan Gallery.

Mengimbas kembali, Mira Filzah telah mendedahkan dia sudahpun bergelar tunangan orang menerusi satu rakaman bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun, April lalu.

Pada Julai lalu  dalam sebuah sidang media, Mira mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat dan secara tak langsung telah mengesahkan spekulasi bahawa dia sedang menjalinkan hubungan percintaan bersama seorang jejaka bernama Wan Emir yang juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

Dikhabarkan Mira juga telah menghantar jemputan perkahwinan kepada rakan-rakan terdekat. Tahniah diucapkan kepada Mira dan pasangan!

August 25th, 2020

Pelakon Mira Filzah mengumumkan tidak akan mengadakan majlis malam berinai sempena majlis perkahwinannya tidak lama lagi.

Dia memberitahu mengenai perkara itu ketika diajukan soalan di laman komen di Instagram miliknya baru-baru ini.

View this post on Instagram

 

The new Lavue lens x Mira Filzah ? Code lens @lavue.co : twilight brown [new colour and my personal favourite], pearl grey & summer brown. Coming soon this 31st August 2020. Wardrobe: @cassandracollection Tap for more details. #lavuexmf

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

 Pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu menafikan bakal mengadakan majlis berinai dan mengatakan sudah ‘membalas dendam’ sewaktu sesi penggambaran kanta lekap yang menjadi tular baru-baru ini.

Peminat serta pengikut yang mendengarkan jawapan itu rata-rata memuji tindakannya yang tidak terikut-ikut dengan budaya masyarakat luar serta agama lain yang boleh dianggap sebagai membazir itu.

 Mira sebelum ini telah terpalit dengan satu kontroversi apabila dilabel ‘Quen of Cultural Appropriation’ gara-gara memakai pakaian tradisi kaum India ketika sesi penggambaran mempromosi aksesori kecantikan mata di sebuah laman Instagram.